Ads by nuffnang

Monday, October 27, 2014

Sabah dan Auntie Bluee........

Semalam sampai di Sri Pentas dari Kota Kinabalu
kira kira pukul sebelas malam.

Alhamdulilllah segala pekerjaan kami di sana
dipermudahkan Allah swt.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan di sini
adalah panggilan diri saya dikalangan keluarga
Bersamamu tak kiralah di mana saya
bertugas....

Selain panggilan Auntie Inn, Kak Cik Inn, Kak Lin, 
Akcik Mazlin, ketika saya di Kuala Pilah mendekati
keluarga Fauziah atau Along anaknya Diniy,
kanak kanak hiperaktif pula memanggil saya
Enek Inn.

Nenek pun nenek lah.....saya pun dah ada
sembilan cucu sedara.

Apa pun panggilan mereka kepada saya ia
tidak menjadi masalah yang penting kemesraan
dan keakraban di antara saya dan mereka
terus berpanjangan hingga ke Jannah.

Di Tanjung Aru, Kota Kinabalu juga saya ada
gelaran baru.

Jalani Husin, OKU yang kehilangan kaki 
kiri akibat kemalangan jalanraya mempunyai
tiga cahayamata perempuan berumur di antara
enam, lima dan tiga tahun.

Nama manja setiap seorang adalah Pinky, Apple
Green dan Princess.

Entah macamana kebetulan pada hari pertama
ketika "recce' ke rumah mereka, saya
memakai kemeja biru dan jeans biru terus
anak anak yang comel tu memanggil saya
Auntie Blueee......

Auntie Blueee...... ok juga panggilan tu.......

Ketika saya mendekati keluarga Siti Habsah Mat
di Pulau Gaya, seorang pelajar perempuan asyik
senyum dan menunjuk nunjuk di kad media
saya.

Saya yang sibuk mengarahkan jurukamera untuk
mengambil beberapa sudut, hanya tersenyum dari
jauh.

Selesai penggambaran di kelas adik kepada 
Habsah, kelas tahun 3, baru saya perasan pelajar
perempuan terbabit mempunyai nama yang sama
dengan saya....Mazlin.....

Saya mengusiknya dah besar nak jadi wartawan
macam saya....dia hanya tersenyum....

Seminggu saya di bumi Negeri Di Bawah Bayu...

Bagi saya mendekati keluarga Jalani di Tanjung
Aru dan Habsah di Pulau Gaya menambahkan
lagi pengalaman dan erti kehidupan buat saya
Hamba Allah yang kerdil di mukabumi ini.

Jelas sekali, keihklasan, kejujuran, kasih sayang,
pengorbanan dan tanggungjawab menguatkan
lagi keakraban antara satu sama lain.

Dan paling penting, mereka yang diuji dengan
pelbagai dugaan terus tabah dan redha dengan
segala kada dan kadar daripada Yang Maha Esa...

Dan nama Auntie Bluee melekat di kalangan
krew saya yang menjalankan penggambaran
di Sabah yang terdiri daripada Teh Syuhaida,
Rafi, Amirul dan Pak Kassem......


Warna warna Sabah

Jalani OKU yang disenangi pemancing
 laut dalam

Auntie Bluee bersama Apple dan Pinky

Tatkala Mazlin bertemu Mazlin

Kekangan kewangan membataskan Habsah
untuk ke sekolah

 

4 comments:

  1. Apa pun panggilan, selagi ia tidak membawa makna yang tdak elok dan membawa kepada kemesraan, tak mengapalah... :)

    Apa khabar agaknya Mazidul sekarang, ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Mazidul dah beransur pulih Kakcik....Dia kini dah balik ke rumah dan meneruskan terapi. Sama sama kita mendoakann agar dia kembali pulih dan sihat seperti sediakala.....

      Delete
  2. seronok baca entri ni...

    mcm2 panggilan...jika ade masa jom blogwalking

    http://vitalicious2u.blogspot.com/

    tq

    ReplyDelete
  3. Kasih sayang dlm persahabatan ada kalanya melebihi kasih sayang sesama saudara kandung. Biar apapun panggilannya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...