Ads by nuffnang

Sunday, May 4, 2014

Kisah Peti Sejuk dan Ais Krim

Salam dari Bumi Kenyalang.....

Berikutan esok "call time" untuk keluar
penggambaran ke Kampung Pulo Ulo, Petra Jaya
jam 4.30 pagi, maka tiadalah tugasan
hingga lewat malam.

Justeru bolehlah saya menulis sikit kisah
kelmarin atau perkataan "throwback" seperti sering
digunakan dewasa ini khususnya dalam instagram.

Saya berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang selama
tiga hari  dari Rabu hingga Jumaat,
untuk mendekati satu lagi keluarga yang
menjadi keluarga Bersamamu.

Lokasi kali ini di Rantau Panjang...kira kira 10
kilometer dari Komplek Bebas Cukai....tempat
antara destinasi ramai pengunjung untuk membeli
belah.

Ok saya bukan nak cerita pasal membeli belah tetapi
kisah Rosie ibu kepada 4 cahayamata yang tabah
dan redha dengan perjalanan hidup ketentuan Illahi.

Hidup serba sederhana sebelum ini, tapi sudah di
takdirkan sejak lebih dua tahun lalu, suaminya
Azzudin mengalami masalah saraf.

Acapkali, secara tiba tiba diserang kekejangan di
seluruh badan mengakibatkan dia menjadi lemah
dan tidak boleh bergerak.  

Secara tidak langsung, Din tidak dapat menjalankan
kerja kerja berat.

Kanvas kehidupan yang penuh warna warni sebelum
ini, kini bertukar kusam......

Along anak sulongnya mendapat 5A untuk UPSR,
dua tahun lalu, aktif dalam sukan terutama 
bolasepak dan berjaya memasuki sekolah 
berasrama penuh.  

Namun kerana kesihatan ayahnya, dia sanggup
berhenti di tingkatan satu kerana menjaga ayahnya.

Dalam keadaan hidup serba kekurangan,
sebagai keluarga yang mementingkan pelajaran,
Rosie memujuk anaknya untuk sambung semula
ke tingkatan dua dan kini menuntut di SMK Rantau
Panjang.

Along sememangnya pelajar cemerlang dan
disenangi rakan rakan dan guru.

Tatkala kami berada di rumah Rosie, kelengkapan
di rumah juga serba kekurangan.

Tiada mesin basuh, tiada peti sejuk mengisi ruang
dapur dan dapur gasnya kelihatan uzur tapi tetap
digunakan.

Rosie ada menyimpan hasrat untuk menjual aiskrim
buatan sendiri dan dadih tetapi ketiadaan peti sejuk
membantutkan impiannya.

Dengan kerjasama beberapa insan prihatin setelah
berbincang dengan pihak Bersamamu, maka Rosie
diberikan mesin basuh untuk memudahkan dia 
menjalankan kerja rumahtangga.

Juga sebuah peti sejuk, untuk merealisasikan impian
Rosie menjual ais krim dan dadih.

Satu perkongsian yang membuatkan saya antara
senyum dan terharu tatkala sampai di pejabat
Jumaat lepas dari Kelantan adalah mesej ini dari
Rosie.............



Mungkin bagi sesetengah daripada kita, ia satu
mesej yang biasa....tetapi jauh di sudut hati Rosie
dengan kehadiran peti sejuk itu benar benar
memberi satu sinaran kebahagian kepada dia dan
anak anaknya.......

Kisah ais krim untuk anak anak dan peti sejuk
baru......menambahkan lagi satu pelajaran  
buat diri saya dan rakan rakan....

Kecil di mata kita, besar di mata mereka......

Semoga Allah swt terus memberi kebahagian
dan kesenangan dunia dan akhirat kepada
keluarga Rosie.....

Aamiin ya Rabb....


Krew bersama keluarga Rosie






 

4 comments:

  1. alhamduliLLAH...
    (sedih..terharu)

    ReplyDelete
  2. salam kak.. bergenang air mata saya baca nih...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Jika berkesempatan, mohon Bersamamu turut membantu ibu tunggal malang ini...sangat kasihan.

    http://buasirotak.blogspot.com/2012/08/ibu-tunggal-yang-sakit-diabai-suami-tak.html

    ReplyDelete
  4. Semoga Rosie dapat memenuhi cita2nya menjual aiskrim dan dadih itu. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...