Ads by nuffnang

Tuesday, April 8, 2014

SATU HATI DUA JIWA........

Semasa saya menerbitkan Majalah 3 pada tahun
1999, di mana pengacara ketika itu sahabat baik
saya Nor Azlina Redzuan, segmen Perspektif
Satu Hati, Dua Jiwa....antara menjadi bualan ramai.

Ia mengisahkan seorang pemuda dari Changlun,
Kedah terharu melihat kisah seorang kanak kanak
yang menderita akibat masalah hati dan memerlukan
penderma.

Justeru Wan Mohd Hafizam Wan Ismail menghubungi
pihak kami dan menyatakan hasratnya.

Setelah beberapa ujian dilakukan maka hati
Hafizam sesuai untuk diberi kepada Adik
Mohd Afiq Iqmal. 

Lebih 15 tahun telah berlalu dan Alhamdulillah
satu hati dikongsi dua jiwa itu kini menjalani
kehidupan seharian seperti insan biasa.

Perkongsian saya kali ini mengenai kisah adik
Ammar Danish yang dilahirkan pada 8.11.2013.

Dia disahkan menghidap Biliary Atresia sejenis
penyakit berkaitan dengan kerosakan dalam
organ hati.

Walaupun diberitahu doktor, kebanyakan bayi 
yang berpenyakit seperti Ammar mempunyai
umur yang tidak panjang, namun Nazila 
Kamarudin yakin hanya Allah yang menentukan
ajal hambaNYA dan lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk umatNYA.

Sungguhpun redha dengan ketentuan Illahi,
sebagai insan biasa, perasaan takut, kecewa
kadangkala menyelubungi diri.

Demi untuk terus memberi semangat dan
motivasi kepada Nazila, saya menghubungi
Hafizam yang punyai pengalaman berdepan
dengan keluarga yang mempunyai anak
berpenyakit hati.

Sesi perkongsian Hafizam, memberi impak
yang baik buat Nazila dan suaminya untuk
terus tabah dengan segala dugaan yang
dihadapi.

Seperti Aqif, tidak mustahil Ammar akan sembuh
dan dapat menjalani kehidupan seperti
kanak kanak lain dengan keprihatinan
masyarakat Malaysia yang penyayang.

Seperti kata Hafizam,

"jangan takut untuk memberi hati dan organ
pada yang memerlukan, niat yang baik untuk
membantu mereka yang memerlukan pasti
akan dipermudahkan Allah swt".

Hafizam juga bersyukur kerana segala
pengorbanannya dapat menjadi dorongan
kepada orang ramai untuk lebih prihatin terhadap
masalah yang dihadapi setiap insan.
 
Kisah Adik Ammar akan disiarkan di Bersamamu
pada 29 April 2014.

Satu hati dua jiwa........bakal berulang.......
 
Bersama Hafizam dan Adik Ammar
Nazila berkongsi kesedihan....

 

8 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Semoga dimudahkan seluruh urusan adik Ammar ini. moga kedua ibu bapa adik ammar sabar dan tabah hadapi ujian seberat ini. Amin.

    ReplyDelete
  2. Moga ibu ammar terus kuat...dan ammar diberi kesembuhan.....kita sama diuji....cuma berbeza keadaan....2 anakanda syurga saya diuji juga dgn ujian yg sangat berat...semoga ammar dan juga anakanda2 syurga saya diberikan keajaiban olehNya....

    ReplyDelete
  3. Moga Ammar kuat dan sihat hendakNYA..
    Buat keluarga Ammar.. moga urusan berkaitan Ammar dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  4. Salam Chik Inn......semoga semua kerja baik lagi mulia yg Chik Inn jalankan akan mndpt balasan yg terbaik drp-Nya.

    ReplyDelete
  5. Berat mata memandang, lebih berat lagi bahu yang memikul...anak yang sakit memang satu dugaan tetapi mereka juga adalah anugerah kerana memberi kita peluang dan ruang untuk sentiasa muhasabah diri dan lebih dekat denganNya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum
    boleh saya tahu wan hafizam dan afiq mengadakan transplan hati di mana ya?sebab saya faham menurut nazila di malaysia hanya sauadara sendiri sahaja boleh menjadi penderma hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan Afiq melakukan Ujian kesesuaian di Singapore dan menjalankan Pembedahan d SJMC subang jaya, Selangor

      Delete
  7. AL Fatihah untuk Muhammad Afiq Iqmal
    Terima kasih Wan Hafizam secebis hati mu kini di syurga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...