Ads by nuffnang

Wednesday, March 27, 2013

Jumpa lagi London......


Alhamdulillah selamat sampai ke rumah kira kira
pukul 1 pagi hari selasa.

Tidur dan merehatkan mata sebentar, kemudian
jam11 pagi menghadiri mesyuarat produksi
Santai Bersama...

Sepatutnya saya cuti sampai Rabu, tapi ada
beberapa perkara perlu diselesaikan saya
batalkan cuti.

Petang pukul 2.30 petang saya ke Port Dickson
untuk menyertai Kem Remaja Bersamamu 2013.

Beberapa rakan saya tegur, tak penat ke dan 
tak ada rehat yang cukup berikutan perbezaan
waktu lapan jam.

Bagi saya bila dah seronok kerja dan melihat
anak anak Bersamamu yang mengambil bahagian
di Kem Remaja ni, hilang rasa penat dan letihnya.

Dan sambung sikit kisah di London.

Dua hari terakhir di London, salji pulak turun
dengan lebatnya.

Menurut masyarakat setempat, jarang sekali
bulan Mac salji turun dengan lebatnya sebab
penghujung musim sejuk tapi keadaan
cuaca dunia tak menentu maka salji turun
sepanjang hari.

Yang pasti paling seronok adalah anak sedara
saya Syasya Batrisiyia kerana pertama kali
dapat main salji.


Syasya mengepal salji di atab bas Hop On /Off

Dapat jugalah buat bebola salji...

Dalam keadaan sajli yang turun dengan lebatnya,
dia masih nak juga duduk di bahagian terbuka,
bus hop on /off.

Maka mak sedara ni pun kenalah juga menemani
dia dan sempattah buat bebola salji sebesar buah
golf untuk di baling baling.

Dalam keadaan sejuk tu sempat jugalah ke Hard
Rock London, kerana memenuhi permintan
wartawan saya Liza mengirim beli tshirt Hard Rock.


Liza .....nanti ambik T'shirt ya.....
Berhampiran hotel yang kami duduki....

Berikutan dia dah siap tukar duitnya, maka saya usaha
kan jugalah ke Hard Rock kalau tidak dok dlm
bilik hotel berselubunglah.....

Semasa saya menulis entri ini, saya dan wargakerja
sedang menyediakan hadiah untuk peserta kem.

Hari ini acara penutup kem yang berlangsung
3 hari 2 malam di Port Dickson.

InsyaAllah esok saya kongsikan entri Kem Remaja
Bersamamu....

Saturday, March 23, 2013

Mak Temah menyesatkan pemandu ke Cardiff....

Dua hari tak sempat nak update entri sebab
jadual yang begitu ketat dan padat.

Rabu dan Khamis kami menyewa kereta dan
meronda rondalah mencari lokasi lokasi yang
menarik selain berkunjung ke Factory Outlets.

Pemanduan di sini sama seperti di Malaysia,
stering sebelah kanan hanya agak pening
sikitlah pakai GPS yang kami gelar
"Mak Temah"....

Ada beberapa kali jugalah kami tersasar
dengan panduan yang diberi.....
tapi Alhamdulillah selamat semuanya....

Kami menggelarnya Mak Temah sebab cara
ia beri panduan dengan suara yang garang...
dan pertuturan yang kurang difahami....

Apapun ketika di Cheddar Gorge, kami sempat 
berkelah sambil menikmati suasana yang tenang
dan aman. 

Ia satu kawasan yang "Unsung Places" atau
tidak begitu dikenali tetapi mempunyai
tarikan tersendiri terutama air terjun, gua
dan persekitarannya....

Dalam cuaca kira kira 5 darjah selcius
saya dan anak anak buah bentang
kain untuk duduk dan dengan selamba makan
tengahari nasi lemak yang kami masak
di sebelah pagi.

Sungguhpun lauk dah sejuk, tapi lapar punya
pasal...bertambah tambah kami menimkati
makan tengahari ketika itu.

Ada juga beberapa pelancong yang melintasi
kami, tersenyum dan memandang kami dengan
pandangan pelik... kami  membalas kembali
senyuman mereka....

Mana tak pelik, depa piknik, dok makan roti,
burger, pizza manakala anak anak melayu ni dok 
selamba makan nasi pakai tangan.........

Tak kan hilang Melayu di dunia......

Seronok berkelah dalam cuaca yang sejuk.....


Tak sempat nak masuk dalam gua di Cheddar Gorge....

Lepas makan kami ke Clarks Village Outlet
Shopping kira kira 30 minit dari tempat
perkelahanan.

Seperti Johor Premium Outlets di Kulai, setiap
Factory Outlets menjadi pilihan mereka yang
suka membeli belah.

Memang tidak dinafikan harga yang ditawarkan
memang murah, tapi kadangkala apa yang kita
inginkan, tak ada pulak saiznya....

Melepas lagi.....

Saya bab membeli belah memanglah suka tapi
taklah membeli sangat....

Lebih kepada memerhatikan keadaan sekitar....

Banyak kerusi untuk pengunjung berehat dan
cuaca yang sejuk memang selesalah duduk aja
di luar....

Rehat jap......

Tira juara membeli belah.......
Ika di tempat kedua......

Semalam anakbuah saya mendera dengan
memaksa saya memandu ke Cardiff,Wales.

Dalam 3 jam memandu dari Exeter.

Cuaca yang hujan sepanjang hari membataskan
kami untuk meronda sekitar Cardiff sekadar
bergambar di Cardiff Castle dan beli beberapa
Fridge Magnet.

Bergambar di satu daripada kedai cenderamata di Cardiff
Di luar Istana Cardiff

Di dalam Istana Cardiff
Hujan atau tidak bab ambil gambar.......
Tira juga juara.......
Tapi sempat jugalah ke satu lagi Factory Outlet
dan setelah mendera mak sedaranya, Ika dan
Tira telah menghadiahkan beg Fossil untuk
saya.

Terima Kasihlah anak sedara....

Petang tadi, saya, Syasya dan Nora ke London
menaiki keretapi.

Kami berada tiga hari di sini sebelum berangkat
pulang ke tanahair.

Duduk di kawasan Bayswater, memang mudahlah 
cari makanan halal....

Manakala Tira masih menyambung cuti dan
menetap 2 minggu lagi bersama kakaknya,
Ika..

Esok dah rancang sehari suntuk meronda
Kota London pulak....

Jumpa lagi....






Wednesday, March 20, 2013

Berkunjung ke Jalan Terkecil di dunia.....

Lagi coretan dari Exeter......

Jika hari Ahad saya dan anak sedara berkunjung ke
Bath Spa, Isnin dan Selasa pula, kami menghabiskan
masa di sekitar Bandar Exeter.

Berikutan Isnin, kelas Ika sampai tengahari saja,
maka kami sempat makan tengahari bersama dan
Alhamdulillah kehadiran beberapa restoren menjual
makanan halal di sini memudahkan pelajar dan
penduduk beragama Islam.

Sebelah petang kami ke kawasan dikenali QuaySide.

Pinggir sungai yang dipenuhi dengan burung camar,
merpati, itik dan juga angsa yang jinak jinak belaka.

Sempatlah kami dok minum teh dan makan scone
di pinggir sungai macam juga "Orang Inggeris"
yang lain.....sambil menikmati udara yang segar lagi
dingin....


Camar yang pulang......

Besarnya Angsa tu.......

Jom kita bawa balik Angsa ni.......

'Join us for cup of tea..."
(dengan slang Inggeris)
Berikutan semalam kelas Ika, sepanjang hari,
maka rombongan "Aunty Chik Inn" yang berempat
ini dok mengukur jalanlah di bandar Exeter......

Bukanlah membeli belah tapi sekadar masuk
deretan kedai lepas tu terus belah keluar......

Saya tertarik di satu kawasan yang di kenali
sebagai Parliament Street.....

Ia dikatakan jalan yang paling sempit di dunia....
dan punya sejarah tersendiri....

Kami pun cuba jugalah melalui jalan tersebut
dan makin hampir ke penghujung ia bertambah
sempit.....



Syasya dan Tira bersedia untuk menarik saya
melalui jalan sempit....

Bahagian permulaan yang sempit......

Bahagian yang luas.......di akhir jalan...
Memang banyak kawasan bersejarah disekitar
bandar ini.....

Bangunan lama dipulihara dengan baik dan sering 
menjadi tumpuan lensa kamera pelancong.

Satu perkara yang membuat saya teruja adalah
persekitaran bandar yang bersih.




Daripada pengamatan saya, sukar nak nampak
sepuntong rokok pun di bahu jalan sepanjang
deretan kedai......mahupun di taman awam....

Sedap mata memandang keadaan serba bersih....

Esok kami bercadang ke Clark Village...ia adalah
antara Factory Outlets yang terkenal di kawasan
ini......

Sekadar nak intai intai aja apa yang dijual kat
sana....kalau harga berpatutan bolehlah beli......


Tuesday, March 19, 2013

Melawat Universiti Penulis Novel.. Harry Porter......

Salam dari Exeter....

Exeter ini terletak kira kira 3 jam perjalanan dari
Kota London.

Saya berada di sini sejak Sabtu lalu, bukan tugasan
untuk Media Prima tetapi tugasan dengan keluarga.

Saya dipertanggungjawabkan untuk membawa dua
anak abang abang saya bercuti di bumi England.

Di Exeter ini, anakbuah saya Nur Atikah Mazlan,
yang pernah saya tulis dalam entri sebelum ini, 
menyambung Master di  University Exeter.

Mungkin University Exeter tidak seglamor Universiti
Oxford, Cambridge,Imperial College London atau
Universiti Bristol tapi universiti ini melahirkan penulis 
novel terkenal Harry Porter iaitu J.K.Rowling.

Menurut Ika, beberapa babak dalam filem sekuel itu 
berlatarbelakang beberapa bangunan di Exeter.  


Universiti Exeter


Bersama tiga anak sedara saya.....
Semalam kami berjalan jalan di Bandar Bath Spa
kira kira 1.20 minit menaiki keretapi dari Exeter.

Banyak peninggalan masyarakat Roman dulukala
antaranya tempat bersiram golongan bangsawan.

Beberapa tahun lalu saya pernah juga ke sini, ketika
anak sedara saya Mariana Halim, menuntut di
Universiti Bristol.

Banyak juga yang berubah tetapi yang pasti,
sungai yang mengalir deras dan bersih, memang
satu lokasi yang mendamaikan sejak dulu lagi.



Di kawasan Bath Spa


Geng rombongan Aunty Chik Inn......


Beberapa restoren halal terdapat di sini,
memudahkan pelancong Islam menikmati makan
tengahari mahupun makan malam.




Seronoknya kedua beradik ni......."I can Fly......."
Dalam seronok jalan jalan makan angin, satu
perkara yang buat saya semput adalah ketika
nak balik ke pangsapuri Ika.

Katanya dalam 15 minit berjalan kaki dari Stesyen
Keretapi Exeter, tapi jalan punya jalan lebih 
35 minit menapak baru sampai.

Kira macam kes dera lah........

Dah lah cuaca ketika itu kira kira 3 darjah celcius.

Dibawanya kami melintasi kawasan universitinya
dan  kawasan perumahan pelajar, penat berjalan
sekaligus sakitnya lutut saya.

Saya beritahu dia kalau 10 tahun dulu bolehlah,
turun naik bukit, ni dah lebih 4 series, langkah
kaki pun tak segagah dulu.

Sepupunya Syasya yang berusia 14 tahun juga
turut merungut.....

"Hai...macam rasa merentas desa lah.....", katanya.

Bagi adik Ika,Tira yang menunggu keputusan SPM dan
adik angkat saya Nora, depa berdua rilek aja jalan.....

Nanti sambung lagi entri dari Exeter....mata dah mula
kelihatan kabur.....mengantuk......

Sebahagian daripada peninggalan sejarah di Bath Spa
 

Friday, March 15, 2013

Bilik mandi macam disko....

Bila bertugas sebagai wartawan atau yang
berkaitan dengan produksi macam saya ni
boleh dikatakan hampir setiap minggu akan
bermalam di rumah penginapan atau hotel.

Tak kiralah hotel tujuh bintang ke, lima
bintang, tak ada bintang ke, kalau balik
lewat malam selepas penggambaran, yang
paling penting adalah bilik yang selesa untuk
merehatkan diri.

Dari Kedah pada Ahad dan Isnin, saya ke
Kuala Pilah, Selasa hingga Rabu untuk
tugasan Potret Bersamamu.

Entri hari ini bukan mengenai keluarga
Bersamamu yang dipaparkan tetapi hotel
tempat kami menginap.

Sebelum ini kalau tugasan di Kuala Pilah,
kami akan menginap di Desa Inn di tengah
tengah pekan Pilah.

Tetapi kali ini kami menginap di Maling Inn,
sebuah hotel baru.

Nampak dari luar macam biasa saja, tetapi
hiasan dalaman di hotel ini agak menarik.

Di tingkat satu ada ruang rehat dengan
kolam ikan yang mendamaikan.

Satu yang paling menarik perhatian saya
dan krew adalah "shower" atau pancur air
di bilik mandi....

"Aku dah kerja TV3 lebih 28 tahun ni
first time duduk hotel shower berlampu"
Jebat membuka bicara...

"Macam kat disko dan rasa bestlah dok
kat dalam bilik mandi" Rose penolong
penerbit saya menyampuk.

Memang tidak dinafikan inilah julung julung
kalinya pengalaman saya,bilik mandi ada 
pancur air mengeluarkan lampu warna
warni......

Macam macam lah saudara.........


Pintu masuk hotel


Kejap warna merah....

Kejap warna Kuning.....

Kejap warna hijau....

Kejap warna biru....mengalah disko......
\
 

Saturday, March 9, 2013

Terima kasih pelajar Malaysia di Morocco....

Entri hari ini saya nak sentuh sikit lagi
mengenai Morocco.

Bila berada di luar negara lebih lagi yang
bahasa yang digunakan bukan
Bahasa Inggeris, memang bagaikan ayam
dan itiklah bila berkomunikasi.

Justeru acapkali jika pihak kami ingin
membuat penggambaran di luar negara,
antara perkara yang paling penting adalah
menghubungi pihak kedutaan ataupun
Persatuan Pelajar Malaysia.

Ketika kami di Morocco, lima pelajar
dari Universiti Hassan II Ain Chock,
Casablanca diketuai Nur Amirah bersama
Hanna, Ahlina, Aliyah dan Fatin menemani
kami untuk penggambaran di pesisir pantai
Casablanca mahupun di tengah bandar.

Masyarakat di Morocco berkomunikasi
dalam bahasa Arab dan Peranchis, justeru
kalau tak ada adik adik pelajar ini, agak
sukarlah kami.

Satu lagi ketika membeli belah di Bazaar
atau Souk.

Harga yang ditawarkan kepada pelancong
berbeza jika kita boleh berkomunikasi dalam
bahasa mereka.

Pengalaman yang sama juga ketika
penggambaran di Rusia, Ukraine, Syria,
Peranchis.....

Kehadiran pelajar pelajar kita bagaikan
Duta Kecil mewakili negara.

Terima kasihlah adik adik ya.....insyaAllah
jika ditugaskan ke sana nanti kita jumpa lagi.

Teruskan perjuangan sebagai pelajar terbaik
membanggakan Agama, Bangsa dan Negara.

Begitu juga buat Fia Nazeta, isteri kepada
Pegawai Kanan di Kedutaan Malaysia di Rabat.

Ketika pengambaran membuat "tangine" Fia
menjadi penterjemah kami.

Dia bekerja di sektor perbankan sebelum
berhenti dan mengikuti suaminya ke Morocco.

Sebagai surirumahtangga sepenuh masa, dia
turut menghadiri kelas bahasa di Rabat. 


Bila saya tanya bagaimana keadaan hidup
jauh dari sanak saudara dan kampung
halaman....

Dia menjawab.....

'Semua ok kat sini kak...tapi bab driving aduhhh
saya tak beranilah kak....orang sini memandu
ikut sesuka hati aja......."

Dalam pemerhatian saya terutama di
Casablanca dan Rabat, cara pemanduan mereka
agak bahaya.....sesuka hati hendak belok atau
berhenti tanpa beri signal......

Kalau teksi di sini hanya 4 penumpang, tetapi
di sana 5 ke 6 orang pun boleh saja......

Itulah warna warna  kehidupan ......

Lima pelajar Universiti Hassan II yang membantu
penggambaran di Casablanca

Penggambaran  Neelofa di tengah bandar Casablanca.......
 
Bersama Fia di puast kraftangan di Rabat.....
Macam di kraftangan Malaysia lah......
 
 

Wednesday, March 6, 2013

Santai Bersama Habsah Hassan....

Semalam sampai di Sri Pentas dari Kota Bharu
Kelantan jam 11 malam.

Selepas "sign out"  terus balik ke rumah dan
dah letih terus tidur tak larat nak update blog.

Pagi ini lebih kepada mengedit skrip
Potret Bersamamu untuk siaran minggu depan.

Lepas makan tengahari, tugasan di Taman
Tun Dr Ismail bersama rakan saya Zakiah Anas.

Kami ke pejabat Serangkai Filem untuk sesi
temuramah dan penggambaran bersama
personaliti yang tersohor dengan karya
lirik untuk ramai penyanyi tanahair iaitu
Habsah Hassan atau Kak Chah.

Memang banyak cerita yang dikongsi
Kak Chah.

Seronok berbual dengan insan yang banyak
pengalaman.

Dan antara topik yang dibincangkan adalah
lirik lagu Terasing nyanyian Sudirman Hj Arshad
....sahabat baik Kak Chah.

Lazimnya untuk menghasilkan satu satu
lirik lagu mengambil masa dua ke tiga hari
tetapi lagu Terasing liriknya dihasilkan dalam
masa 12 jam sahaja.

Ibu kepada empat puteri ini berpendapat
menulis adalah bakat anugerah Allah yang
tidak harus dipersia-siakan......

Esok sambung penggambaran dengan
Kak Chah di rumahnya dan juga di Restoren
Puteri bersama sahabatnya Rubiah Suparman.

Sesi temuramah Kak Chah bersama Zakiah

Kak Chah adalah menulis lirik lagu Wajah nyanyian Jac
Lagu tema program Bersamamu.....


 

Monday, March 4, 2013

Neelofa dengan telefon bimbitnya di Morocco....

Hari ini entri yang paling ringkas dipenuhi
dengan gambar saja.

Letih seharian penggambaran di Pasir Putih, 
Kelantan bersama wartawan saya Wani untuk
merakamkan satu lagi perubahan kanvas
kehidupan keluarga Bersamamu terdahulu.

Sering saya katakan jika ada kemahuan pasti
akan membawa ke satu jalan perubahan.....
begitu juga kepada Mat Daud dan keluarga.....

Oklah berbalik kepada tajuk utama di atas.....
saya lampirkan beberapa keping foto 
pengacara Nona di Morocco iaitu Neelofa
dengan aksi telefon bimbit iphonenya......

Dia suka merakamkan fotonya sendiri dan
bila saya tanya kenapa....ini jawapannya.....

"Alaaaa kak...Lofa tak nak susahkan orang
lain... jadi baik Lofa ambik sendiri foto pakai
phone ni ........"

Sungguhpun Lofa mengambil gambarnya sendiri,
kehadiran rakan wartawan lain sentiasa
menfokuskan lensa kamera mereka di hadapan
Neelofa........

Aksi spontan... aksi bergaya...aksi serius.... 
apa apa pun bolehlah dik oii....



Ni ambil gambar atau nak tenguk rambut......

Biarlah depa menari... janji Lofa dapat merakamkan foto
berlatarbelakang penari berpakaian tradisional....

....alamak bateri dah low ke.......

Gaya mesti ada........

Bila bab membeli belah... lupa sekejap
ambil gambar sendiri....

Jom dik... kita ambil gambor ramai ramai.....

Bersama Sue(Staf Vida Beauty), Datuk Vida,
Bariah (Penerbit Nona) dan Lofa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...