Ads by nuffnang

Tuesday, February 19, 2013

Masuk ke bilik kebal...Iron Lady....

Petang tadi saya dan Fieza menyambung
penggambaran program "Santai Bersama..."
dengan Datuk Maznah Hamid aka Iron Lady,
kesinambungan kepada penggambaran
minggu lepas di Jerlun, Kedah....

Selain merakamkan aktiviti bersama suami,
anak dan cucunya di rumah, penggambaran
yang paling menarik perhatian krew 
terutamanya Fieza adalah di bilik kebal.

Ini kali kedua saya memasuki bilik tersebut.

Kali pertama ketika rakaman kira kira 20
tahun lalu bersama Datuk Maznah untuk
paparan program Nona.

Bilik kebal adalah bilik kalis air dan api
yang menempatkan puluhan senjataapi
untuk kegunaan pengawal keselamatan
di bawah syarikat milik Datuk Maznah.

Masing masing mengambil kesempatan
memegang senjata dan bergaya di depan
kamera dan saya pun tak terkecuali.....

Saksikan aksi di bawah ini......


Jangan bergerak.......
Kami....."Sharp shooter" tau.........
Fieza memegang senjataapi yang tiada peluru.....
dan dipantau staf Datuk Maznah yang terlatih....

Apa macam...ada gaya untuk menjadi
 Ketua Mafia di Media Prima....???

Penggambaran di rumah bersama keluarga

Lepas ni boleh shooting Intai Intai Deko
kat rumah Datuk Maznah ya.....

6 comments:

  1. wah akak memang ada gaya mafia. hehehe.

    ReplyDelete
  2. chik inn.... ada gaya gitu... ohh macam tu rupa bilik kebal.. scary jugak tengok semua tu..

    ReplyDelete
  3. Best keja cam cik lin ye, boleh jumpa macam2 .....

    ReplyDelete
  4. "dipantau staf Datuk Maznah yang terlatih...."
    betul ke terlatih? Pantang jurulatih senjata (polis & atm) acu pistol ke arah benda hidup (bukan tujuan menembak) walaupun tidak berpeluru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! Pantang paling besar dalam pengendalian senjata api apabila senjata api diacukan ke arah manusia walaupun tidak berpeluru... Cara memegang senjata api pun salah tu apabila jari diletakkan pada picu.

      Delete
  5. kenapa diacunye pistol ke orang ni..tau ke tidak ni prosuder n sop senjatapi ni..
    semak balik etika bersenjatapi tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...