Ads by nuffnang

Thursday, February 14, 2013

Lupa untuk membuat Tabung Akhirat....


Jika minggu lepas saya di Baling dan Jerlun,Kedah,
hari ini saya di Johor Bahru, Johor hingga esok.

Kali ini penggambaran Potret Bersamamu
meninjau keluarga Norashikin dan lima anaknya
yang kehilangan ayah lebih 7 tahun lalu...

Sebagai ibu tunggal sememangnya Shikin, seorang
ibu yang tabah dan cekal.

Penggambaran hari ini turut disertai penaja utama
Program Bersamamu iatu Hajah Faiza Bayumi, mesra
dipanggil Umi.

Seperti biasa, sebagai orang yang banyak pengalaman
Umi terus memberi nasihat dan semangat untuk Shikin
terus mewarnai kanvas kehidupan yang baru.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ketika
berbual bual dengan Umi adalah kenyataan beliau,

"Selain Beras Faiza, setiap barangan atas produk Umi,
ada peratusan yang akan dimasukkan dalam
Tabung Bersamamu sungguhpun kalau Umi tiada
 lagi di dunia ini".

"Rezeki yang Allah beri pada Umi maka Umi
panjangkan kepada yang memerlukan....."

Sungguh mulia dan pemurahnya wanita berturunan
Arab Mesir ini.

Semoga Allah menucurahkan lagi rezeki padanya.

Dan semoga ramai lagi individu yang
dapat menghulurkan bantuan demi
untuk meringankan bebanan golongan
yang memerlukan.

Ramai insan bersungguh sungguh
melabur untuk masa depan...

Tetapi ramai juga insan lupa untuk
bersungguh sungguh membuat dan
melabur di Tabung Akhirat........

Renung renungkan.....


1 comment:

  1. Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan.

    untung peserta bersama mu,macam2 bole merasa berbanding tidak terpilih masuk program nii.
    disempatan nii nak bertanya bagaimana pihak bersama mu membuat penilaian mereka yang layak ?apa syarat dan keutamaan yang di beri perhatian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...