Ads by nuffnang

Saturday, February 16, 2013

Doakan ibu sihat dan masuk syurga.....


Semalam penggambaran bersama keluarga
Norashikin berakhir jam 6.00 petang.

Selesai minum petang bersama dia dan anak
anak kami pun balik ke Sri Pentas....dan
kami sampai ofis kira kira 11.30 malam.....

Sekadar berkongsi isihati saya, tatkala saya
menemuramah Shikin mengenai anak
anaknya, beberapa kali airmata saya tanpa
disedari mengalir membasahi pipi.

Shikin melalui liku hidup pelbagai cabaran.

Sememangnya dia seorang ibu tunggal yang
cekal dan tabah.

Selepas pemergian suaminya menemui
Yang Maha Esa buat selamanya, dia redha
dan terus membesarkan lima cahayamata.

Keputusan untuk menghantar dua anak
anaknya ke madrasah dan bakal menjadi
"Hafiz" dan "Hafizah" satu keputusan
yang baik...

Anak perempuannya Siti Hawa yang
berumur 13 tahun, satu tahap umur yang
boleh berdikari sendiri dan tempat Hawa
menimba ilmu tidak jauh dari rumahnya
di Tampoi.

Tetapi bagi Khuzaifah yang berusia 9 tahun,
dalam usia yang masih muda dengan rela
hati berpisah dengan ibu dan adik beradiknya
menimba ilmu di Kota Tinggi.

Dengan memakai serban putih, Khuzaifah
sering melaungkan suaranya untuk azan
di surau dan dia antara pelajar yang paling
muda di madrasah itu.

Saya tanya dia, apa yang selalu adik doakan
untuk ibu......

Dia menjawab ringkas,

"Doakan ibu sihat dan masuk syurga........"

InsyaAllah siaran perubahan kisah Shikin
akan ke udara dalam Potret Bersamamu
pada 6 March 2013........



Shikin melawat Khuzaifah di Madrasah di Kota Tinggi

Shikin, Khuzaifah dan Hawa....

 

2 comments:

  1. Salam cik mazlin;

    Saya mohon maaf masa penggambaran pasal Shikin di ofis saya tiada. Memang notisnya mengejut sikit, saya dah ke Kuantan ada kenduri kahwin anak buah.
    Maaf banyak ye. Saya mohon banyakkan masa siaran di 2 buah sekolah tahfiz tu, boleh promote mereka sikit.

    Terima kasih.

    (Umi di Ofis)

    ReplyDelete
  2. assalam kk lin,maaf brrtanya.boleh sy tau madrasah apa ye yg khuzaifah blajar.sy nk hantr adik sy blajar di sana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...