Ads by nuffnang

Tuesday, February 19, 2013

Masuk ke bilik kebal...Iron Lady....

Petang tadi saya dan Fieza menyambung
penggambaran program "Santai Bersama..."
dengan Datuk Maznah Hamid aka Iron Lady,
kesinambungan kepada penggambaran
minggu lepas di Jerlun, Kedah....

Selain merakamkan aktiviti bersama suami,
anak dan cucunya di rumah, penggambaran
yang paling menarik perhatian krew 
terutamanya Fieza adalah di bilik kebal.

Ini kali kedua saya memasuki bilik tersebut.

Kali pertama ketika rakaman kira kira 20
tahun lalu bersama Datuk Maznah untuk
paparan program Nona.

Bilik kebal adalah bilik kalis air dan api
yang menempatkan puluhan senjataapi
untuk kegunaan pengawal keselamatan
di bawah syarikat milik Datuk Maznah.

Masing masing mengambil kesempatan
memegang senjata dan bergaya di depan
kamera dan saya pun tak terkecuali.....

Saksikan aksi di bawah ini......


Jangan bergerak.......
Kami....."Sharp shooter" tau.........
Fieza memegang senjataapi yang tiada peluru.....
dan dipantau staf Datuk Maznah yang terlatih....

Apa macam...ada gaya untuk menjadi
 Ketua Mafia di Media Prima....???

Penggambaran di rumah bersama keluarga

Lepas ni boleh shooting Intai Intai Deko
kat rumah Datuk Maznah ya.....

Saturday, February 16, 2013

Doakan ibu sihat dan masuk syurga.....


Semalam penggambaran bersama keluarga
Norashikin berakhir jam 6.00 petang.

Selesai minum petang bersama dia dan anak
anak kami pun balik ke Sri Pentas....dan
kami sampai ofis kira kira 11.30 malam.....

Sekadar berkongsi isihati saya, tatkala saya
menemuramah Shikin mengenai anak
anaknya, beberapa kali airmata saya tanpa
disedari mengalir membasahi pipi.

Shikin melalui liku hidup pelbagai cabaran.

Sememangnya dia seorang ibu tunggal yang
cekal dan tabah.

Selepas pemergian suaminya menemui
Yang Maha Esa buat selamanya, dia redha
dan terus membesarkan lima cahayamata.

Keputusan untuk menghantar dua anak
anaknya ke madrasah dan bakal menjadi
"Hafiz" dan "Hafizah" satu keputusan
yang baik...

Anak perempuannya Siti Hawa yang
berumur 13 tahun, satu tahap umur yang
boleh berdikari sendiri dan tempat Hawa
menimba ilmu tidak jauh dari rumahnya
di Tampoi.

Tetapi bagi Khuzaifah yang berusia 9 tahun,
dalam usia yang masih muda dengan rela
hati berpisah dengan ibu dan adik beradiknya
menimba ilmu di Kota Tinggi.

Dengan memakai serban putih, Khuzaifah
sering melaungkan suaranya untuk azan
di surau dan dia antara pelajar yang paling
muda di madrasah itu.

Saya tanya dia, apa yang selalu adik doakan
untuk ibu......

Dia menjawab ringkas,

"Doakan ibu sihat dan masuk syurga........"

InsyaAllah siaran perubahan kisah Shikin
akan ke udara dalam Potret Bersamamu
pada 6 March 2013........



Shikin melawat Khuzaifah di Madrasah di Kota Tinggi

Shikin, Khuzaifah dan Hawa....

 

Thursday, February 14, 2013

Lupa untuk membuat Tabung Akhirat....


Jika minggu lepas saya di Baling dan Jerlun,Kedah,
hari ini saya di Johor Bahru, Johor hingga esok.

Kali ini penggambaran Potret Bersamamu
meninjau keluarga Norashikin dan lima anaknya
yang kehilangan ayah lebih 7 tahun lalu...

Sebagai ibu tunggal sememangnya Shikin, seorang
ibu yang tabah dan cekal.

Penggambaran hari ini turut disertai penaja utama
Program Bersamamu iatu Hajah Faiza Bayumi, mesra
dipanggil Umi.

Seperti biasa, sebagai orang yang banyak pengalaman
Umi terus memberi nasihat dan semangat untuk Shikin
terus mewarnai kanvas kehidupan yang baru.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ketika
berbual bual dengan Umi adalah kenyataan beliau,

"Selain Beras Faiza, setiap barangan atas produk Umi,
ada peratusan yang akan dimasukkan dalam
Tabung Bersamamu sungguhpun kalau Umi tiada
 lagi di dunia ini".

"Rezeki yang Allah beri pada Umi maka Umi
panjangkan kepada yang memerlukan....."

Sungguh mulia dan pemurahnya wanita berturunan
Arab Mesir ini.

Semoga Allah menucurahkan lagi rezeki padanya.

Dan semoga ramai lagi individu yang
dapat menghulurkan bantuan demi
untuk meringankan bebanan golongan
yang memerlukan.

Ramai insan bersungguh sungguh
melabur untuk masa depan...

Tetapi ramai juga insan lupa untuk
bersungguh sungguh membuat dan
melabur di Tabung Akhirat........

Renung renungkan.....


Monday, February 11, 2013

Jom ikut Iron Lady balik kampung.......

Seperti dalam entri sebelum ini saya bertugas
di Kedah bermula Khamis lalu dan kembali ke
Sri Pentas petang semalam.

Dua hari untuk program Potret Bersamamu
di Baling dan dua hari lagi di Jerlun serta
Alor Star untuk program baru di bawah
penyelarasan saya iaitu "SANTAI BERSAMA..."

Program yang diterbitkan Fieza Kamaruzaman,
InsyaAllah akan menemui penonton TV3
bermula 4 March ini jam 11.30 pagi.

Program ini mendekati beberapa personaliti
yang menceritakan kisah hidup dan berkongsi
erti "Santai" dalam kamus kehidupan mereka.

Untuk episod 1, program ini bakal
memaparkan kisah personaliti yang memang
disegani dan turut dikenali sebagai Iron Lady.

Tentu rakan blogger boleh meneka siapa
Iron Lady......

Personaliti yang dimaksudkan adalah
Datuk Maznah Hamid....pakar motivasi
terkenal di Malaysia.

Selain menjadi pakar motivasi, beliau
seorang usahawan berjaya dan menjadi
mentor kepada usahawan lain berikutan
kejayaan beliau dalam dunia keusahawanan.

Dua hari krew "Santai Bersama..."
merakamkan aktiviti Datuk Maznah tatkala
balik ke kampung halaman di Jerlun.

Memang seronok dapat ikut beliau balik ke
desa kelahirannya.


Standby in 5 seconds......

Selain penggambaran di sawah terbentang
luas menunggu masa untuk dikerat padinya....
kami turut dijemput menghadiri kenduri
kahwin penduduk setempat.

Semangat gotong royong sememangnya
masih menebal di kalangan masyarakat
kampung.

Apa yang paling menarik perhatian kami
cara mereka masak nasi putih yang dikukus
bertingkat tingkat.....

Datuk Maznah turut teruja dan sempatlah
menyuapkan kami nasi yang baru di masak.

"Hah ni ambik berkat nasi kenduri kahwin,
moga cepat dapat jodoh", Datuk Maznah
berseloroh diikuti gelak ketawa kami dan
penduduk setempat.


Nasi yang disusun bertingkat dikukus......




Juruteknik kami Azizol tersipu disuap Datuk Maznah...


Makan jangan tak makan.......

Sepanjang penggambaran di kampung
halamannya, banyak ilmu yang dapat
dikutip melalui pengalaman dan prinsip
hidup Datuk Maznah yang telah membawa
kejayaan besar kepada dirinya.....

Kalau rakan nak tahu rahsia kejayaannya
jangan lupa temujanji jam 1130 pagi,
4 March ini dalam "Santai Bersama......"




Krew "Santai Bersama...."bergambar dengan Iron Lady...
(Fieza yang berdiri sebelah kanan)
 

Thursday, February 7, 2013

Sirih pulang ke gagang.....

Salam rakan rakan......

Pantas betul masa berlalu.

Pejam celik kita dah masuk bulan Februari......

Saya pun dah lama tak berkongsi cerita di blog 
kerana kekangan waktu......

Ketika saya berkongsi catatan ni saya berada
di penginapan Seri Baling Inn menunggu wartawan
Potret Bersamamu Ainul dan krew teknikal.

Kerana ada sedikit masalah pengangkutan, mereka
bertolak lewat daripada sepatutnya.

Manakala saya yang menaiki pesawat dah sampai
awal.

Pada saya duduk melangut kat lapangan terbang di
Alor Star, maka saya sewalah teksi ke Baling dengan
perjalanan lebih dari sejam setengah.

Hah.....hari ini saya mencipta sejarah tersendiri.

Berikutan semalam tugasan hingga lewat malam,
maka saya tak dapat penyunting atau edit
skrip wartawan Liza.

Justeru dalam pesawat tadi, macam orang korporatlah
sibuk menghadap komputer.

Selalunya naik pesawat, terus buat senaman lentuk,
terkulai leher sebab tidur.....

Tapi hari ini hilang rasa mengantuk dan letih
sungguhpun tidur hampir 3 pagi dan pukul 6 dah
bangun.

Saya bernasib baik, sebelah tempat duduk saya
kosong,  apa lagi besarlah ruang saya macam
"business class" pulak.

Maka dok berangan jap, kalau menceburi
bidang perniagaan rasanya bolehlah memiliki sebuah
pesawat seperti kebanyakan jutawan di tahanair
kita dewasa ini.

Begitu juga dalam teksi tadi.

Dengan pakcik pemandu di depan dan saya
duduk di belakang, sibuk menghadap laptop 
mengalahkan buat kertas kerja berjuta juta
ringgit......

Berikutan tempahan suara latar jam 2.30 petang,
tu yang agak kalut sikit......saya perlu menyunting
skrip dan emel kembali kepada Liza.

Tak pa lah, tak dapat beli pesawat sebenarnya,
memiliki pesawat "remote control" pun kira oklah.....

Semalam tugasan saya di Kuala Kubu dan Beranang.

Kami membawa anak kembar Kak Serinang Subi,
(antara responden awal program Bersamamu yang
menghadapi masalah tulang dan tidak boleh
berjalan) ke Jambo Sakti, asrama yang mereka
duduk beberapa tahun lalu.

Ketika berada di asrama di bawah Yayasan
Basmi Kemsikinan Selangor ini Dilla dan Diba
menyuntik semangat kepada adik adik penghuni di
sana pengalaman mereka.

Kedua beradik yang menyambung pelajaran dalam
jurusan Syariah Islam ternyata telah matang dan
kata kata dilontarkan bukan saja buat adik adik
penghuni di sana, malah kita yang mendengar
 turut terkesan.....

InsyaAllah jika ada kelapangan rakan rakan
boleh menonton Potret Bersamamu siaran
20 Februari ini.....


Dilla dan Diba berkongi pengalaman

Kak Serinang berbaju kuning kini semakn sihat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...