Ads by nuffnang

Monday, November 19, 2012

Hangus sekelip mata....

Tengahari tadi, saya, Noraini Tahir dan
Junaidah Md Din ke Kampung Cheras Baru,
melawat rumah sahabat kami Jurukamera
Jebat M Roseli yang kebakaran pagi
semalam.

Sampai saja di lokasi, baru beri salam,
dan bertanya kabar, Jebat terus sebak.....

Kebakaran dipercayai berlaku akibat litar
pintas bermula di bahagian dapur.

Ketika kejadian kira kira 7.45 pagi, Jebat
telah sampai di Sri Pentas dan sedang
menyiapkan peralatan kamera untuk keluar
bersama saya tugasan Potret Bersamamu
di Temerloh, Pahang.

Tiba tiba dia menerima pangilan telefon
menyatakan rumahnya mengalami kebakaran.

Sangkaannya kebakaran tidak besar.

Tatkala sampai di rumah, bagaikan nak pitam
melihatkan keadaan rumahnya dan mujur tiada
kecederaan pada ahli keluarga mahupun jiran
tetangga.

Ramai rakan rakan datang menziarah dan terus
memberi semangat kepada Jebat dan keluarga.

Ketika masuk di perkarangan rumah Jebat,
tersentuh hati saya bila dia menunjukkan periuk
nasi kecilnya....

"Chik Inn, ni periuk nasi yang selalu kita guna
masa kita assignment oversea, banyak jasanya
dan dah sampai merata dunia", Jebat memegang
dengan matanya redup digenang airmata.

Jebat antara jurukamera yang kerap juga bertugas
dengan saya ke luar negara yang memakan masa
yang lama sehingga lebih 31 hari, juga tugasan
di bulan Ramadan.

Justeru seperti di Eropah, New Zealand, Australia,
China, Surinam, periuk terbabit digunakan untuk
memasak nasi mahupun lauk pauk yang ringkas.

Ayah kepada 4 cahayamata, Jebat memang suka
memasak untuk rakan rakannya.....

Semoga Jebat dan keluarga tabah dengan ujian
dan dugaan daripada Yang Maha Esa.

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku tersemat
hikmah tersendiri yang Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik buat umatNYA.......

Keadaan rumah Jebat yang hangus segala galanya



Periuk nasi yang banyak jasanya ......

Ketika ini Jebat dan jiran menumpang di Dewan Orangramai
Bukit A Kg Cheras Baru

 

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Takziah kepada sdr Jebat dengan dugaan besar ini, tengok kat berita TV3 dan blog ondscene semalam.

    Mungkin ada dikalangan kita yg bersimpati dgn sdr Jebat sekeluarga ingin membantu, kalau ada pihak tertentu mcm boleh jadi hub utk menerima bantuan berkenaan bagi pihak sdr Jebat, ok jugak kot. Tak pun...siarkan no acc sdr Jebat je. Walaupun tak banyak, bantuan org ramai boleh ringankan beban beliau sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Semoga En.Jebat sabar dan tabah dengan dugaan Allah ini.

    ReplyDelete
  3. setiap yg terjadi ada hikmah d sebaliknya. moga ada yg terbaik buat sdr jebat dan keluarga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...