Ads by nuffnang

Tuesday, October 16, 2012

Intai Deko di Philea Resort....

Hari ini dari pagi sampai malam di Philea
Resort & Spa di Ayer Keroh, Melaka untuk
rakaman "moderator" Intai Intai Deko.

Resort bertaraf 6 bintang ini menampilkan
senibina berkonsepkan Log atau kayu
sememangnya mendamaikan tatkala
berada di sini.

Resort yang berharga RM 140 juta ini
berkeluasan 15 ekar dan kayu Pine yang
digunakan diimport khas dari Rusia.

Tatkala menjejakkan kaki ke dalam chalet,
masih terbau wangian kayu Pine.

Lapan ribu keping kayu landasan kereta api
turut digunakan untuk pagari Philea Resort.

Satu lokasi yang sesuai untuk berehat seisi
keluarga dan kanak kanak pasti gembira
dengan kolam renangnya yang berkonsepkan
seperti aliran sungai.

Dan bagi kami hidangan makan tengaharinya
lauk asam pedas ikan tenggiri yang dijamu 
memang terbaik.....

Kolam renang berlatarbelakang air terjun

Satu daripada bentuk chalet yang terdapat di resort



Lepas penggambaran kami akan preview terlebih dahulu
 
Pengacara saya Nor Azlina Redzuan kekenyangan makan
 asam pedas.....
Sedap asam pedas Philea Resort ini......
 
 

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Kat tempat ni kan Shah rukh khan buat penggambaran? Sangat cantikkkkkkk!

    Bilalah kami boleh merasa menginap kat situ

    ReplyDelete
  2. Chik Inn, berapa plak ni smlm? hheehheee gaya tanya mcm nak gi esok je. mana tau ada rezeki dapat stay sana satu dua malam hheehh

    ReplyDelete
  3. Anyss,
    Ya, saya dimaklumkan memang Shah Rukh Khan pernah buat penggambaran di Philea Resort ini....

    Mas,
    Chalet di sini ada beberapa kategori. Paling biasa kalau tak silap bermula dgn RM650 dan ada juga yang harganya RM4 ribu satu malam. Siap ada private pool sendiri....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...