Ads by nuffnang

Sunday, October 21, 2012

Mazlin Junior suka naik basikal.....

"Mama, saya dah pandai naik basikal tau",
si kecil bersuara di depan halaman rumahnya.

"Oh ya ke, bagus lah, ok mama nak tenguk
awak tunggang basikal", respon saya
kepadanya....

Hah ini lah wajah si kecil yang saya
maksudnya.....

Mazlin Junior suka main basikal macam saya
juga masa kecil......

Ketika rakaman program Bersamamu dibuat
pada September 2005, dia berusia kira kira 6
bulan dalam kandungan ibunya.

Sungguhpun sarat mengandung, ibunya
Siti Aini Suib tetap tabah membuat dan
menjual kuih demi untuk membantu suaminya
Mansor yang bekerja sebagai pemotong rumput
dan mengambil upah mengait kelapa sawit.

Alhamdulillah setelah mendapat sumbangan
daripada orangramai mahupun orang perseorangan
segala-galanya telah berubah sedikit demi sedikit..

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Dalam temuramah dengan Wak Mansor tengahari
tadi, di kediamannya di Jenjarom, Banting,

"Dulu kalau hujan, kami anak beranak kena beralih
alih tempat, kerana tempias hujan, hari ini
Alhamdulillah kami dah hidup lebih selesa"

Pada 31 Disember 2005, si kecil dilahirkan.

Saya dimaklumkan tentang kelahirannya dan
pasangan Mansor dan Siti Aini menamakan
anak kelapannya Nor Mazlin.

Ketika itu sememangnya tersentuh hati saya
kerana mereka menamakan anaknya mengikut
nama saya.....

Tatkala wartawan saya Wanie bertanya kepada
Nor Mazlin dah besar nak jadi awak?

Jawabnya ringan,

"Penerbit macam Mama Mazlin tu...",
terus menunjuk ke arah saya yang berada di tepi
Jurukamera saya Sahidin .

InsyaAllah.......

Semoga Mazlin Junior akan cemerlang dalam
episod kehidupannya, menabur bakti kepada
ibubapa, agama, bangsa, negara serta berjaya
dunia dan akhirat......

Amin....... 


Kediaman pasangan Mansor dan Aini kini....

Temuramah dengan Wak Mansor.
 Ketika rakaman 2005, keadaan rumah
Mansor seperti rumah di latar belakang


 Sesi Wanie menemuramah Aini

Pose istimewa daripada gandingan Mazlin Senior dan Junior.....

Nantikan program Potret Bersamamu pasangan
Mansor dan Aini pada Disember ini hanya di TV3......

Saturday, October 20, 2012

Syukur Alhamdulillah....dapat cabutan bertuah...

Majlis Makan Malam Gala Majalah dan
Dokumentari Primeworks (PWS) yang
diadakan semalam berjalan lancar dan
mengikut perancangan dan waktu yang
ditetapkan.

Lapan kumpulan yang buat persembahan
ternyata mempunyai kreativiti dan bakat
tersendiri.

Seperti saya maklumkan dalam entri 
kelmarin, saya dipertanggungjawabkan
sebagai Pengurus Pentas yakni individu
yang perlu memastikan segala perancangan
berjalan lancar dan mengikut jadual.

Keluar masuk dewanlah saya beserta
sentiasa berada di sisi pengerusi majlis
iaitu Fedtri Yahya dan Azura Azizul untuk
memberi info.....

Sungguhpun saya langsung tak sempat
makan, tetapi gembira melihatkan wargakerja
PWS terutama staf baru yang begitu 
"enjoy" teramat sangat.

Seperti Komen Kak Cik Nur, "Paling seronok
mestilah bila dapat hadiah".........

Alhamdulillah saya juga mendapat cabutan
bertuah Iphone 4 S.

Sibuk menguruskan pemenang, tetiba nama
dipanggil, tergaman juga sekejap......

Semalam cabutan bertuah 50 hadiah kira besar
atau agak mahal, pada hari selasa ini akan
diadakan lagi sekali cabutan bertuah
yang tidak kurang juga..... hadiahnya.

Pihak AJK Majlis Makan Malam bersetuju
memastikan semua 175 warga
Majalah/Dokumentari menerima hadiah kerana
kami menerima banyak jugalah hadiah daripada
penaja.........

Alhamdulillah..........terima kasih kepada semua
yang menjayakan majlis dan juga kepada
semua penaja yang bermurah hati menyumbangkan
hadiah untuk cabutan bertuah.....



AJK bahagian pendaftaran
 
Kengkawan sila masuk majlis dah nak mula....

Wargakerja Majalah/Dokumentari bersama bos besar
kami AKZ.

Posing jangan tak posing......

Fedtri turut membuat persembahan dengan wargakerja
program KHURAFAAT
Kumpulan Nura's Jun.... mendapat tempat kedua Persembahan
 
Kumpulan "Hari Itu Mak Semput" mendapat tempat
pertama acara persembahan....

Soo Wincci - Miss Malaysia 2008 antara Juri untuk
acara persembahan...
Krew produksi Jejak Rasul 17 Moscow/Ukraine masing masing
berjaya mendapat cabutan bertuah......
 

Thursday, October 18, 2012

Persiapan akhir Malam Gala PWS....

Dalam minggu ini warga Primeworks Studio - PWS
khususnya unit Majalah dan Dokumentari sibuk
dengan persiapan akhir untuk Majlis Makan Malam
Gala yang akan diadakan esok malam di Hotel Eastin,
Petaling Jaya.

Setiap warga Majalah dan Dokumentari begitu
teruja untuk menghadiri majlis esok kerana selain
diumumkan beberapa pemenang kuiz, anugerah
pecah panggung (anugerah suka suka) menyaksikan
bakat bakat terpendam rakan rakan, acara
paling kemuncak adalah cabutan bertuah.

Pelbagai hadiah menarik disediakan......antaranya
TV LED 32 inci, MacBookPro, Ipad, Samsung Tab,
Kamera Canon, Tiket Penerbangan, Komputer Riba
Sony Vaio, Voucher membeli belah, Rantai Berlian
bernilai melebihi dua ribu ringgit, pelbagai barangan
letrik mahupun hamper makanan dan alat solek.


Saya dipertanggungjawabkan di bahagian
persembahan dan esok akan menjadi pengurus
pentas iaitu memastikan segala perancangan
yang diatur berjalan mengikut jadual.

Rakan rakan doakan lah semoga saya mendapat
antara cabutan bertuah yang terbaik ya......

InsyaAllah esok malam kalau sempat saya akan
update entri dan memuat turun photo photo
ketika majlis makan malam nanti.....

Tungguuuu........

Orang kuat /AJK bahagian cabutan bertuah diketuai
Nuraeshah Malik bersama orang kanannya Kak Jun

Sebahagian daripada "doorgift"

Hamper untuk pememang kuiz

Sebahagian daripada hadiah untuk pemenang
 acara persembahan...
 

Tuesday, October 16, 2012

Intai Deko di Philea Resort....

Hari ini dari pagi sampai malam di Philea
Resort & Spa di Ayer Keroh, Melaka untuk
rakaman "moderator" Intai Intai Deko.

Resort bertaraf 6 bintang ini menampilkan
senibina berkonsepkan Log atau kayu
sememangnya mendamaikan tatkala
berada di sini.

Resort yang berharga RM 140 juta ini
berkeluasan 15 ekar dan kayu Pine yang
digunakan diimport khas dari Rusia.

Tatkala menjejakkan kaki ke dalam chalet,
masih terbau wangian kayu Pine.

Lapan ribu keping kayu landasan kereta api
turut digunakan untuk pagari Philea Resort.

Satu lokasi yang sesuai untuk berehat seisi
keluarga dan kanak kanak pasti gembira
dengan kolam renangnya yang berkonsepkan
seperti aliran sungai.

Dan bagi kami hidangan makan tengaharinya
lauk asam pedas ikan tenggiri yang dijamu 
memang terbaik.....

Kolam renang berlatarbelakang air terjun

Satu daripada bentuk chalet yang terdapat di resort



Lepas penggambaran kami akan preview terlebih dahulu
 
Pengacara saya Nor Azlina Redzuan kekenyangan makan
 asam pedas.....
Sedap asam pedas Philea Resort ini......
 
 

Friday, October 12, 2012

OBSES Basikal Tua....

 
Selesai tugasan di Legoland di Nusa Jaya, krew Obsesi
terus ke Melaka dan bermalam di satu daripada hotel
berhampiran Dataran Pahlawan.

Tugasan seterusnya di Melaka mendekati seorang
insan yang berusia dalam lingkungan 30an tetapi
peminat tegar Gerek atau Basikal Tua.

Ikhwan Ibrahim bertugas diibukota tetapi saban
minggu akan balik ke Batu Berendam, Melaka
untuk bertemu dengan ahli kumpulan Kelab Basikal
Tua Batu Berendam (KBTBB).

Sungguhpun basikal tua tapi di kalangan ahli kelab,
bukan sahaja golongan "otai" tetapi di kalangan
remaja atau generasi muda turut menjadi ahli.

Koleksi basikal milik Ikhwan dan ahli kelab ini
ada yang berusia lebih 80 tahun dari jenis Raleigh,
New Hudson, BSA dan beberapa lagi.

Bagi Ikhwan, tujuan utama kehadiran KBTBB
adalah untuk melestarikan basikal tua di Melaka.

Dia dah lebih 11 tahun obses dengan basikal tua
dan telah berbelanja lebih tujuh puluh ribu ringgit.

Semasa penggambaran di sekitar Banda Hilir,
kehadiran Ikhwan dan 7 ahli kelab dengan pakaian
ala pasukan keselamatan tahun 50an dan 60an
menjadi tarikan.

Pelancong dari Taiwan, Korea mahupun pelancong
tempatan tidak mahu lepaskan peluang untuk
memotretkan gambar bersama Ikhwan dan
rakan rakan.

Baru baru ini pada 16 September lalu, sempena
Hari Malaysia, satu Perhimpunan dan Perarakan
Basikal Tua Terbesar diadakan dan dicatat dalam
The Malaysian Book of Record.

Tahniah buat Ikhwan dan rakan rakan KBTBB......

Mengayuh basikal di Banda Hilir


Ikhwan dan rakan rakan dengan gaya tersendiri....

Ikhwan dengan dua basikal kanak kanak yang berusia
 lebih 40 tahun

 
Juruteknik memasang "mic" pada ahli KBTBB
Antara koleksi basikal tua kesayangan Ikhwan
 

Thursday, October 11, 2012

Hujan di Legoland....

Seperti saya memaklumkan sebelum ini,
Selasa lalu saya dan krew Obsesi ke Legoland
bersama Uncle Seat, seorang pesara Jurutera
Kimpalan Besi dari Kajang, Selangor yang begitu
obses dengan permainan Lego.

Dia dan keluarga memang bercadang untuk
melawat Legoland bulan November, tetapi dah
rezekinya.....

Dengan kerjasama pihak pengurusan LEGOLAND
maka dapatlah dia dan keluarga ke sana
tanpa perlu membayar tiket masuk dan mendapat
diskaun untuk membeli cenderamata dan juga
koleksi Lego.

Berikutan begitu teruja untuk ke Legoland, Uncle
Seat dan keluarga telah sampai dua jam lebih awal
dari kami.

Sememangnya jadual penggambaran kami bermula
jam 2 petang, tapi seronok punya pasal, dia
sampai awal untuk meninjau dan menghayati
pelbagai koleksi Lego.

Sesampai kami di Legoland terus makan tengahari
dan penggambaran tidak dapat dijalankan kerana
hujan.

Hujan rahmat......

Tatkala hujan berhenti hampir pukul 4 petang,
maka kami meneruskan penggambaran kerana
Taman Tema Legoland tutup jam 6 petang.

Secara keseluruhannya, penggambaran kami
berjalan lancar.

Secara peribadi saya memang kagum dengan
hasil kerjatangan anak tempatan yang menghasilkan pelbagai rekabentuk dengan menggunakan Lego.

Bukan mudah untuk menyiapkan sesuatu
binaan terutama yang berbentuk kubah
kerana kita semua sediamaklum bahawa
logo berbentuk segiempat.

Setiap rekebentuk dibuat menyerupai
sesuatu objek seperti Menara Berkembar Petronas,
Menara Kuala Lumpur,Masjid di Putra Jaya,
Stesyen Keretapi Kuala Lumpur, KLIA dan beberapa
mercutanda negara jiran.

Disertai dengan audio yang berkaitan
dengan objek, bagi saya selain
mengabadikan potret, setiap pengunjung
perlu mengamati secara terperinci
setiap objek yang direkebantuk.

Jika ada kelapangan, musim percutian sekolah
pun hampir tiba, bolehlah ke sana.....

Saya kongsikan beberapa photo ketika
di LEGOLAND bersama krew OBSESI.......



Menara Berkembar Petronas yang berdiri gagah.....



Lego berbentuk Masjid di Putra Jaya

Stesyen Keretapi KL

Bersama keluarga Uncle Seat

Lego yang menyerupai seorang yang keletihan, tertidur siap
dengan bunyi mendengkur mencuri perhatian pengunjung

Kedai cenderamata yang menggamit pengunjung kanak-kanak
mahupun orang dewasa....


Sesi temuramah bersama bos besar LEGOLAND
Lego ibu dan anak ni diletakkan berhampiran surau
Selamat Datang......
 

Friday, October 5, 2012

OBSES LEGO dapat gi LEGOLAND.....

Semalam krew Obsesi di ketuai Penerbitnya Fieza
ke Kajang, mendekati seorang pesara
Jurutera Kimpalan Besi bernama Seat See Cheng,  
mesra dengan panggilan Uncle Seat berusia
57 tahun.

Mulanya saya nak turut serta tapi ada beberapa
perbincangan yang perlu saya hadiri tak dapatlah
saya ikut.

Menurut Fieza, Uncle Seat kini menghabiskan masa
persaraannya dengan membina bangunan dan
kenderaan di Taman Mini LEGOnya sendiri.

Dia ni saudara.... sanggup menghabiskan hampir
dua ratus ribu ringgit semata mata untuk
memperolehi koleksi LEGOnya.

Dua ratus ribu ringgit......????????

Anak jati Kuala Lumpur ini telah mengubahsuai
separuh kediamannya hanya untuk membina sebuah
kabinet khas menyimpan koleksi Legonya.

Memang kalau dah terlalu Obses dan teruja pada
sesuatu perkara atau benda, apa pun boleh jadi.

Betul tak rakan rakan........

InsyaAllah Selasa depan krew OBSESI akan
membawa Uncle Seat dan keluarganya ke LEGOLAND
di Johor.

Saya memang bercadang nak bercuti dengan member
ke sana tidak lama lagi, tetiba kebetulan dapat
kerjasama daripada pihak LEGOLAND, untuk
penggambaran bersama Uncle Seat.... 
Alhamdulillah....ibarat peribahasa pucuk dicita,
ulam mendatang lah....

InsyaAllah ketika saya di sana nanti saya akan
kongsikan disebalik tabir gelagat Uncle Seat 
sepanjang di LEGOLAND.......


Macam kedai jualan mainan....
Satu keluarga meminati koleksi LEGO....

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...