Ads by nuffnang

Sunday, September 2, 2012

MASSCOMM NIGHT RETURNS.....

Semalam sampai rumah hampir pukul 1 pagi dari
Majlis Sambutan 40 tahun Fakulti Komunikasi dan
Pengajian Media, UiTM yang diadakan di Dewan
Agong Tuanku Canselor(DATC)UiTM Shah Alam.

Satu majlis yang begitu meriah sekali bukan
kerana hidangan yang lazat atau aturcara
yang gilang gemilang tetapi kerana dapat berjumpa
"senior" atau "junior"yang tak bersua muka
sekian lama.

Ibarat macam Jejak Kasih lah.........dengan tema
pakaiannya Hitam Putih.....

Dalam DATC itu, tak lekang walaupun sedetik
dengan "flash" kamera kerana masing masing
tidak mahu melepaskan saat saat yang pasti
tersemat erat di sanubari setiap bekas pelajar.

Saya dan rakan rakan satu "batch' iaitu sesi
1987 - 1990 juga tidak terkecuali.

Untuk pengetahuan rakan rakan, Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media telah
menyaksikan pelbagai perubahan sepanjang
40 tahun sejarah kewujudannya.

Bermula dengan pengambilan pertama
pelajar seramai 35 orang tahun 1975 kini
keseluruhan graduan fakulti ini mencecah
lebih 10 ribu pelajar.

Malam semalam turut dilancarkan buku
"Jejak Sebaran" yang memuatkan pelbagai
sejarah dan informasi mengenai fakulti,
pensyarah,pelajar dan mereka yang terbabit
secara langsung mahupun tidak dalam
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Belek punya belek buka itu, kat mukasurat
130 ada juga terselit gambar saya dan
beberapa rakan satu "batch".

Masing masing tergelak tenguk gambar
lama tu.....maklumlah masa tu baru 2 series...
sekarang dah 4 series......

Oklah bagi rakan seangkatan yang tak dapat
hadir terutama sahabat baik saya
Rashidah Ashri, saya muat turun beberapa
photo majlis gemilang semalam......

Hidup Mass Comm........

Terima kasih kepada tenaga pengajar yang
tanpa jemu memberi ilmu kepada kami......




Bersama Senior Kak Ola- berdiri sebelah
kanan saya....
 
Sebahagian daripada rakan satu "batch" yang hadir....
Lama betul Norhiza Jaafar tak jumpa Zakiah....
Zakiah seorang daripada pengacara majlis semalam...
Sebelah kanan saya Azlina Md Din (isteri Faisal HotFM) dan
Ayin Masliza (orang kuat TLDM)
(Adik Junior kenapa tak pakai baju ikut tema??????)

Apalah yang diborakkan Zakiah sampai Faisal terpegun,
yang pasti kami bertiga "maintain"....


 
Prof Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman
(Prof bersama Prof Madya Amelia dan Prof Madya Dr Halimahton
yang menemuramah saya ketika pengambilan pelajar baru 1987)

Sebelah kanan saya Prof Madya Roslena Ahmad antara
tenaga pengajar kami dalam subjek kewartawanan 

Semoga akan terus berjumpa lagi dan mengeratkan
silaturahim tidak kira di mana saja rakan rakan
"senior", "junior" dan seangkatan berada... 

 

1 comment:

  1. terbaek Kak Lin!
    Tak ku sangka ramai dari UiTM grad rupanya =)
    UiTM di hatiku!

    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...