Ads by nuffnang

Thursday, September 20, 2012

Irama dan lagu......Caklempong...Wayang Kulit...

Pagi tadi saya dan wartawan Bersamamu Musim Baru 
Liza ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
atau Aswara.



Tujuan ke sana untuk penggambaran bersama 
Wahyuddin Shabuddin berasal dari Mantin, 
Negeri Sembilan yang episod kehidupan keluarganya 
pernah dipaparkan pada pertengahan tahun 2007....

Dengan bantuan masyarakat prihatin, dia dapat
melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik khususnya 
muzik tradisional Caklempong.

Entri saya hari ini lebih kepada pemerhatian saya
ketika tugasan di ASWARA.

Kisah Wahyu akan saya coretkan untuk entri akan
datang terutama sekali bila membabitkan seluruh
ahli keluarganya kelak.
 
Hahhhh.....saya biasa melihat persembahan
Caklempong tapi tak pernah lah melihat di belakang
tabir latihannya.

Muzik tradisional Caklempong dikatakan telah
dibawa ke Tanah Melayu oleh Masyarakat Minangkabau
dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan
seawal kurun ke 14.

Antara alatnya adalah gong kecil diperbuat berbentuk
seperti periok dan berbusut di tengah-tengah 
permukanya.
 
Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para
panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang
pemalu oleh seorang pemain.

Nampak macam biasa aja gong yang diatur tetapi
setiap gong mempunyai notasi atau nada seperti
C Major satu oktaf dan sebagainya lah. 
 
Saya bukan tahu pun sekadar mendengar penjelasan 
pensyarah Wahyu yang bernama Encik Rabbani yang 
mengajar pelajar pelajarnya...


Wahyu sebagai ketua ketika rakaman latihan Caklempong
 
Satu lagi yang menarik perhatian saya ketika
penggambaran di kelas Wayang Kulit.

Tenaga pengajar yang dikenali sebagai Pak Nasir
memang seorang yang berpengalaman dan
profesional.

Dalam dia menjadi Tok Dalang, tatkala pelajar
pelajarnya melakukan kesilapan ketika latihan,
bagaikan telinga lintah, peka, cepat dia dapat
mengesan dan memperbaiki kesilapan mereka.

Bagi penonton biasa, pasti tak dapat membezakan
kesilapan irama yang didendangkan, tapi dah nama
pun tenaga pengajar, memang alah bisa tegal
biasalah...bagi Pak Nasir....
 
Cara mengajar agak santai, diselang selikan dengan
jenaka.

Tetapi hakikatnya bukan mudah menjadi tenaga
pengajar yang menjadi tok dalang, memegang
boneka wayang kulit sekaligus berdailog pelbagai
watak dan waktu yang sama memastikan irama
dan lagu iringan pelajarnya mengikut rentak.....
 
Kita biasa tenguk saja persembahan Caklempong 
mahupun wayang kulit tetapi sesekali dapat
berada di belakang tabir, memberi satu pengalaman
baru dan menarik...... 
 

Pak Nasir sebagai tenaga pengajar dan juga
Tok Dalang sesi latihan




Bagi Wahyu, teruskan usaha dalam bidang yang
diminati dan semoga cita cita menjadi pensyarah
muzik satu hari nanti akan terlaksana.....
 
Di mana ada kemahuan...pasti ada jalan.....

Krew Bersamamu bersama Wahyu

 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...