Ads by nuffnang

Thursday, July 12, 2012

Kalau ibu ada, lagilah seronok.......

Tahniah adik adik......

"Tahniah Fatin, konvo awak hari ini......" saya
menyampaikan ucapan tahniah sambil memeluk
erat Fatin Aishah Jamil, graduan KUIM yang
menerima Diploma Kaunseling pagi tadi yang
berlangsung di Bangunan Seri Negeri,
Ayer Keroh, Melaka.

"Terima Kasih Chik Inn,memang happy sesangat,
tetapi kalau arwah ibu ada dan tenguk Fatin kat Konvo
ini, lagilah happy", Fatin menjawab yang dapat
saya rasakan ada sekelumit perasaan sedih ketiadaan
ibu tersayang pada hari yang bersejarah bagi gadis itu.



Fatin bersama ayahnya......
Posing jangan tak posing adik adik......

Kisah keluarga Fatin yang menetap di Merlimau,
Melaka,pernah dipaparkan dalam Bersamamu
beberapa tahun lalu.

Ibu Fatin, Firah Abd Majid mengalami sakit angin
akmar, terlantar kira kira 2 tahun dan kembali ke
Rahmatullah pada 30 Julai 2007.

Alfatihah buat Arwah Firah.

Ketika ibunya sakit, Fatin sebagai anak sulung,
sungguhpun dalam usia muda, menjadi tulang
belakang dan menggantikan tempat
ibunya menguruskan hal rumahtangga.

Adiknya Fahmi yang cemerlang dalam UPSR ketika
itu mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran
ke asrama penuh, namun kerana masalah
kewangan, Fahmi memendam perasaan.

Ayahnya hanya seorang tukang kebun dan gaji
yang ada bagaikan kais pagi makan pagi beserta
perlu membeli ubat ubatan buat isteri tersayang.

Setelah pihak Bersamamu mendapat infomasi dari
insan yang prihatin dan kisah keluarga ini
dipaparkan di kaca televisyen, sumbangan
yang dihulurkan ternyata banyak merubah
kanvas kehidupan keluarga Fatin.

Adiknya Fahmi dimasukkan ke asrama penuh
dan keputusan SPM lalu, dia mendapat 8A dan
kini melanjutkan pelajaran di UITM, Puncak Alam,
Shah Alam, Selangor.

Dua lagi adiknya turut cemerlang dalam pelajaran
mahupun dalam sukan.

Ketiadaan ibu...nenek tempat mengadu......
Masalah kewangan bukanlah penghalang untuk
keluar daripada kepompong kemiskinan.

Jika bijak menguruskannya, pasti berjaya...

Jika ada kemahuan untuk berubah, pasti akan
ada jalan.....

InsyaAllah mulai pertengahan September akan
datang, saya dipertangungjawabkan semula
untuk menerbitkan rancangan Bersamamu.

Namun kali ini, formatnya agak berbeza.

Fokus musim ini, kami akan menziarahi kembali
keluarga yang dipaparkan di awal siaran Bersamamu
yang memulakan siaran pada 30 Mei 2005.

Perubahan yang berlaku pada mereka akan
dikongsikan bersama dan bagaimana wang yang
disumbangkan insan insan pemurah membantu
mereka menjalani bahtera kehidupan dengan
semangat dan azam baru.

Esok saya akan ke Sabah selama 6 hari, menyingkap
beberapa keluarga di Negeri Bawah Bayu dan waktu
yang sama menyelaras program Obsesi.

Jadi tunggulah kemunculan "Kejayaan.......Bersamamu..."
tidak lama lagi.......

Maklumbalas rakan rakan amat saya alu alukan....

Hulurkan tangan....ringankan beban.........

Syukur Alhamdulillah...antara anak Bersamamu yang
boleh dijadikan contoh pada yang lain.......

4 comments:

  1. tahniah utk adik fatin, terbukti kesusahan bukan penghalang utk kita berjaya.. proses pembelajaran takkan terhenti walau dimana pun kita berada,
    seronok bila dengar anak2 bersamamu ni berjaya :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada rakan blogger seperti Baby Comel yang mengikuti perkembangan anak anak Bersamamu.....
    Jika ada kemahuan pasti ada jalan, Fatin dan Fahmi telah membuktikan......

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Tahniah fatin. Moga kegigihan Fatin mendorong lebih ramai anak-anak bangsa kita yang lain.

    ReplyDelete
  4. Tersentuh baca entri nih. Tahniah ya Fatin, moga dapat kerjaya yg baik2...

    Tima kasih Cik Inn keluarkan kisah Fatin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...