Ads by nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Latihan Boling di IPAD2......

Alhamdulillah, pesawat Firefly yang saya naiki hari
ini memang menepati waktu.

Sampai di ofis dalam kul 4 petang, lepak sebentar
dalam 15 minit, diikuti dengan perbincangan dengan
tiga staf saya mengenai pelaksanaan tugasan
akan datang.

Diselang selikan juga dengan perkongsian
pengalaman saya dengan pelajar pelajar USM
semalam.

Waktu yang sama Zainal Ariffin Ismail, dok
terus mengajak saya untuk menjalani latihan
boling kerana esok kami ada perlawanan boling
peringkat PWS dihoskan bos besar kami
Ahmad Izham Omar.

Oleh kerana saya ada satu kertas kerja yang
perlu dibentangkan jam 6 petang dengan unit
penjenamaan TV3, maka tidak dapatlah saya
menyertai sesi latihan bersama geng lain
petang tadi.

Berikutan kesuntukan masa, saya dok
beritahu Zainal, saya berlatih boling kat IPAD2 
ajalah.

Dia gelakkan saya.......

Adakah Suratan atau Kebetulan.....

Ada kisah tersendiri berkaitan dengan
IPAD2 saya.

Tahun lepas ada satu pertandingan boling yang
saat akhir ketiadaan pemain dan saya jadi
bidan terjun.

Perlawanan sebelah malam, justeru waktu
makan tengahari, saya peruntukan masa dengan
latihan boling menggunakan IPAD2.

Bola tu bulat, macam macam boleh berlaku.

Semasa pertandingan yang diadakan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya,
game 1 dan 2, memang jatuhan pin saya
melepasi jatuhan 100 pin lebih sikit aja.

Tapi game 3, tetiba dpt menjatuhkan lebih
188 pin dan Alhamdulillah saya menang
keseluruhan bahagian wanita.

Harap dapat mencapai jatuhan pin seperti di atas.......

Rezeki dapat TV.......
Dapat lah hadiah TV LCD..........

InsyaAllah sungguhpun sekadar latihan
di alam maya, kalau memang ada rezeki,
dapatlah balingan dan jatuhan pin yang
banyak.

Pesanan saya pada geng yang terdiri
daripada Zainal Ariffin, Shaiful Hady dan
Irin Putri, fokus pada balingan dan tanamkan
misi untuk mencapai yang terbaik.....

Tiada apa yang mustahil.......

Betul tak rakan- rakan.......

Wednesday, May 30, 2012

Kami wartawan bukan jutawan.....

Semalam oleh kerana balik rumah agak lewat, maka tak sempat
nak menulis blog kesinambungan kisah Jemaah Umrah Bersamamu.

InsyaAllah akan disambung catatan sepanjang di Tanah Suci
dalam entri akan datang.

Semasa saya menulis entri ini saya berada di Pulau Mutiara
kerana mendapat jemputan daripada Pusat Pengajian
Komunikasi USM, untuk perkongsian pengalaman dan kisah
di sebalik kerjaya wartawan.

Tajuk yang diberikan memang hebat......

KAMI WARTAWAN BUKAN JUTAWAN........

Antara pembuka bicara saya semasa sesi perkongsian petang
tadi adalah,

"Kalau saya jutawan saya dah naik jet peribadi saya ke sini
ataupun helikopter saya terus mendarat di padang USM"

"Tapi sebab saya wartawan, pesawat yang saya naiki
lewat lebih 3 jam kerana hujan lebat, justeru saya kenalah 
duduk menunggu di Airport Subang dengan penuh
kesabaran" 

Itu semua kerana saya hanya wartawan bukan jutawan.....

Sesekali dijemput untuk mengadakan sesi ceramah,memang
seronok dan rasa macam nak sambung belajar dan jadi
pensyarah pulak. 

Jadi pensyarah kejap.......

Dalam perkongsian yang saya sampaikan, memanglah
wartawan tidak boleh menjadi jutawan tetapi sebagai
wartawan, kami kaya dengan ilmu, pengetahuan,
pengalaman dan puas merantau ke negara luar yang
kadangkala seorang jutawan sendiri tidak akan sampai
ke destinasi tertentu.

Saya beri contoh negara Surinam di benua Amerika Selatan.

Beberapa tahun lalu ketika tugasan saya ke sana, ia sebuah
negara bagaikan Malaysia tahun 60an.

Dengan cuaca panas melebihi 52 darjah celcius,
tiada bangunan pencakar langit, kebanyakan hotel tiada
taraf bintang dan sistem pengangkutan kurang sempurna.

Secara realitinya jutawan yang kaya raya tidak akan
membawa famili mereka bercuti ke sana, tapi sebagai
wartawan kami dapat menjejakkan kaki ke sana.

Banyak jugalah catatan warna warna kehidupan sebagai
wartawan dikongsikan antaranya semasa saya bertugas
untuk program Majalah 3, Misteri Nusantara, MedikTv,
Bersamamu dan Jejak Rasul.

Bengkel yang bermula dari 29 Mei hingga 1 Jun ini
dikendalikan bertujuan untuk mendedahkan pelajar
terhadap kerjaya dalam  bidang kewartawanan yang
serba mencabar.

Ia juga persediaan bagi pelajar yang akan melangkah ke
alam pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.

Selamat Maju Jaya adik adik........
Dapat cenderamata daripada pihak USM
Bersama orang kuat Pusat Pengajian Komunikasi USM
Dr Nik Norma Nik Hassan
Bersama sebahagian daripada pelajar komunikasi USM

Monday, May 28, 2012

Segalanya dipermudahkan olehNYA......

Perkongsian hari ini saya akan sentuh sedikit
perjalanan  jemaah Umrah Bersamamu ke
Tanah Suci.....

Rata rata jemaah yang terpilih sememangnya amat
teruja menjadi tetamu istimewa di bumi para Anbiya.

Pada Jumaat 11 Mei, jemaah dikumpulkan di
Hotel Quality Inn Shah Alam bagi sesi perkenalan
dengan wakil penaja iaitu Kumpulan Gapurna dan
juga menghadiri taklimat umrah.

Sungguhpun taklimat serba ringkas,rata rata
jemaah telah membuat persediaan asas di kediaman
masing masing dengan bertanya kepada saudara
mara, sahabat handai yang telah menjadi
Tetamu Allah, sebelum ini.

Di waktu yang sama pada sebelah malam, AJK
Umrah Bersamamu diketuai saya sendiri melakukan
"spotcheck" barang barang keperluan yang dibawa.

Berikutan inilah kali pertama buat mereka
melangkah jauh meninggalkan kampung halaman,
ketiadaan beg pakaian besar,ditangani dengan
pemberian enam beg besar daripada rakan rakan
saya.

Alhamdullilah.....

Selain Kumpulan Gapurna menaja 30 pakej umrah,
setiap Jemaah turut diberi wang sagu untuk
pembelanjaan sepanjang berada di Madinah dan
Mekah.

Beberapa individu yang mengetahui tentang perihal
Umrah Bersamamu, turut hadir dan menghulurkan
saguhati dan barangan keperluan untuk jemaah.

Sememangnya murah sekali rezeki 20 keluarga
Bersamamu yang terpilih dan juga tujuh anak
yatim/tahfiz.

12 Mei 2012

Selesai sarapan di hotel, segala bagasi siap tersusun
di pintu keluar hotel.

Kira kira jam 10.30 pagi, bas sampai dan kami
bertolak ke KLIA.

Sayu seketika suasana di ruang lobi hotel tatkala
seorang daripada anak yatim melaungkan azan......


Laungan azan sebelum berangkat ke KLIA

Setiba di KLIA, pihak agensi Umrah menyelaraskan
segala beg dan tiket kami.

Kami menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines
dengan nombor penerbangan SV 831 berlepas jam
3 petang.

Ini adalah kali pertama bagi keluarga Bersamamu 
menaiki pesawat, beberapa orang kelihatan
kurang selesa dan mula rasa pening,loya serta mual.

Justeru pihak kami sememangnya telah menyediakan
minyak angin mahupun ubat tahan mabuk untuk
mereka. 

Daripada pemerhatian saya, selesai makan petang
di atas pesawat, jemaah terutama tetamu kecil
terus terlentuk.


Mengantuk sangat jemaah muda ini.......




Bagi kaum ibu dan bapa, ada yang terus membaca
buku panduan mengenai Umrah dan Ziarah.

Kira kira 6.45 petang, waktu tempatan maka
mendaratlah kami di Lapangan Terbang Jeddah.

Segalanya telah ditentukan Yang Maha Esa yang
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA.

Ketika kami di imigeresen, begitu mudah dan pantas
sekali prosesnya.

Lazimnya untuk menunaikan Umrah mahupun Haji,
dalam setiap paspot jemaah di sertakan nama
Mahram (lelaki sebagai ketua keluarga) yang
membawa jemaah.

Ketika di imigeresen, pegawai akan memastikan
siapa Mahram dan siapa di bawah jagaan setiap
Mahram.

Tetapi bagi kumpulan kami, pihak imigeresen
tidak bertanya apa apa langsung kepada jemaah,
sekadar memberi salam, chop paspot dan jemaah
terus berlalu.

Wakil agensi umrah yang turut sama dengan kami
dari Kuala Lumpur sendiri merasa pelik kerana
setelah beberapa kali Haji Salleh membawa jemaah,
inilah kali pertama urusan paspot begitu cepat
tanpa sebarang pertanyaan.

Saya yang telah menunaikan Umrah dan Haji
sebelum ini pun ketika di imigeresen, ditanya
mengenai Mahram yang mengiringi kedatangan.

Ketika saya melakukan tugasan Jejak Rasul 2010,
Mahram kami adalah jurukamera di sertai tiga
kaum hawa, saya, Ezzah Aziz Fawzy dan Shadiya
Abbas.

Masih segar dalam ingatan saya, pegawai imigeresen
bertanya jurukamera adakah ketiga tiga wanita di
bawah namanya adalah isteri, maka Jebat Roseli
sekadar mengangguk tersenyum.

Berbalik kepada Jemaah Umrah Bersamamu,
tatkala melangkah sahaja keluar daripada dewan
ketibaan, wajah masing masing sungguhpun
kelihatan letih namun terpancar wajah keriangan
kerana akhirnya telah sampai ke destinasi yang
di tuju untuk mendekatkan lagi diri kepada
Yang Maha Pencipta.

Selesai menyimpan segala beg kami di dalam
bas, maka bertolak lah kami ke Kota Madinah........

Perjalanan dari Jeddah ke Kota Madinah
mengambil masa kira kira 6 jam.

InsyaAllah saya akan sambung lagi catatan
seterusnya dalam entri akan datang.......mata
dah mula kuyu.........

Wassalam.........



  

Sunday, May 27, 2012

Cucu ketiga sebelum berangkat "Umrah Bersamamu"

Salam sejahtera buat semua rakan rakan pembaca tidak kira
di mana saja anda berada.

Lebih dua minggu saya tidak mengemaskini catatan dalam
blog ini.

Seperti yang rakan sediamaklum saya menunaikan Umrah
bersama insan istimewa tetamu Allah iaitu keluarga
Bersamamu dan Anak Yatim.

Pengalaman sepanjang saya berada di Tanah Suci akan saya
kongsikan dalam catatan akan datang.

Hari ini saya nak kongsi kegembiraan kerana dapat seorang
lagi cucu.

Muhammad Izzarif Hidayat dilahirkan malam sebelum saya
hendak berlepas ke Tanah Suci.

Saya tidak dapat menjenguk sikecil kerana masa mencemburi
saya, justeru petang tadi barulah berkesempatan menatap
cucu kepada kakak sulong saya.

Sungguhpun dah sampai tanahair dari mengerjakan Umrah
pada petang Khamis lalu, baru hari ini tenaga dan stamina
saya kembali normal.

Jumaat dan Sabtu lepak kat rumah aja kira caj staminalah.......

InsyaAllah dalam entri akan datang beberapa catatan
yang mematangkan lagi diri saya dalam mewarnai kanvas
kehidupan kisah perkongsian bersama jemaah
Umrah Bersamamu......

Alhamdulillah... sesungguhnya Allah mempermudahkan
tetamu istimewaNYA.....


Grandma Inn dan cucunya.......

Friday, May 4, 2012

MENGALIR AIRMATAKU... TAPI AKU GEMBIRA..........

Entry hari ini ingin saya kongsikan sedikit tentang
apa yang berlaku pada diri saya petang tadi.

Berikutan sebelah pagi ada beberapa perbincangan
yang perlu saya hadiri, perancangan untuk
menyunting sedutan Bersamamu siaran beberapa
tahun lalu di bawah kendalian saya, diubah ke 
sebelah petang. 

Beberapa tape yang diambil dari Perpustakaan
Visual Media Prima disusun rapi staf saya Almaz di
bilik suntingan.

Maka saya pun memutar mutarlah mesin suntingan
untuk prebiu beberapa siaran Bersamamu untuk di
pratonton pada majlis suaikenal bersama penaja
pakej Umrah Bersamamu.

Tatkala saya mendengar dan menghayati kembali
segala isihati mereka yang menjadi responden kami,
saya mula sebak.....

Antaranya kisah Kak Noreda Dai dari Temerluh
Pahang yang 4 daripada 5 anaknya menghidap
Talasemia dan perlu terus bergantung dengan ubat.

Kak Noreda dan suami hanya menoreh
getah dan sering ke pinggir danau dan sungai
berhampiran rumahnya mencari ikan dan
sayuran kampung untuk menambah pendapatan.

Rentetan anak sulungnya yang sedih bila mengetahui
adik beradiknya perlu mengikat perut dan hanya
menikmati ubi kayu sebagai santapan harian, benar
benar membuat airmata saya mengalir.

Ia berlaku kerana ibunya ingin memastikan
anak sulongnya berjaya dalam pelajaran dan menjadi
pembakar semangat kepada adik beradik yang lain.

Alhamdulillah tatkala kisah keluarganya disiarkan,
ia terus mendapat bantuan bukan saja dari Tabung
Bersamamu sumbangan dari masyarakat Malaysia
malah orang perseorangan tanpa mengira
bangsa dan agama turut menghulurkan sumbangan.

Sejak dari itu, kanvas kehidupan keluarga Noreda
berubah ke arah yang lebih selesa dan terus bersemangat
untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sungguhpun kurang sihat, tiga daripada anaknya 
telah berjaya menamatkan pelajaran di Pusat
Pengajian Tinggi.

Semasa saya memaklumkan Kak Noreda dan suaminya
terpilih untuk menunaikan Umrah, nada suaranya
terus berubah menjadi hiba dan terharu kerana
bakal menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Ucapan Alhamdulillah berulang kali diucapkan.

Siaran adik beradik Fatin dan Fahmi yang kehilangan
ibu tersayang turut menyentap jiwa saya....

Begitu juga beberapa kisah keluarga Bersamamu
yang lain......

YA ALLAH...padaMU ku bersujud.....
Mungkin peringkat umur saya dah 4 series dan amat
gembira mereka bakal menunaikan umrah membuatkan
jiwa saya mudah tersentuh........tatkala mengimbas
kembali keadaan kehidupan mereka dulu dan sekarang......

Terima kasih kepada masyarakat Malaysia yang prihatin
yang membantu keluarga Bersamamu yang saya anggap
seperti keluarga saya sendiri..

Mohon rakan rakan terus mendoakan kesihatan mereka
dan orang yang ditinggalkan sihat sejahtera, segala urusan
dipermudahkan, sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Besar
dan mendapat Umrah yang Maqbul.

Ameen........

Thursday, May 3, 2012

BORIA PWS......

Seperti yang rakan blogger sediamaklum,
saya memang gemar memakai baju kemeja.

Antara pilihan kemeja saya adalah yang cap kuda, cap unta
dan ranting kayu.

Harganya mungkin lebih sikit tapi bagi saya ia boleh dipakai
dalam jangkamasa yang lama kerana kualitinya yang baik.

Disamping itu cap ranting kayu itu sering juga memberi
tawaran istimewa kepada wargakerja Media Prima.

Maklumlah butiknya sebelah pejabat kami aja.

Nak jadikan cerita ramai juga rakan rakan di pejabat PWS
penggemar kepada jenama seperti yang saya pakai.

Nak jadikan cerita baru baru ini kebetulan kemeja yang saya
pakai sama dengan Zahan Rashid, pengacara MHI.

Rakan rakan dok mengusik kami sebagai gandingan
mantap Boria Primeworks Studio.

Tak kisahlah janji kami suka dengan kemeja yang kami
pakai.

Beberapa tahun lalu, kemeja yang saya pakai sama dengan
kemeja Zainal Ariffin Ismail, pengacara Misteri Nusantara,
dan turut menjadi usikan rakan rakan juga.

Saya rasa bukan saya aja yang pernah menerima situasi
begini, rakan rakan lain pun mungkin kebetulan memakai
baju yang sama dengan member lain atau mungkin juga
sama dengan bos.......


Masa sekolah dulu saya pernah menganggotai kumpulan Boria......

Wednesday, May 2, 2012

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.......

Salam sejahtera rakan rakan blogger.....

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja
tidak kira di mana saja anda berada......

Setiap langkah yang diatur untuk ke tempat kerja sebaiknya
disertai dengan niat mencari rezeki yang halal dan
mohon sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh
Yang Maha Esa....

Ingatan buat diri saya sendiri juga buat semua.....

Saban hari, tugas saya menguruskan pelbagai produksi
mingguan dan ketika ini saya agak sibuk juga menguruskan
hal ehwal jemaah "Umrah Bersamamu' yang akan
berlepas insyaAllah 12 Mei ni.

Semalam saya menemani sahabat baik merangkap adik
angkat merangkap pengacara Intai Intai Deko, siapa lagi
kalau bukan Nor Azlina Redzuan untuk membeli
keperluan bagi jemaah Bersamamu/Anak Yatim.

Tatkala beberapa minggu lalu, saya memaklumkan kepada
Azlina akan membawa keluarga Bersamamu dan Anak Yatim
untuk menunaikan umrah, dia terus menyuarakan untuk 
membeli telekong, anak tudung, kain ihram, tali pinggang
beserta memberi wang sagu untuk mereka.


Nor Azlina melihat lihat pelbagai barangan umrah yang dijual

Memang murah rezeki bakal jemaah ini.......

Sehari sebelum tu, seorang rakan membelikan pelbagai
jenis ubat  seperti ubat deman, batuk, selsema, ubat sakit
perut, minyak angin untuk kegunaan jemaah sepanjang
di sana. 

Hulurkankan tangan, ringankan beban......

Moga Allah akan menambahkan rezeki kepada insan yang
menghulurkan sumbangan dan sentiasa dalam
peliharaanNYA........

Ameen.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...