Ads by nuffnang

Sunday, February 26, 2012

IKTIBAR DARIPADA TRAGEDI....

Salam singgah rakan rakan....

Dekat seminggu tak sempat update entri...biasalah
menguruskan tugasan harian....

Dari Khamis hingga Sabtu saya di Melaka, bukan untuk
JOMHEBOH tapi satu lagi episod Saksi Maut bersama
wartawan saya Linda Said.

Kali ini kami mendekati saksi dan mangsa kepada
kejadian Ribut di Bazaar Ramadan pada 13 Ogos 2010
bersamaan 3 Ramadan di Jasin.

Kalau rakan rakan nak tenguk kesan kepada kejadian
yang meragut 3 nyawa dan 18 cedera bolehlah
tonton di YOUTUBE taip aja Ribut Jasin.

Tapak Bazaar Ramadan di Jasin

Ada beberapa individu termasuk anakbuah saya,
Mariana Halim bertanya kepada saya, tidakkah
menemuramah saksi atau keluarga mangsa, bakal
membuatkan mereka mengingati perkara yang tragis
dan mimpi ngeri.

Saya maklumkan kepada mereka, sebelum kami
membuat rakaman, kami menghubungi, "recce"
dan berjumpa dengan keluarga mangsa.

Jika mereka tidak mahu dirakamkan kerana tidak
mahu mengingati kisah sedih kami akur dan tidak
meneruskan tugasan.


Jika mendapat persetujuan, baru kami tetapkan
tarikh untuk rakaman dan mereka juga akan
menandatangi surat akuan bahawa membenarkan
untuk berkongsi pengalaman.

Ada juga individu yang ahli keluarga lain sudi 
berkongsi pengalaman tetapi dia tidak dapat
ditemuramah hanya membenarkan visual diambil,
kami memenuhi permintaan mereka.

Saya turut memaklumkan kepada anakbuah saya,
sunat bagi kita mengingati kematian dan setiap
perkongsian yang dibuat oleh individu terbabit boleh
dijadikan iktibar.

Sesi temuramah dengan seorang daripada mangsa


Isteri kepada Arwah Abdol Omar berkongsi cerita

Terus terang saya katakan tatkala mendengar
pelbagai pengalaman yang dikongsi saksi pada
kejadian ribut di Bazaar Ramadan di Jasin,memang 
ngeri, tragis dan menyedihkan.

Bayangkan kurang daripada 30 saat, kemah
berterbangan melebihi ketinggian tiang lampu,
terhempas dan tiang terkena kepala mangsa.

SubhanaAllah....

Justeru pada petang Jumaat, ketika kami membuat
rakaman pasar malam di Merlimau, perasaan berdebar
debar tiba tiba menyelubungi diri saya.

Visual YOUTUBE Ribut di Bazaar Ramadan Jasin,
yang saya tonton berlegar di minda saya.

Saya dimaklumkan oleh saksi, kejadian berlaku
kira kira jam 4.45 petang dan belum ramai pengunjung
di bazaar.

Andai berlaku selepas jam 5.30 petang, mungkin ramai
lagi yang menjadi mangsa......

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menolak
suratan takdir yang telah ditetapkan olehNYA......

Alfatihah buat tiga mangsa yang terkorban....

1 comment:

  1. Pepatah menyatakan MALANG TAK BERBAU ... sudah suratan ketentuan Illahi .... semoga mereka mereka ini tabah menghadapi dugaan ALLAH ....
    From : farida long

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...