Ads by nuffnang

Monday, October 31, 2011

"Jika Sri Pentas terbakar.........".

Pagi tadi di Sri Pentas, dilakukan  "fire drill " atau operasi
latihan kebakaran.

Masa yang diambil untuk semua wargakerja Media Prima 
keluar dari Sri Pentas melebihi 20 minit.

Andaikata kalau 20 minit masa yang diambil, jika benar benar
kebakaran berlaku, pastinya ramai yang cedera dan boleh
mengundang maut.

Sungguhpun ia hanya sebagai latihan, tapi sikap kebanyakan
kita yang mengambil sikap "endah tak endah" perlu
dihindarkan.

Bak kata sahabat baik saya Asriza Shariff, orang kuat
kepada bos kami di PWS.....

"Hai...ramailah rentung kalau macam ni........"

Biasalah kita rasa sebab ia hanya satu latihan.....
masing masing relak aja berjalan keluar.......

Andaikata perkara sebenar berlaku, saya rasa kurang
10 minit semua dah lari lintang pukang.......

Apapun walau ia hanya satu latihan......malang tak berbau....
kita perlu peka dan berhati hati dalam menjalani setiap
episod kehidupan seharian.......

Keluar Sri Pentas dengan relaknya......






Mendengar taklimat petugas operasi kebakaran



Friday, October 28, 2011

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati............"

Petang tadi hujan agak lebat di kawasan Damansara,
justeru nak mengelak daripada tersangkut
dengan kesesakan lalulintas, saya pun menangguh
cadangan untuk balik ke rumah....

Saya pun duduk lah di tempat saya sambil membelek
suratkabar.

Tiba tiba saya ditegur NorHakimi atau Kim seorang
daripada orang kuat program NASI LEMAK KOPI O(NLKO)
siaran TV9.

"Chik Inn...tenguk buku ini", Kim menujukkan saya sebuah
buku yang menarik perhatian saya.

"Awak baru beli ke?, tanya saya ringkas.

"Tak lah, dapat daripada penulisnya Prof Madya
Rasid Muhamad, dia jadi tetamu NLKO tadi," jawab
Kim yang memang mengetahui saya suka membaca....

Setiap hari Jumaat dalam program NLKO terdapat satu
segmen yang dikenali sebagai "Sinopsis".

Ia mengulas lebih mendalam tentang isi kandungan
sesebuah buku.......

"Lepas awak baca nanti Chik Inn pinjamlah ya...."

"Tak pa lah, saya dapat extra daripada penulis tadi,
Chik Inn ambik lah....." Kim terus menyerahkan
buku terbabit.

"Oooo terima kasihlah...tak pa lepas Chik Inn baca,
nanti Chik Inn pass pada sesiapa yang nak
membacanya", terus saya membelek belek
buku terbabit.

"Idea yang baik......", Kim tersenyum dan kemudian
terus ke tempat duduknya.

Buku yang saya maksudkan bertajuk
"SOALAN BOCOR DARI KUBUR"......
...tika sampai saatnya...lisan tidak perlu berbicara....
hanya amalan penentu di sana......

Buku terbitan kumpulan KarangKraf ini dijual
dengan harga RM 15.00

Antara intipati sinopsis buku ini mengupas setiap
persoalan yang akan ditanya Munkar Nakir di Alam
Barzakh nanti.

Justeru kita sematkan di dalam hati akan hakikat 
sebuah kematian dan pertemuan dengan 
Yang Maha Pencipta.

Persiapkan diri dengan amalan soleh, mudah mudahan
kita bakal ditempatkan di Syurga Firdausi yang
kekal abadi.......

InsyaAllah........



Friday, October 21, 2011

Mengamalkan Ayat Kursi.......

Perkongsian yang patut dipanjangkan agar kita sentiasa
dalam peliharaanNYA.......

Terima kasih sahabatku Farina Ashrudin dr TV9....

Mengamalkan bacaan Ayat Kursi.....

Baca pada saat keluar rumah 70,000
malaikat akan menjagamu dari semua
sisi....

Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak
akan memasuki rumahmu......
                                      
Baca setelah berwuduk, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat....

Baca pada saat tidur, malaikat akan
menjagamu sepanjang malam.....

Baca setelah solat, maka jarak antara
kamu dan syurga hanyalah kematian....

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah
jariah....

Dan pada setiap orang mengamalkan, anda akan mendapat
pahalanya sampai kiamat.

InsyaAllah........                  


Thursday, October 20, 2011

Rombongan Cik Lin menjengah Singapura lagi.....

Jika bulan Mei lalu, saya dan geng Cik Semah bercuti ke
Singapura, sekali lagi dari Isnin hingga semalam saya
ke Singapura bersama sebelas lagi wargakerja
Media Prima.

Kali ini bukan kerana bercuti tetapi di hantar pihak
pengurusan untuk menghadiri kursus HD Lighting di
Singapore Media Academy atau SMA milik MediaCorp
Enterprise.

Kumpulan kali ini dikenali sebagai rombongan Cik Lin,
sebab saya satu satunya peserta tunggal terdiri daripada
kaum Hawa.

Kursus yang bagus terutama sekali bidang penyiaran
di Malaysia kini sedikit demi sedikit telah berubah ke
arah penerbitan HD atau High Defination.

Justeru untuk duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan stesyen lain baik dalam negara mahupun
luar, Media Prima telah memulakan langkah menghantar
wargakerja menimba lebih ilmu dalam bidang ini.

Tenaga pengajar kami iaitu Seah Hong Gim adalah
pakar dalam bidang penataan cahaya lebih 35 tahun
dan hasilkerjanya diakui peringkat antarabangsa...

Kelas bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Selain teori, kami juga perlu melakukan sendiri
beberapa tugasan yang membabitkan penataan cahaya
dengan jumlah penggunaan peralatan lampu yang banyak
mahupun sedikit.

Selesai aja kursus, apalagi saya dilantik mengetuai
rakan rakan menjadi pemandu pelanconglah kerana
ada rakan yang pertama kali menjejak kaki di Kota Singa
ini.

Dengan menaiki MRT atau Mass Rapid Transit, lokasi
yang menjadi pilihan adalah di Seranggon Road yang
juga dikenali kawasan Little India.

Di situ juga lah tersergamnya Mustapa Centre, pusat
membeli belah yang menawarkan harga yang rendah
dan berpatutan.

Dibuka 24 jam, bagi yang pernah ke Singapura dan
pernah ke sini, saya pasti sediamaklum dengan
gedung membeli belah ini.

Minyak wangi, telefon bimbit, kamera, barangan IT, jam,
pakaian, kasut, barang kemas antara menjadi pilihan
ramai pengunjung.

Lebih lagi perayaan Deepavali bakal menjengah
minggu depan, maka pekerja warga India yang ingin
pulang ke kampung halaman tidak terkecuali membeli
pelbagai barangan.

Rakan rakan saya tidak melepaskan peluang untuk
membeli minyak wangi untuk isteri dan anak anak.

Dengan pelbagai tawaran harga dan hadiah,
memang berbaloi untuk membelinya....

Selain daripada menjadi pemandu pelancong,
saya turut menjadi pembantu jurujual kerana
terpaksa menunjukkan kaunter minyak wangi yang
membuat pembeli rambang mata untuk memilih...

Masa membeli belah memang leka dan seronok, tapi
bila nak berjalan kembali ke stesyen MRT.......
mak oii....baru lah terasa kaki lenguh.......

Apapun bak kata rakan saya Shidah Sulaiman, sambil
menyelam sambil minum airlah....sambil berkursus
belilah apa yang patut untuk buahtangan ahli keluarga....

Semalam sampai di rumah jam 1.30 pagi, sungguhpun
letih, Alhamdulillah dapat pengetahuan tambahan
mengenai penataan cahaya khususnya penataan
cahaya HD.

Rajoo menunggu kad MRTnya

Hiasan lampu lap lip di sepanjang Little India

Di depan pintu masuk SMA

Wargakerja Media Prima bersama Seah dan pembantunya Penny...

Dapat sijil penyertaan tau.....

Photo kenangan sebelum pulang ke Sri Pentas......



Sunday, October 16, 2011

Dari Damsyik ke Seremban......

Jumaat lalu selepas selesai tiga hari tugasan di Seremban,
Paroi, Jelebu, Ampangan dan Senawang, krew
Stanza Rangkap Kehidupan untuk siaran TV9 singgah ke
Restoren Nasi Arab Damsyik di Jalan Senawang - Paroi.

Ini bukanlah kali pertama saya ke Restoren milik Haji Rahim.

Bagi penggemar makanan Timur Tengah, jika ada kelapangan
cubalah masakan yang saling tak tumpah rasanya macam
makan di Damsyik Syria.

Haji Rahim yang menetap lama di Syria, mengadaptasikan
cara penyediaan makanan yang dipelajari daripada
Tok Arab di sana.....

Ketika saya dan Krew Jejak Rasul Srikandi di bumi Syria,
anak gadis Haji Rahim, Fairah beserta beberapa abang dan
kakak "seniornya" iaitu Sarah dan Amalia menjadi orang
kuat kami.

Berikutan pergolakan yang berlaku di Syria sekarang, 
ramai pelajar Malaysia terpaksa meninggalkan lokasi
mereka menimba ilmu demi segi keselamatan.

Bagi Sarah, Amalia dan beberapa pelajar lain yang telah
tamat pengajian, kepulangan mereka dinanti sungguhpun
segelintir penuntut kita bercadang untuk menyambung lagi
pengajian.

Tapi bagi Fairah, dengan berat hati terpaksa pulang
ke tanahair dan menyambung pelajaran di sini dan
ternyata matapelajaran yang ditimba di Syria agak
berbeza dengan di tanahair.

Ibunya Hajah Rina, berharap bumi Syria yang kaya
dengan sejarah kenabian kembali normal seperti
ketika mereka menetap di sana.

Sama sama kita berdoa agar bumi Syria kembali
tenang serta aman, dan moga adik adik atau anak
anak kita dapat menyambung kembali pelajaran
di Syria.

Ameen......


Ketika tugasan di Syria


Krew menikmati Nasi Arab Ayam....



Hajah Rina, Fairah dan Sarah



Monday, October 10, 2011

Intai intai dan makan makan.......

Beberapa hari ini tak sempat update entri sebab ada
masalah internet di rumah dan juga tugasan yang
membabitkan penggambaran yang mengambil waktu
yang lama.

Jadi saya kumpulkan dan kongsilah hari ini.

Topiknya sambil Intai Intai Deko di rumah pilihan, kami
dijamu hingga melanggar diet .....

Khamis lalu kami ke rumah pemilik Kuzie Catering
yang sering menjadi pilihan ramai terutama di
kalangan pihak korporat mahupun pemimpin negara.

Insan yang dimaksudkan adalah Pak Engku, Kerabat
Selangor dengan nama sebenarnya Raja Rosly
Raja Mazlan, antara chef selebriti tanahair.

Rumah Banglo Pak Engku

Sesi temuramah Norazlina dan Pak Engku

Rumah Tradisional Pak Engku bersebelahn rumah banglonya

Pak Engku membina sebuah rumah tradisional di
perkarangan rumah banglonya bagi mengimbau
suasana dan kenangan menghuni di kampung
zaman kanak kanak.

Rumah yang terletak di Seksyen 8 Shah Alam,
Selangor menonjolkan konsep rumah tradisional
Melayu Melaka, Trengganu dan Perlis manakala
perabot di banglonya sarat dengan perabot klasik
emas.

Dan nama pun chef selebirit, waktu makan tengahari,
MasyaAllah hidangan yang disediakan memang
menyelerakan.

Rezeki jangan di tolak........

Macam macam ada.....

Makan bersila di rumah tradisional Pak Engku



Jika Khamis lalu di rumah Pak Engku, pagi tadi saya
ke Persiaran Gurney ke sebuah banglo yang telah
diubahsuai dan dijadikan restoren.

Restoren Salero Negori yang menghidangkan masakan
Padang dan Negeri Sembilan milik Azman Anas
berkonsepkan 2 dalam 1.

Selaian menjadi restoren, ia juga menjadi galeri kepada
peminat barangan dan perabot antik.

Beberapa koleksi perabot dan barangan antik yang
dijual bernilai ribuan ringgit sememangnya mempunyai
nilai estetika tersendiri.

Dan tatkala krew berhenti makan tengahari, hidangan
masakan Padang, sememangnya membuka selera saya
dan krew lebih lagi dengan hidangan lauk tempoyak
pucuk ubi, dendeng, ikan keli bercili, lemak daging salai,
sambal hijau dan beberapa hidangan lain.....


Sebahagian daripada barangan dan perabot antik yang dijual


Menunggu hidangan seterusnya....


Photo kenangan bersama Encik Azman Anas
Tugasan Intai Intai Deko....tapi perut kenyang macam
Jalan Jalan Cari Makan pulak.......

Alhamdulillah........

Apapun. jangan lupa bersama Intai Intai Deko setiap
Khamis jam 11.30 pagi hanya di TV3......




Wednesday, October 5, 2011

"Selamat Menunaikan Ibadah Haji..... Abby Fana......"

Tengahari tadi sahabat saya Abby Fana atau nama
sebenarnya Habsah Omar pengacara sambilan
Malaysia Hari Ini -MHI dan juga penyampai radio di
Sinar FM ke pejabat Primeworks Studio.

Kedatangannya adalah untuk berjumpa rakan rakan
dan memaklumkan keberangkatannya untuk menunaikan
haji bersama ahli keluarganya Isnin ini.

Lima tahun lalu, ketika saya ingin berangkat menunaikan
Haji ke Tanah Suci menjadi Tetamu Allah, Abby
sempat mendoakan pemergian saya dan ia berkumandang
di corong radio.

Berikutan saya bukannya "orang radio" yang boleh membuat
ucapan di angin lalu, di kesempatan ini saya mendoakan
agar Abby selamat berangkat dan kembali ke tanahair
dengan selamat.

Pesanan saya buat Abby mahupun jemaah lain,
jaga kesihatan dengan banyakkan minum air terutamanya
air zam zam....

Moga Abby dan keluarga mendapat Haji Mabrur.....

Ameen........

Selamat menunaikan Ibadah Haji sahabatku......

Tuesday, October 4, 2011

"Ikan Bakar D Terapung..."

Tiga hari saya berkampung di Senawang, Negeri Sembilan
bermula Sabtu hingga Isnin untuk tugasan Intai Intai Deko
dan Stanza - Rangkap Kehidupan.

Sebelum itu, kami ke lokasi pertama ke rumah
Azizah Md Yusof di Nilai, yang berkonsepkan campuran
kontemporari dan English.

Sesi temuramah dengan Azizah
Seterusnya Intai Intai Deko, merakamkan sebuah
rumah yang tuanpunya rumah minat dengan perabot jati.

Rumah yang terletak di atas bukit milik pasangan Zaini
Harith mesra dengan panggilan Kak Ani dan Adam Mat
memang mempunyai keunikan tersendiri.

Kak Ani dan Abang Adam melihat kembali visual yang dirakamkan
jurukamera Jebat

Bahagian hadapan rumah Kak Ani


Sebahagian daripada perabot jati milik Kak Ani



Di luar konsep rimba belantara manakala di dalamnya
campuran konsep klasik kampung dengan perabot jati.

Bagi suami Kak Ani, Abang Adam, dia tidak asing dalam
bidang penyiaran.

Abg Adam adalah penerbit drama yang banyak disiarkan
di RTM antara drama bersirinya yang tidak asing lagi
iaitu drama "Aku Budak Minang".

Manakala Kak Ani mengusaha dua buah restoren iaitu
"HANG LI PO" di Senawang dan sebuah lagi di Port
Dickson, menyajikan pelbagai makanan laut iaitu
restoren D Terapung.

Rezeki jangan di tolak......

Ahad malam kami ke restoren Kak Ani untuk tambahan
penggambaran dan kami turut dijamu makan malam.

Huh....krew saya bertambah dua tiga kali lah.....layan
hidangan yang memang ada kelas tersendiri.


Menikmati hidangan makanan laut yang menyelerakan....



Bagi rakan blogger yang berada di Port Dickson, bolehlah
singgah ke restoren milik Kak Ani yang peramah
di Medan Ikan Bakar MPPD, Batu 1 1/4, Jalan Seremban.

Dan yang pasti sos istimewa untuk cicah ikan bakar
memang menyelerakan.......dan harga setiap hidangan
amat berpatutan......

Jom jalan jalan....cari makan......



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...