Ads by nuffnang

Thursday, September 1, 2011

"Selamat Menyambung Puasa Enam...."

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

Begitu pantas masa berlalu dan hari ini dah tiga hari umat
Islam melangkah ke bulan Syawal dan meninggalkan
Ramadan berlalu bersama masa.

Sama sama kita bermuhasabah diri dan berdoa kepada
Allah Yang Maha Besar semoga dikurniakan hayat untuk
menyambut Ramadan yang penuh berkat dan rahmat
di tahun mendatang.

Saya rasa dalam sehari dua ni memang rakan rakan
blogger sibuk kunjung berkunjung atau dikunjungi sanak
saudara dan sahabat handai.

Bagi saya pada Raya Pertama dan Kedua memang tak
menang tangan melayan saudara mara dan tetamu
yang berkunjung ke kediaman ibu saya.

Tetamu paling istimewa adalah tetamu cilik yang sekali
datang dengan gang mereka 7 - 10 orang.

Mereka ini bukannya nak makan sangat, tapi nak duit
raya, biasalah dah namapun kanak kanak.

Lazimnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya
akan menyediakan air kotak, coklat, kek dan gula gula
dalam bungkusan.

Dah ramai sangat tetamu di rumah, saya menghulurkan
bungkusan beserta duit raya pada mereka.

Apa yang dapat saya perhatikan, kanak kanak ini ada
link antara satu sama lain....(macam link dalam blog pulak)

Depa akan memaklumkan kepada rakan lain berapa
jumlah di sesebuah rumah yang diperolehi dan seterusnya
gang terbabit pula berkunjung.

Ada juga yang datang dua kali......

"MakCik boleh beri satu lagi pakej duit dan bungkusan ini,
adik saya tak dapat ikut" seorang budak lelaki
dalam 11 tahun memandang muka saya.

"Ok lah dik.....bibik tolong ambil satu lagi bungkusan",saya
meminta bibik saya mengambil bungkusan di dapur.

Itulah budak budak, saya turut berpesan pada mereka
yang bawa adik kecil berusia dalam linkungan 5 - 6
tahun supaya berhati hati ketika melintas jalan.

Risau pulak saya dibuatnya.....

Pagi raya pertama selepas solat sunat, berhampiran
rumah saya ada kemalangan kecil antara motorsikal
dan kereta, mujurlah penunggang motorsikal cedera
ringan sahaja.

Berikutan rumah ibu saya dan adik beradik yang lain
berdekatan, kanak kanak ini turut akan berkunjung
ke rumah mereka dan sambil berjalan mereka akan
minum dan makan dan akhirnya bungkusan sampah
bertaburan di rumah kakak dan abang saya.......

Anakbuah saya akan bising.....

"Chik Inn punya tetamu cilik buang sampah depan
rumah kitaorang tau........"

"Haah sekali sekala apa salahnya kauorang menyapu
depan rumah.......", saya tersenyum pada mereka.

"Kauorang kecik kecik dulu pun buang sampah merata
juga".

Semalam saya turut dikunjung sahabat baik saya dari
darjah 1 hingga tingkatan enam atas iaitu Rosleen Salleh.

Bertugas sebagai pendidik di Kluang, Johor, kali terakhir
kami berjumpa tahun 2008, ketika "reunion pelajar
Convent Klang".

Ditemani suami dan empat cahayamata, kami dok
membelek photo photo zaman persekolahan dan
mengimbau kisah kisah lama.

Anak anak Cikgu Rosleen turut ketawa tatkala melihat
photo photo lama kami ketika mewakil sekolah untuk
bolajaring, pancaragam mahupun persembahan sketsa
di sekolah......

Sungguh pantas masa berlalu......

Ok nanti sambung bicara lain....

Bagi yang telah memulakan puasa sunat Bulan Syawal
atau Puasa Enam, Selamat Berpuasa........


Bersama Cikgu Rosleen dan anak anaknya


2 comments:

  1. salam lebaran...buat akak.
    indahnya suasana hari raya....

    ReplyDelete
  2. budak2 raya buang sampah umah kitaorng! sume gara2 chik in la ni hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...