Ads by nuffnang

Friday, September 30, 2011

Rakaman di Syurga Persisir Pantai


Semalam seharian saya bertugas di Golden Palm Tree .
Resort di Bagan Lalang, Sepang, Selangor untuk segmen
moderator atau rakaman pengacaraan bersama pengacara
Intai Intai Deko, Nor Azlina Redzuan.

Lokasi ini turut dilabelkan sebagai Syurga Persisir Pantai
Terpanjang di Asia kerana keindahan pantainya tatkala
senja melabuhkan tirai malam.

Alam semulajadi yang terpelihara dengan keaslian
persekitaraan pinggir sungai di tengah tengah keindahan
alam semulajadi, ia kini mula menggamit ramai
pengunjung dalam dan luar negara ke sini.

Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di
Club House atau Rumah Kelab, pasti pengunjung teruja
menginap di villa atas air yang berbentuk palm tree.










Memang sesuai untuk percutian bersama keluarga di
hujung minggu......

Tak perlu bayar mahal untuk menikmati percutian ke
luar negara.....Negara kita kaya dengan keindahan alam
ciptaan Illahi.

Hargainya.....Syukur menjadi anak jati bumi bertuah ini....


Sekitar penggambaran "perantara" bersama Nor Azlina Redzuan




Wednesday, September 28, 2011

Dapat cucu lagi......

Semalam seharian saya dan beberapa rakan rakan
daripada unit "Lifestyle and Magazine' bertapa di
PNB Darby Park kerana menghadiri sesi "brainstorming".
atau sesi mencari idea idea barulah....

Terima kasih kepada wargakerja PNB Darby Park yang
memberi kerjasama sepanjang seharian kami di hotel
terbabit. 

Lazimnya kira kira 3 bulan sebelum memasuki tahun baru,
kami telah memulakan beberapa perancangan untuk
menerbitkan program baru mahupun memantapkan lagi
program yang sedia ada.

Sungguhpun dalam kumpulan yang kecil, tetapi
Alhamdulillah idea rakan rakan saya mencurah curah.....

Ini kumpulan kedua mengadakan sesi "brainstorming"
bagi unit 'Lifestyle and Magazine".

Kumpulan pertama pada hari Isnin dan kumpulan ketiga
esok.

Prosedur sebelum sebuah porgram diterbitkan, penerbit
yang dipertanggungjawabkan akan membentangkan
kertas kerja yang dikumpul daripada rakan rakan
beserta "budget",kepada bos besar, jika dapat lampu
hijau... maka bermulalah sesebuah penerbitan terbabit.

Sesi semalam dikendalikan saya dan rakan baik saya
Hartina Ayu Harun dan Ruzmi Kamaruddin.

Bos besar kami, Puan Nuraeshah Malik sebagai
pemerhati.








Berikuatan agak sibuk untuk menyediakan modul untuk
sesi ini di samping beberapa tugasan produksi lain, 
anakbuah saya bersalin Ahad lalu, hanya dapat saya
ziarah malam tadi.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai cucu pertama
saya Iman, jadi ini adik Iman lah......




Belum ada nama lagi, tapi ayahnya mencadangkan nama
dengan pangkal "I" seperti Iman dan beberapa nama
dicadangkan adalah Ibrahim, Isa, Imran,Idris,Ilyas.......

Rakan rakan blogger ada cadangan nama bermula
dengan "I"?????

Alhamdulillah dah dua cucu saya.........

Cepat masa berlalu.....dulu semasa ayah Iman kecil,
sayalah mendokong dia kini saya mendokong Iman
dan adiknya pulak.....

Ada umur panjang....dengan IzinNYA moga saya
dapat mendokong anak Iman kelak......InsyaAllah.....




Wednesday, September 21, 2011

Apa kaitan Sindrom William dan Keamanan Dunia?????


Topik yang ingin saya kongsikan kepada rakan rakan
blogger hari ini agak asing dan kurang diketahui umum
khususnya di negara ini.


Ungkapan "jika insan di dunia ini memiliki Sindrom William
(SW) maka tiada istilah peperangan dan tiada perasaan
 marah, benci membenci dan hajat dengki'.


Sebaliknya hidup dipenuhi dengan perasaan gembira, mudah
ketawa dan penuh dengan kasih sayang.


Umum sedia maklum dengan "Sindrom Down", di mana
lazimnya keadaan fizikal pesakit terbabit dapat
dikenalpasti daripada perwatakan dan wajah mereka.


Berbeza dengan SW, di mana keadaan fizikal dan
wajah mereka sama sekali tidak dapat dicam sekali lalu, 
tetapi lebih kepada perwatakan mereka.

Lazimnya mereka kelihatan normal, peramah, ceria,
kaya dengan senyuman serta gelak tawa sentiasa di wajah.

Sungguhpun ada di kalangan SW pertuturan mereka
agak sukar difahami, tetapi mereka memang peramah.

Oleh kerana terlalu ramah, ia kadang kala menerbitkan
perasaan bimbang keluarga kerana mereka langsung
tidak takut kepada sesiapa.

Namun di sebalik senyuman riang, mereka berhadapan
dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi
jantung, saluran usus yang sempit dan ada kalangan
mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi.

Mungkin kerana SW ini termasuk dalam Penyakit Jarang
Jumpa atau 'Rare Disease' ia kurang dibincangkan
dan agak sukar mengagak bahawa anak itu bermasalah
sejak kecil lagi.

Di Amerika Syarikat contohnya, nisbah kelahiran bayi yang
menghidap SW adalah 1:20,000 atau 30,000.

Petikan daripada KOSMO Online, menurut Ketua Jabatan
Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Prof Dr Thong Meow Keong, bukan saja masyarakat tidak
mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang
mengetahuinya kecuali di kalangan pakar genetik dan
jantung.

Menurut Prof Dr Thong lagi, SW adalah penyakit genetik
yang bukan berpunca daripada ibubapa.

SW boleh didiagnosis pada peringkat awal dengan
menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang
membabitkan masalah jantung.

Nama SW diambil sempena nama Doktor J. William, doktor
pertama yang mengenal pasti ciri ciri tertentu pada pesakit
kanak kanak yang dirawat sekitar 1965.

Saya pun baru tahu mengenal SW daripada adik junior
saya Masliza orang kuat TLDM.

Anak ketiganya menghidap SW dan Mas beserta keluarga
redha dengan ketentuan Illahi.

Semalam ketika dia mengunjungi Sri Pentas, Mas sempat
berkongsi cerita mengenai puteranya dan pelbagai
kisah anak anak SW dari pembacaan di Internet juga
bertukar tukar pengalaman dengan ibubapa yang
mempunyai anak anak SW.

Menurut Mas lagi, di sebalik happy face, kanak kanak SW,
mereka mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi
berbanding kanak kanak normal.

Dalam pembacaannya juga, beberapa kajian yang dibuat
di Amerika Syarikat terhadap kanak kanak normal dan kanak
kanak SW, ternyata kanak kanak SW mudah mesra dan suka
berkawan.

Kes 1, lelaki yang berperwatakan garang dan berpakaian
seperti samseng masuk ke dalam bilik kanak kanak normal.

Tatkala melihat lelaki terbabit, kanak kanak normal itu terus
lari mencari ibubapanya.

Manakala kanak kanak SW tatkala melihat lelaki terbabit
terus mendekati lelaki itu dan memeluknya.

Kes 2 , kanak kanak yang sedang berdiri dengan sengaja
seorang lelaki berjalan dan melanggar kanak kanak normal.

Kelihatan wajah kanak kanak itu tidak senang dengan
kejadian yang berlaku.

Manakala bagi kanak kanak SW, tatkala lelaki yang
membuat kajian melanggar mereka, kanak kanak SW
serta merta memegang dan mengurut kaki lelaki terbabit
dengan perasaan simpati.

Jadi ungkapan di atas ada kebenarannya......

Mereka sentiasa gembira, sangat peramah dan mudah
ketawa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SW, bolehlah
singgah ke blog adik junior saya di http://www.twoplusoneandmore.blogspot.com/

Apapun setiap kejadian di mukabumi ini mempunyai
keistimewaan tersendiri yang hanya Allah Yang Maha Esa
lebih mengetahui.

Kita sebagai umatNYA perlu redha dan terus memohon
padaNYA.....

Saya memang angkat topi dengan junior saya Mas yang
walaupun sibuk dengan tugasannya demi negara, dia
memastikan ada ruang waktu untuk berjumpa dengan
keluarga yang mempunyai anak anak SW  bekerjasama
dan membincangkan apa yang terbaik untuk masa
hadapan anak anak istimewa ini.

Bersama Masliza di ofis saya



 

Wednesday, September 14, 2011

"Tahniah.....PWS Menang........."


Seperti dalam entri semalam, hari ini adalah sambutan Raya
Media Prima yang berkonsepkan Seribu Satu Raya atau
ala ala Arab gitu.

Setiap jabatan bertungkus lumus untuk menunjukkan
kreativiti masing masing dalam menghias kemah dan juga
menunjukan bakat dalam persembahan di kemah mahupun
di pentas.

Saingan antara satu sama lain terutama dalam menghias
mengikut tema dan menyediakan makanan memang begitu
hebat sekali dan Primeworks Studio tidak terkecuali.

Hujan yang membasahi Sri Pentas bukanlah penghalang
bagi setiap warga Media Prima mengeratkan silaturahim
sesama sendiri dalam majlis ini.

Alhamdulillah kemenangan bagi kategori deko kemah
terbaik, kira acara kemuncak berpihak kepada
Primeworks Studio.

Terima kasih kepada semua AJK dan adik adik yang menjadi
pembawa watak Pembaca Watikah/Pengiring Negara/
Sultan Antah Berantah/Dayang/Penari/Hamba Abdi/
Tukang Lelong/Penyamun Tarbus dan ramai lagi.....

Selain daripada menghias kemah ala ala di negara padang
pasir, sketsa pendek dan tarian gelek yang dipersembahkan
di hadapan juri, membantu jabatan kami menerima markah
tambahan dengan kemenangan Lima Ribu Ringgit.

Terdapat juga acara cabutan bertuah yang menawarkan
tiket ke Istanbul, Hanoi, Jakarta, Ko Samui dan Bandung
serta beberapa hadiah lain seperti Ipad2, TV LCD,
MikroWave, Rice Cooker, Seterika dan pelbagai lagi.

Kali ini rezeki cabutan bertuah tidak memihak pada
saya.....InsyaAllah lain masa......

Saksikan beberapa foto sepanjang majlis yang
turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis
tempatan antaranya penyanyi no 1 negara, Datuk
Siti Nurhaliza....

Di depan kemah PWS

Bersama anakbuah - Nadiah Hanum- staf Alt Media

Sebahagian daripada AJK PWS bagi Raya Media Prima


Gelek jangan tak gelek adik adik......

Pembawa watak/pelakon/penari di depan kemah PWS

Bersama penari penari gelek PWS.....
Rakan rakan setugas menghayati persembahan di pentas utama

Datuk Siti menyampaikan lagu Raya..Sesuci Lebaran

Bergambar dengan Bos Besar Media Prima - Dato Amrin Awaluddin

Kemenangan mutlak milik PWS




Alhamdulilllah.......




Tuesday, September 13, 2011

"Pelancaran Intai Intai Deko..."

Hah dah seminggu lebih saya tak update entri kerana sibuk
sikit dengan tugasan dan jemputan.....

Rasanya ramai rakan rakan masih dalam mood raya dan
menerima jemputan rumah terbuka di sana sini. 

Esok bertempat di Sri Pentas, diadakan Rumah Terbuka
bagi wargakerja Media Prima dengan bertemakan
Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Night.

Saya seorang daripada AJK Primeworks Studio(PWS)
yang ditugaskan untuk menyelaras persembahan warga
PWS beserta beberapa props yang berkaitan untuk
diletakkan di kemah antaranya Hamman atau tempat
mandi /sauna.

Justeru saya pun sibuklah dengan perbincangan dengan
wargakerja dan juga menghadiri rehearsal tarian dan
pentomin yang akan dipersembahkan.

Ada hadiah menarik menanti pemenang tau.....

Nanti esok saya tulis lebih detail....

Tadi juga berlangsungnya pelancaran program baru
"Intai Intai Deko" yang akan memulakan siaran pertamanya
pada Khamis ini 15 September jam 11.30 pagi.

Mungkin rakan rakan blogger ada membaca entri mengenai 
di belakang tabir tugasan Intai Intai Deko sebelum ini kan....

Pengacara program ini tidak lain tidak bukan
Nor Azlina Redzuan yang sinonim dengan Majalah 3
dan Buletin Utama sebelum ini....

Tetamu yang datang ke majlis pelancaran tadi dihadiahkan
kusyen Intai Intai Deko dengan kerjasama Ain Furniture...

Ok saya lampirkan sekali beberapa foto sepanjang
pelancaran "Intai Intai Deko".....

Alin di temuramah Fiza - pengacara majlis

Bersama wartawan pelatih dari UITM Almaz dan Ann
Cenderamata Kusyen "Intai Intai Deko"


Pelancaran Intai Intai Deko bersama Zainal Ariffin, Nuraeshah Malik dan
 Pengarah Urusan Ain Furniture

Sebahagian daripada krew penerbitan bersama Juliza Adlizan

Juliza turut berkongsi inspirasi dekorasi rumahnya... 



Jangan lupa menonton "Intai Intai Deko".....

Berkongsi Kreativiti, Kisah dan Inspirasi......

Setiap Khamis jam 11.30 pagi.......di TV3.....

Monday, September 5, 2011

Selamat kembali bertugas.......

Sudah seminggu Syawal menjengah kita....begitu pantas
masa berlalu....

Selamat kembali menjalankan tugas bagi yang mula
bertugas hari ini.

Saya dah mula bekerja dan suasana raya masih
menyelubungi pejabat Primeworks Studio, sepi dan lengang
masih ramai yang cuti.......

Biasalah dah nama pun cuti raya....terutama yang kampung
halaman jauh, jadi cuti panjanglah.....macam saya dekat
aja di Klang, dah mulalah bertugas......

Petang semalam sebelum kembali ke apartmen saya di
Damansara Perdana, anak anak sepupu saya datang.

Memang riuh sekali lah kalau dah jumpa anak anak sedara
yang umurnya kira lebih kurang dengan saya.

Setiap tahun mereka memang pasti menziarah ke rumah
saya, tetapi 3 kali raya sebelum ini bila mereka datang, saya
dah mula bertugas atau menziarah ke rumah member.

Justeru semalam memang riuh sekalilah kami dok berbual
terutama sekali dengan Raja Noor Zawati, anakbuah yang
juga junior saya di Convent Klang, ahli pancaragam dan
juga sama sama pengawas.

Memang tak kering gusi kami dan yang pasti kami sekapal
masing masing ada diebetes, apalagi citer pasal dietlah,
insulinlah, pantanglah.....sebenarnya bukan pantang makan
tapi pantang jumpa makanan......sebab kami memang suka
makan.......

Syawal adalah masa untuk merapatkan lagi silaturahim,
episod kehidupan ini menjadi lebih indah jika masih ada
kemurahan hati dan kemaafan.

Moga ia terus membawa seribu makna buat semua......
dan kita semua sentiasa dalam peliharaanNYA...... 

Ameen Ya Mujib........ 


Photo pertama  "maintain" aja, photo kedua dibawah ......"happening"..

Abang saya sempat inframe juga.....

Hadiah Raya - beri t'shirt kegemaran saya pada Noor........

Thursday, September 1, 2011

"Selamat Menyambung Puasa Enam...."

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

Begitu pantas masa berlalu dan hari ini dah tiga hari umat
Islam melangkah ke bulan Syawal dan meninggalkan
Ramadan berlalu bersama masa.

Sama sama kita bermuhasabah diri dan berdoa kepada
Allah Yang Maha Besar semoga dikurniakan hayat untuk
menyambut Ramadan yang penuh berkat dan rahmat
di tahun mendatang.

Saya rasa dalam sehari dua ni memang rakan rakan
blogger sibuk kunjung berkunjung atau dikunjungi sanak
saudara dan sahabat handai.

Bagi saya pada Raya Pertama dan Kedua memang tak
menang tangan melayan saudara mara dan tetamu
yang berkunjung ke kediaman ibu saya.

Tetamu paling istimewa adalah tetamu cilik yang sekali
datang dengan gang mereka 7 - 10 orang.

Mereka ini bukannya nak makan sangat, tapi nak duit
raya, biasalah dah namapun kanak kanak.

Lazimnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya
akan menyediakan air kotak, coklat, kek dan gula gula
dalam bungkusan.

Dah ramai sangat tetamu di rumah, saya menghulurkan
bungkusan beserta duit raya pada mereka.

Apa yang dapat saya perhatikan, kanak kanak ini ada
link antara satu sama lain....(macam link dalam blog pulak)

Depa akan memaklumkan kepada rakan lain berapa
jumlah di sesebuah rumah yang diperolehi dan seterusnya
gang terbabit pula berkunjung.

Ada juga yang datang dua kali......

"MakCik boleh beri satu lagi pakej duit dan bungkusan ini,
adik saya tak dapat ikut" seorang budak lelaki
dalam 11 tahun memandang muka saya.

"Ok lah dik.....bibik tolong ambil satu lagi bungkusan",saya
meminta bibik saya mengambil bungkusan di dapur.

Itulah budak budak, saya turut berpesan pada mereka
yang bawa adik kecil berusia dalam linkungan 5 - 6
tahun supaya berhati hati ketika melintas jalan.

Risau pulak saya dibuatnya.....

Pagi raya pertama selepas solat sunat, berhampiran
rumah saya ada kemalangan kecil antara motorsikal
dan kereta, mujurlah penunggang motorsikal cedera
ringan sahaja.

Berikutan rumah ibu saya dan adik beradik yang lain
berdekatan, kanak kanak ini turut akan berkunjung
ke rumah mereka dan sambil berjalan mereka akan
minum dan makan dan akhirnya bungkusan sampah
bertaburan di rumah kakak dan abang saya.......

Anakbuah saya akan bising.....

"Chik Inn punya tetamu cilik buang sampah depan
rumah kitaorang tau........"

"Haah sekali sekala apa salahnya kauorang menyapu
depan rumah.......", saya tersenyum pada mereka.

"Kauorang kecik kecik dulu pun buang sampah merata
juga".

Semalam saya turut dikunjung sahabat baik saya dari
darjah 1 hingga tingkatan enam atas iaitu Rosleen Salleh.

Bertugas sebagai pendidik di Kluang, Johor, kali terakhir
kami berjumpa tahun 2008, ketika "reunion pelajar
Convent Klang".

Ditemani suami dan empat cahayamata, kami dok
membelek photo photo zaman persekolahan dan
mengimbau kisah kisah lama.

Anak anak Cikgu Rosleen turut ketawa tatkala melihat
photo photo lama kami ketika mewakil sekolah untuk
bolajaring, pancaragam mahupun persembahan sketsa
di sekolah......

Sungguh pantas masa berlalu......

Ok nanti sambung bicara lain....

Bagi yang telah memulakan puasa sunat Bulan Syawal
atau Puasa Enam, Selamat Berpuasa........


Bersama Cikgu Rosleen dan anak anaknya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...