Ads by nuffnang

Saturday, August 27, 2011

"Dapat daging subsidi......"

Ramadan tinggal beberapa hari saja lagi dan saya pasti
ramai juga rakan rakan blogger telah pulang ke kampung
halaman untuk menyambut Syawal bersama ibubapa dan
keluarga tersayang.

Bagi yang memandu pulang ke kampung halaman,
pandulah berhati hati dan ingat orang tersayang.

Jika keletihan atau mengantuk, berhenti rehat seketika.

Semalam di Sri Pentas, seperti juga tahun tahun
sebelumnya,warga Media Prima mendapat subsidi daging.

Setiap warga Media Prima beragama Islam di beri 5 kilo
daging di mana kami membayar separuh manakala separuh
lagi adalah daripada Media Prima.

Alhamdulillah.....

Sungguhpun hujan renyai renyai membasahi bumi
Lembah Klang, saya dan rakan rakan tetap setia beratur
dan ia bagaikan satu pesta meriah.

Lihatlah gelagat rakan rakan saya menunggu giliran
mengambil daging.....












SALAM AIDILFITRI......MAAF ZAHIR BATIN.....

Tuesday, August 23, 2011

"JANGAN BANGGA....."

Perkongsian yang menarik untuk tatapan rakan
rakan,
Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir
kita = TANAH LIAT

Jgn bangga dgn rumah bagus dan besar kerana
rumah terakhir kita = KUBUR


Jgn bangga dgn baju bagus kerana baju terakhir
kita = KAIN KAFAN


Jgn bangga dgn kereta & motor besar, krn
kendaraan kita yg terakhir = KERANDA


~~untuk peringatan diri sendiri dan semua~~
DariNYA kita datang, kepadaNYA kita akan
kembali......

Friday, August 19, 2011

"Datin Juma memang maintain......"

Tengahari tadi, selepas selesai prebiu visual Intai Intai Deko
di bilik Avid 1, saya terus ke tempat saya.

Dari jauh saya saya nampak jiran sebelah bilik saya Wan Sab,
Penerbit Eksekutif Nasi lemak Kopi O sedang rancak berbual
dengan seseorang. 

Bila dah sampai bilik saya rupanya tetamu yang rancak
berbual  denganya adalah Datin NorJuma Habib Muhammad.

Dia pernah menjadi pengacara Nona satu ketika dulu...dan
beberapa program di TV3 dan TV9 antaranya Keluarga Di 9.

Sungguhpun dah ada anak 3 orang, tapi Juma ni memang
maintain macam anak dara.....

Bila ditanya apa rahsia kekal macam dulu, kurus, cantik
dan manis....

Dengan tersenyum dia jawab,

"Penat jaga anaklah Chik Inn"......

Apapun Juma ni  memang peramah macam dulu dulu juga
dan merendah diri ketika berbicara......... 

Juma memang cantik dan manis macam zaman bujang......


Sunday, August 14, 2011

Senyum di hujung minggu......

Hari ini dalam sibuk membuat skrip Jejak Rasul 
episod 28 dan episod 29, tatkala membaca mesej BBM 
daripada sahabat saya Intan Shazliana orang kuat 
rancangan Nona, saya tersenyum dan tergelak sendiri.

Secara tidak langsung ia satu perbuatan yang memang 
terdapat dalam masyarakat kita khususnya orang Melayu,
iaitu peramah dan suka bertegur sapa.

Contoh yang nyata, dah nampak seseorang tu berkupiah,
pakai baju melayu dan berkain pelikat dengan ramahnya
kita bersapa, 


"Pakcik nak ke masjid ke"?

Ok saya kongsikan di bawah ini buat tatapan rakan rakan 
di hujung minggu...

...tapi versi ini kira dah ditokok tambah oleh mereka yang 
kreatif untuk menjadikan pembaca tersenyum dan tergelak
sendirian.....


Teruskan membaca....


1. Bila orang nampak kita baring tutup mata:
S : Kau tidur ke?
J : Tak la, aku training macammana nak mati nanti...


2. Bayangkan kita bawa tv rosak jumpa technician minta
    repair, dia mesti tanya:
S : Nak repair TV ke?
J : Tak lah, aku bosan bosan, so saja bawa TV ni jalan jalan
     kat sini.


3. Tengah hujan, kawan kau nampak kau keluar, dia tanya,
S : Kau keluar time hujan ni?
J : Mana ada hujan, kan tengah panas, tu aku nak 
    keluar ni....


4. Masa kau baru bangun tidur, terus kawan tanya kau,
S : Kau dah bangun?
J : Ish, aku tengah tidur sambil jalan lah ngung.....


5. Kawan kau call fon rumah kau,
S : Kau kat mana ni?
J : Kat bus stop.....


6. Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah basah,
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi....


7. Kau berdiri tunggu lif di tingkat paling bawah sekali,
    ada orang tanya,
S : Going up kah?
J : Eh tak lah, aku tengah tunggu apartment aku turun 
     bawah ni....


8. Boyfren kau gi rumah bawa sejambak bunga, dan kau 
    lagi mahu tanya dia....
S : Ehh, bunga ke tu?
J : Tak lah Ling, paku pakis dengan kubis....

9. Kau dalam tandas, pintu berkunci, ada gak orang ketuk
    pintu and dia tanya,
S : Ada orang ke kat dalam?
J : (suara cute) mana ada orang? Taik yang bercakap ni!!!!
     Bikin panas tu soalan.......


Soalan dan jawapan di atas sekadar untuk suka suka 
saja ya...


Tiada kena mengena dengan orang perseorangan yang 
hidup mahupun yang tiada lagi....


Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan penuh 
Barokah ni....

Thursday, August 11, 2011

Bazaar Ramadan ohh...Bazaar Ramadan....

Beberapa rakan rakan di pejabat bertanya kenapa sejak
dua menjak ini saya tak update blog.

Sebenarnya bukan tak nak update tapi masa agak
membataskan.

Biasalah di pejabat dengan kerja kerja suntingan visual,
skrip dan prebiu beberapa program di bawah penyelarasan
saya untuk sepanjang Ramadan mahupun Raya nanti.

Balik berbuka puasa, terawih dan bila balik  rumah
dah lentuk.

Jadi langsunglah tak menghadap laptop.

Lagi satu bulan ramadan ini, kena berhati hati dengan 
apa yang kita makan.

Isnin lepas saya terpaksa ambil cuti kecemasan kerana
perut meragam teramat sangat.

Hari ini pun sejak pagi tadi lebih 6 kali saya ke tandas,
tapi tetap ke pejabat.

Saya rasa bukan saya sorang aja yang menghadapi 
masalah perut tidak memberi kerjasama kerana setiap 
kali saya ke tandas, ada aja penghuni di dalamnya dan 
mengambil masa yang agak lama....

Jadi faham sajalah kan.....

Sekadar ingatan kepada rakan rakan bila beli makanan 
di Bazaar Ramadan tak kira di mana sekalipun,
berhati hatilah pilih juadah......

Selain mengelakkan pembaziran, pastikan makanan yang 
dibeli dalam keadaan yang baik dan segar......

Kalau ada masa lebih afdal masak aja di rumah...

Kalau tidak nanti asyik berjumpa "DR Tan" dan 
"DR Dass" lah...

Saturday, August 6, 2011

""Besarnya makna doa yang tidak di ambil peduli....."


Dah lama saya tak kongsi emel yang saya perolehi.

Justeru entri hari ini, saya panjangkan daripada rakan 
saya Norhazlina bertugas di Menara Maybank untuk
tatapan dan renungan rakan rakan blogger.

Teruskan membaca dan mudah mudahan kita sentiasa 
dirahmati dan diberkati oleh NYA......lebih lebih lagi
di bulan Ramadan Al Mubarak ini.....


Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam 
solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa 
memahami maksudnya... sekadar sebutan dibibir, tetapi 
tidak tersentuh dari hati kita selama ini.  

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara 
dua sujud semasa solat.  

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun 
kepada Allah.
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima 
ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan
hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air 
hujan ketika kita masih kecil.
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
 
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan 
ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-
sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak 
kasih-sayang Allah yang kita terima.
 
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.
 
Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan
cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Janganlah buka aib yang Allah dah tutupkan. 
 
Minta petunjuk dan hidayah Allah.
 
Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah 
yang saleh dan solehah.
 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Ingatlah, Allah lah yang memberi REZEKI. 
 
Rezeki seseorang itu telah di tetapkan.
 
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah supaya ditunjukkan
jalan yang di redhai Allah.
 
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah.
 
Wa’fuannii (maafkan aku)
Mohon keampunan dari Allah setiap masa.

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa 
syukur kita kepada Allah. 
 
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. 
 
Sebuah doa yang kita hanya lupakan begitu sahaja. 
 
Selamat menunaikan ibadah puasa dan mohon maaf 
zahir dan batin. 

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah itu dari 
diri kita maka kita perbaikilah......

Wednesday, August 3, 2011

Telur Masin sebagai hadiah Ramadan....

Salam Ramadan....

Cepat masa berlalu, esok dah 4 Ramadan.....

Petang tadi seorang sahabat saya datang dan membawa
beberapa kotak cenderamata untuk diberikan kepada 
rakan rakan di Sri Pentas...

Jika tenguk luarannya pasti ingatkan dalam kotak rotan 
itu berisi buah kurma, dodol atau biskut raya....

Tapi ternyata lain daripada yang lain.

Sebenarnya sahabat saya Hatihanna memberikan beberapa 
biji telur masin.......

Bagi dirinya telur masin mempunyai nostalgia tersendiri 
dalam episod kehidupan semasa zaman kanak kanak 
bersama arwah ibunya....

Mereka menternak itik, membuat sendiri telur masin dan 
dijadikan antara santapan untuk bersahur....

Justeru sahabat saya mengembalikan nostalgianya bersama 
rakan rakan dengan memberikan telur masin.....

Dibungkus dengan cantik dan setiap seorang mendapat
7 biji telur masin.....

Terima kasih Hatihanna dan selamat menunaikan Umrah pada 
10 Ogos ini.

Moga terus dilimpahi rezeki dan dirahmati Yang Maha Besar....

Ameen.....

Sahur dengan telur masinlah saya hari ini.....



Petang tadi juga sahabat lama saya Haliza Hashim wakil
TV3 London, singgah di Sri Pentas.

Haliza ni seangkatan dengan saya, Zakiah Anas, 
Aznil Nawawi, Azite Ameran (kakak ipar Shahlin Zulkifli),
Azura Karim, Josephine Dass, Rosmina Sapian dan 
Zulkifli Ahmad menyertai keluarga TV3 pada Februari 1991.

Kira nombor pekerja kami berderet antara satu sama lain.

Hampir setiap tahun Liz panggilan mesranya pulang ke
tanahair, dan tahun ni dia serta familinya akan beraya di 
Malaysia....kali terakhir dia beraya adalah tahun 2007.

Haliza ni kalau balik Malaysia pasti tidak lupa membawa 
buahtangan untuk rakan rakan karibnya.

Seronok bila jumpa rakan lama....

Teringat zaman 20 tahun lalu semasa kami mula mula 
menjadi warga TV3...

Ternyata masa berlalu begitu pantas sekali.........

Zakiah dapat coklat.....saya dapat beg Harrods....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...