Ads by nuffnang

Monday, May 30, 2011

Perginya tiada ganti......

Tarikh 29 Mei 2011, genap 38 tahun pemergian 
Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
meninggalkan kita.

Insan istimewa, bintang yang tiada ganti.


Saya terpanggil menulis entri mengenai insan seni ini sebab ketika ini saya dok melayan Filem Nujum Pak Belalang di TV2.

Sungguhpun berkali kali filem Allahyarham ditayangkan, ia tetap mendapat sambutan dan menarik jumlah penonton yang ramai.


Saya juga antara jutaan peminatnya....


Tidak kira peringkat umur mahupun bangsa, bakat seni P.Ramlee memang ada kelas tersendiri.


Karyanya sentiasa dekat di hati masyarakat sehingga 
kini dan tidak lapuk dek zaman. 

Kelmarin dalam satu segmen Buletin Utama dipaparkan 
nostagia Allahyarham di mana beberapa rakan 
ditemuramah.

Saya tertarik kepada wawancara sahabat baiknya 
Datuk Aziz Satar, di mana petikan kata kata P.Ramlee,

"Seni aku bukan kerana wang,
  seni aku kerana masyarakat......."

Petikan Mingguan Malaysia semalam juga ada 
menulis bahawa sepanjang hidup P.Ramlee, 
Allahyarham dikenali sebagai seorang yang tidak 
terpengaruh dengan dunia materialisme.

Ketika kemuncaknya sebagai anak seni, kemewahan 
hidup yang mengulit beliau nyata tidak melupakan 
asal usul dirinya.

Al Fatihah buat Allahyarham P.Ramlee....


9 comments:

  1. Saya juga meminati Allahyarham. Memang semua filem2 Allahyarham tak muak ditonton kan?

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Betulll..anak saya yang 9 tahun tu pun, kenal P. Ramlee...suka sangat dia dengan filem-filem P. Ramlee..

    Saya pun ada baca mengenainya di paper semalam, mmg berbeza sangat semangat pelakon dahulu dan sekarang....

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat arwah....saya rasa sgt sedih bila tgk biografi arwah kt astro dulu...saat2 akhir hidupnya, beliau menderita, tiada wang...airmata saya menitis ketika itu...

    ReplyDelete
  4. Bukan kakak tak suka filem baru. Tapi kakak jarang menghayati melainkan kalau betul-betul free. Tapi cerita P Ramlee memang kakak suka walau telah diulang-ulang.

    Al-fatihah buat beliau...

    ReplyDelete
  5. filem P.Ramlee yang tak pernah jemu dan bosan bila menontonnya.. en. suami paling suka tiru ayat2 dalam filem P. Ramlee.. terbahak2 kitorang gelak..

    ReplyDelete
  6. betol chik inn... perginya tiada pengganti.. budak2 kecik pon tahu cerita & nyanyi lagu nya...

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah...

    memang betul perginya tiada pengganti, malah tiada yg layak menggantikannya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...