Ads by nuffnang

Tuesday, May 31, 2011

Lanun di Pusat Membeli Belah.....

Hari ini saya cuti kerana ada kira kira 10 hari lagi 
cuti tahun lepas yang perlu diambil sebelum akhir Jun.

Justeru kesempatan yang ada, saya penuhi dengan 
makan tengahari dengan sahabat baik saya Kartina Ayoob
(lama tak jumpa) dan juga rawatan lengan kanan saya 
akibat "frozen shoulder" ditaja kakak saya.

Selepas rawatan, kembali ke pejabat kakak saya di 
Mid Valley dan sebelum saya balik ke rumah, dok 
pusing pusinglah di Pusat Membeli Belah Mid Valley.

Dah memang cuti sekolah, ramailah pengunjung bersama
keluarga di sana, baik untuk membeli belah, makan makan,
menonton wayang, main boling dan apa apa sahajalah.

Nak cari tempat letak kereta pun berpusing pusing 
dibuatnya.

Daripada pemerhatian saya, pengunjung begitu teruja 
dengan kehadiran kapal lanun mirip "The Pirates of 
The Caribbean" yang memenuhi ruang utama pusat 
membeli belah tersebut.


Memang cantik susun atur peralatan lanun......

"harta rampasan lanun....termasuk tengkorak...."


Masing masing mengambil kesempatan bergambar dengan
"props" yang memang menarik perhatian.

Ia adalah promosi bagi filem yang sedang ditayangkan 
ketika ini di pawagam seluruh negara.

Terdapat juga cenderamata "lanun" dijual di sekitar
kawasan kapal yang tersadai....





Ia mengingatkan saya kembali semasa saya turut menjadi 
lanun ketika sesi "brainstorming" di Koh Samui awal 
tahun ini.

Ada saya kongsikan dalam entri :-

Tapi Lanun Malaya tu tak seganas lanun dari Caribbean ni....

Oh ya, kalau tak silap saya, tahun lepas, di ruang yang 
sama, temanya adalah "Alice in The Wonderlands"....

Masing masing mempunyai daya tarikan tersendiri.....
namun sebab tema lanun, "props"nya agak menakutkan 
dan "brutal" lah sikit.

Rakan rakan ada kelapangan masa, bolehlah bawa keluarga
ke sana ya......

Kapal Lanun ini memang menarik .....



Teraju utama filem Pirates of The Caribbean....




Ambik gambar sendiri........kesian......

Monday, May 30, 2011

Perginya tiada ganti......

Tarikh 29 Mei 2011, genap 38 tahun pemergian 
Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
meninggalkan kita.

Insan istimewa, bintang yang tiada ganti.


Saya terpanggil menulis entri mengenai insan seni ini sebab ketika ini saya dok melayan Filem Nujum Pak Belalang di TV2.

Sungguhpun berkali kali filem Allahyarham ditayangkan, ia tetap mendapat sambutan dan menarik jumlah penonton yang ramai.


Saya juga antara jutaan peminatnya....


Tidak kira peringkat umur mahupun bangsa, bakat seni P.Ramlee memang ada kelas tersendiri.


Karyanya sentiasa dekat di hati masyarakat sehingga 
kini dan tidak lapuk dek zaman. 

Kelmarin dalam satu segmen Buletin Utama dipaparkan 
nostagia Allahyarham di mana beberapa rakan 
ditemuramah.

Saya tertarik kepada wawancara sahabat baiknya 
Datuk Aziz Satar, di mana petikan kata kata P.Ramlee,

"Seni aku bukan kerana wang,
  seni aku kerana masyarakat......."

Petikan Mingguan Malaysia semalam juga ada 
menulis bahawa sepanjang hidup P.Ramlee, 
Allahyarham dikenali sebagai seorang yang tidak 
terpengaruh dengan dunia materialisme.

Ketika kemuncaknya sebagai anak seni, kemewahan 
hidup yang mengulit beliau nyata tidak melupakan 
asal usul dirinya.

Al Fatihah buat Allahyarham P.Ramlee....


Saturday, May 28, 2011

Tepuk dada tanya selera........

Hari ini bermulalah cuti sekolah bagi adik adik 
dan anak anak.....

Seronoklah ya cuti dua minggu, tapi ingat 
cuti tu cuti juga, jangan buku dicuti kan sekali.....

Gunakan musim percutian ini dengan perkara perkara
yang berfaedah....

Oh ya...tengahari tadi ke Pusat Membeli Belah Curve 
di Damansara Perdana untuk mencari santapan ADAM.

Punyalah ramai pengunjung di sana, mungkin kerana
cuti sekolah dan juga gaji dah "masyuK"....

Dok fikir mana nak makan tengahari, masa lalu di 
sebuah restoren Masakan Sunda dan Padang, saya
dapati ramai juga yang sedang menikmati makan
tengahari.

Sebelum ini kerap juga lalu di depan restoren terbabit
tapi tak pernah nak singgah. 

Jadi hari ini saya masuk dan menikmatilah makan
tengahari di sana. 


Pelbagai pilihan disediakan...pilih ajalah mana nak....

Antara lauk yang saya pilih......


Keseluruhannya dari 5 bintang saya beri 3 setengah 
bintang.

Pelayannya dari negara jiran ramah, hiasan dekonya 
menarik, harga berpatutan....makanan kira oklah, 
tapi kalau di seberang pastinya lebih enak.....





Apapun tepuk dada...tanya selera.....

Lepas tu singgah kejap makan ais krim. 


Keluarga yang makan di restoren Bumbu Desa
sebentar tapi turut menikmati pemanis mulut di situ.....
...maklumlah cuti sekolah... bawa keluarga jalan jalan
cari makan............

Friday, May 27, 2011

Merenung diri sendiri.....

Salam sejahtera di pagi Jumaat yang buminya dingin
dibasahi hujan....(kawasan Damansara Perdana dan
berdekatan)

Dan lama saya tak kongsikan emel berantai yang diperolehi 
untuk  dikongsikan bersama rakan rakan blogger.

Kisah yang dikongsikan ini membuat saya termenung 
seketika dan bertanya kepada diri sendiri, berapa lama 
lagi kah saya akan berada di mukabumi
ciptaan Illahi ini..........

Apapun teruskan mebaca......

Pada suatu hari, anak Umar Al Khattab pulang 
dari sekolah sambil menangis. 

Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu 
menjawab:

"Teman-temanku di sekolah menghitung 
tampalan bajuku dan mengejek. 

Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin, 
bajunya bertampal-tampal seperti ini."
 
Mendengar anaknya mengadu, timbullah rasa 
kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya. 

Oleh kerana itu, beliau mengirim sepucuk
surat kepada Bendahari Negara meminta agar 
beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham 
dengan jaminan gajinya bulan depan di potong.

Bendahari Negara itu mengirimkan surat 
jawapan yang berbunyi :

"Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat 
memastikan bahawa engkau akan hidup 
sampai bulan depan?

Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar 
hutangmu?

Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu
itu di hadapan Allah?"

Membaca surat itu maka Umar menangis lalu 
berkata kepada anaknya: 

"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah 
sebagaimana biasanya kerana aku tidak 
dapat memperhitungkan umurku walaupun 
sejam lagi."



SAMA SAMALAH KITA RENUNGKAN DARIPADA KISAH
DI ATAS......

ALLAH HU AKHBAR........



Wednesday, May 25, 2011

Penggambaran panas terik......terlepas laksa dan cendol Kuala...

Semalam balik dari penggambaran program Intai Intai 
Deko di Kuala Kangsar, memang letih betul.

Tugasan ke sana adalah untuk penggambaran "moderator" 
Nor Azlina Redzuan atau Alin, di Syamille Resort yang 
saya pergi beberapa hari lalu dicatatkan dalam entri 
terdahulu.

Lazimnya untuk satu satu penggambaran program
berbentuk majalah atau dokumentari (bukan semua 
program), pihak produksi akan buat tinjauan dan 
perbincangan terlebih dahulu dengan pihak terbabit.

Setelah mendapat tarikh persetujuan daripada pihak 
yang ingin dipaparkan maka pihak produksi akan buat 
tempahan peralatan dan seterusnya penggambaran 
dijalankan....

Semalam saya ke Kuala Kangsar bersama Alin dipandu 
oleh pemandunya Hafiz.

Krew produksi diketuai penerbit Norlizah Yusof telah 
sampai sehari lebih awal.

Kami bertolak dari Sri Pentas jam 8 pagi, dan sampai di 
Syamille Resort kira kira 11.45 pagi.

Sempat singgah sekejap di Rawat & Rehat (R&R) Tapah 
untuk sarapan pagi sebelum itu.

Sampai di lokasi, peralatan rakaman seperti Mini Jimmy Jip, 
kamera, lampu, audio telah siap disediakan krew.

Selepas Alin "touch up" maka bermulalah penggambaran
dalam suasana yang memang panas terik....


Sekitar penggambaran "moderator" Alin


Huh....berpeluh peluhlah dan kami minum air mineral pun
berbotol botol.......

Sangkakan panas hingga ke petang....


Selesai "outdoor" dan ingin meneruskan penggambaran
"indoor" di dalam rumah pemilik resort yang diperbuat
daripada kayu landasan keretapi, hujan lebat membasahi
bumi Kuala Kangsar.



Penggambaran terhenti dan waktu terlaung kami gunakan
untuk makan tengahari.

Alhamdulillah, selesai makan hujan pun berhenti.

Kami teruskan penggambaran di rumah Encik Zainuri untuk
sesi temubual bersama Alin.

Temubual Alin dengan tuanpunya Syamile Resort


Selesai di Syamille Resort, kami terus ke Bukit Chandan, 
ke rumah Mak Engku satu lagi lokasi untuk rakaman
"moderator" Alin.

Anak Mak Engku, Raja Shariman Raja Aziddin,  seorang
pengarca terkemuka tanahair.

Rumah Mak Engku di Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Mak Engku yang duduk di tengah
Hasil karyanya mempunyai nilai estetika tersendiri dan 
setiap arca sentuhannya dijual puluhan ribu ringgit.

Nak tahu kenapa ia mahal?????

Hah kena tenguklah nanti INTAI INTAI DEKO....

Satu daripada arca karya Raja Shariman

Saya dan Raja Shariman di perkarangan rumah Mak Engku

Berikutan jadual yang padat, kali ini ke Kuala Kangsar tak
sempat nak singgah makan laksa dan cendol Kuala.......

Kerja produksi macam kami, memang tak tentu masa......

Jika perjalanan ke Kuala Kangsar, saya dan Alin
sesaat pun tidak mengantuk, tetapi perjalanan balik ke
Sri Pentas, kami berdua terus dibuai mimpi ............


Monday, May 23, 2011

"ADAM" salin kulit lagi......dan makin memanjang.....

Hari ini kebetulan tiga empat orang rakan rakan di 
pejabat mahupun rakan luar pejabat bertanya mengenai 
Adam, anak ular sawa Albino saya.

Liza Admin dan Atiff, penolong penerbit Nona siap 
tanyakan bekalan tikus putih cukup ke untuk santapan
si Adam?

Hatihanna Annahitah rakan saya seorang usahawan pula 
risau bila mengetahui Adam makin besar dan 
memanjang.

Petang Sabtu lalu, ia baru salin kulit, justeru saya
tak mahu memegang dan bermain dengannya.

Sekadar mengambil gambar dari luar kediamannya saja.

Nanti ia "marah" pulak kerana saya diberitahu rakan 
yang telah lama membela spesis seperti Adam, bila ia 
salin kulit agak menyakitkan.

Setiap kali Adam bersalin kulit bermakna semakin 
membesar dan memanjanglah ia dan kini kira 
kira sedepa.

Atiff sempat bertanya,

"Chik Inn nak bela Adam sampai bila?"


Saya tersenyum........sukar untuk menjawab
soalan cepumas itu.......


Apapun haiwan yang menjadi peliharaan kita,
jagalah ia dengan baik kerana ia juga makhluk
Allah........


Beberapa aksi ADAM yang sempat dirakamkan.....








Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh.......


Tatkala membaca akhbar dan menonton Buletin Utama 
kisah Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Anak Yatim 
dan Anak Anak Hidayah Madrasah Al Tawqa
di Hulu Langat, sebak saya dibuatnya.

Kanak kanak yang baru mengenal dunia telah pergi buat
selama-lamanya kerana Yang Maha Pencipta lebih
menyayangi mereka.

Lenyap sekelip mata.....

Kira kira jam 6 pagi tadi operasi penyelamat dihentikan 
setelah mangsa terakhir ditemui.

Enambelas jenazah selamat dikebumikan, ada yang
dikebumikan dalam satu liang dan ada dikebumikan
di kampung masing masing.

AlFatihah buat mereka......

Moga mereka ditempatkan di kalangan orang orang 
beriman.

Mengimbas kisah tanah runtuh, ketika kejadian 
Highlands Tower yang berlaku pada Disember
1993, saya di antara wartawan yang ditugaskan untuk
membuat liputan di sana.

Saban hari dari pagi hingga lewat malam saya dan 
wargakerja TV3 mahupun pihak media lain 
berkampung untuk menunggu berita terkini mengenai 
mangsa.

Satu pengalaman yang sukar dilupakan dan menjadi 
tajuk berita utama beberapa hari berturut turut dan 
juga mendapat liputan dari negara jiran.

Saban hari juga ahli keluarga, sahabat handai menunggu
dengan setia perkembangan mangsa yang tertimbus
ketika itu...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Perasaan sebak, hiba, kecewa terpancar di wajah
mereka yang dengan setia mengharapkan keajaiban
berlaku kepada mangsa yang tertimbus.....

Hampir dua minggu kami menunggu dengan setia
andai ada sebarang keajaiban berlaku tetapi
ternyata tiada......

Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA juga kita
akan kembali.....

Selain kita menghulur bantuan kewangan kepada mangsa 
terselamat mahupun kepada kaum keluarga anak anak
yang telah tiada pada kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat, 
anak anak yang terselamat perlu terus
ditiupkan semangat untuk menghindarkan perasaan
trauma dan gangguan emosi mereka, yang mengalami
kejadian terbabit.....

Highlands Towers 1993 - Bersama sahabat saya Aziz Hassan menunggu perkembangan terkini mangsa 



 

Saturday, May 21, 2011

Cik Semah ke Batam pulak.....


Pagi selepas subuh, terus "check out" dari tempat 
penginapan dan terus ke stesyen bas untuk ke 
JB Sentral.

Kak Jun bermurah hati membayarkan tiket bas kami.

Hah... ini yang best pergi dengan kakak kakak otai,
bab bayaran sikit sikit ni depa tak kisah untuk cover.....

Terima Kasih Kak Jun...

Perjalanan dari stesyen bas di Arab Street ke JB Sentral 
mengambil masa kira kira 40 minit.

Sampai di JB Sentral dan selesai urusan imigeresen, 
saya menunggu anakbuah saya (anak sepupu) 
Azizi Awalludin tokey Dynar Singapore yang kebetulan 
hendak ke Batam juga.
 
Sebagai ahli perniagaan berjaya, dia ni memang 
banyak rakan niaga dan kenalan ......antaranya orang 
kuat The Zon Ferry terminal iaitu Encik Raja Hisham.

Untuk ke Batam kami perlu menaiki bot yang mengambil 
masa di kira kira 1 jam 45 minit.


Diberi peluang berada di kokpit Feri ke Batam

Azizi yang berbaju gelap manakala Raja Hisham berbaju petak

Nikky kepenatan   

Rezeki geng Cik Semah agaknya....sepanjang kembara 
ke Batam, kami mendapat layanan sutera gitu....



Tiket bot tak payah bayar, kenderaan yang membawa
kami ronda ronda dipandu sendiri Bapak Zulkarnaian
tuanpunya beberapa Feri di Batam.



Pak Zul juga menjadi hos kepada kami untuk makan
tengahari di sebuah restoren Nasi Padang.

Dan sudah menjadi kelaziman, kalau makan nasi
padang, kalau tak penuh satu meja memang tak sah...

Di depan restoren Nasi Padang Mak Ateh
Susunan lauk yang menarik, Pak Zul yang duduk

Rambang mata mana lauk yang nak dimakan

Sambil makan minum pula Es Pokat.....huh sedap bangat.....

Saya rasa rakan rakan blogger yang pernah ke 
Indonesia dan menikmati nasi padang sudah biasa 
dengan senario makanan penuh satu meja.

Sungguhpun penuh meja, kalau tak makan tidak dikira.....

Sekitar Batam


Batam turut menjadi tarikan pengunjung kerana ia
juga menawarkan barangan seperti beg tangan,
kemejaT, kasut, jam dan pelbagai lagi yang 
sebijik pembuatannya seperti barangan original.

Geng Cik Semah tak sempat nak membeli belah
sebab mengejar masa untuk menaiki feri
kembali ke Terminal Feri THE ZON dan terus
ke Lapangan Terbang Senai.....

Kira recce ajalah....kalau ada ruang InsyaAllah 
akan ke sana lagi....banyak juga tempat pelancongan
yang boleh dilawati dan juga untuk penggambaran
di Batam...

Alhamdulillah secara keseluruhannya Kembara
Geng Cik Semah ni kira sukseslah.....

Ringkas, sempoi, jimat yang penting gembira
dan akan terus terpahat di memori kami......

Di Lapangan Terbang Senai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...