Ads by nuffnang

Monday, February 28, 2011

Mesin ATM yang Jiwa Kacau.........

Lazimnya hujung bulan gaji dah masuk.

Setiap indidvidu yang sudah berkerjaya mahupun
berumahtangga, pasti menjadikan mesin ATM sebagai
kemestian untuk  membayar rumah, kereta, kad kredit
kirim pada keluarga dan pelbagai lagi yang ditawarkan.

Ada juga yang menggunakan perkhidmatan internet
seperti Maybank 2U, cepat dan menjimatkan masa.

Saya belum daftar lagi perkhidmatan tu.....

Bagi warga Media Prima, Alhamdulillah kami dapat
bonus, Jumaat lalu,  bolehlah langsaikan apa yang
patut di samping untuk simpanan masa depan terutama
bab kesihatan.

Semakin hari kos perubatan makin meningkat....
tu kena beringat....


Saya nak sentuh sikit pasal mesin ATM.......

Di Damansara Uptown tadi, selepas makan malam, saya
pergilah ke beberapa bank untuk menbayar rumah dan
kereta di beberapa bank yang berlainan.

Di bank hendak jelaskan kad kredit, saya tenguk
punyalah ramai orang beratur.....

Hati dah berbelah bagi, nak balik atau tunggu....

Dah alang alang kat sana, oklah beratur ajalah.....

Terdapat tiga mesin  "cash deposit" tetapi satu mesin
dah deman kepialu agaknya.....

Tak tulis pun rosak....tapi kekuncinya dah "jammed".

Gambar hiasan


Yang menjadi kebanyakkan individu di situ bengang,
sebab mesin yang satu ni , agaknya terlalu canggih.

Beberapa kali duit yang kita masukkan, tidak di terima.....

Sabau ajalah....itu yang buat jadi lambat.

Sebab dah beratur kat mesin kedua tu, terpaksa jugalah
saya menunggu lebih kurang 15 minit.

Rakan saya yang menggunakan mesin pertama, tersenggih
melihat saya masih lagi menunggu bagai buah tak gugur.

Seperti individu yang lain, saya juga turut terkena badi
mesin yang bijak pandai tu.

Tiga kali duit saya tidak di terima.

Masuk kali keempat, tak boleh juga terus saya tekan
ok untuk duit terdahulu yang dah masuk......

Saya tak selesa ramai orang menunggu di belakang
saya.

Gambar Hiasan


Seorang wanita Cina di hadapan saya mencuba
lebih 6 kali dan ternyata dia "hangin" dengan mesin
tersebut.

Begitu juga dengan beberapa orang terdahulu.

Kenapalah mesin tu terlampau canggih, bukannya duit
koyak, duit kertas yang baunya masih bau kilang, tapi 
tak diterima dan menguji kesabaran kebanyakan individu yang beratur.

Mesin ATM tu boleh  kategorikan bijak memilih wang
kertas, tapi waktu yang sama buat ramai yang
"jiwa kacau".....

Sunday, February 27, 2011

"Kisah lucu bersama David Copperfield...."

Saya memang suka ambil gambar sejak zaman sekolah
lagi hinggalah sekarang.

Mungkin itu antara sebab saya memilih dalam bidang
yang diceburi kini.

Saya nak kongsi dalam entri hari ini kisah saya membawa
anakbuah terdiri daripada Mariana dan adiknya Hisham,
Jehan bersama adiknya Naquib, menyaksikan
pertunjukkan silap mata oleh ahli silap mata dan pakar
ilusi yang tersohor tahun 80an iaitu David Copperfield.

Pertunjukan Copperfield menjadi bualan hangat ketika dia
berjaya membuat ilusi yang menyakinkan dengan berjalan
merentasi Tembok Besar China pada 1986.

Tahun 1988 buat julung kalinya dia ke Kuala Lumpur
untuk membuat pertunjukkan silap mata di Putra World
Trade Centre (PWTC).

Selepas pertunjukan Copperfield yang begitu memukau
penonton, tibalah masanya untuk sesi tandatangan dan
bergambar.

Semasa pertunjukan tidak dibenarkan merakamkan
gambar.

Biasalah orang terkenal seperti Copperfield mempunyai
ramai peminat, saya ni bukan kira peminat tegar tapi
sekadar untuk memenuhi koleksi photo.

Saya pun apa lagi tarik keempat empat anak buah
dengan segera ke depan pentas yang tidak jauh
daripada tempat duduk kami.

Mereka juga teruja untuk merakamkan gambar
bersama David Copperfield.

Oleh kerana ramai orang dah mula beratur saya pun turut
serta bertolak tolak dan terlepas tangan anakbuah saya.

Alamak.......tapi saya dah ingatkan mereka kalau terlepas
tunggu di tempat duduk semasa pertunjukkan.

Sebab nak juga bergambar dengan Copperfield, saya
pun terus ke depan kerana saya yakin Mariana dan Jehan
akan menjaga adik masing masing.

Copperfield melayan peminatnya....

Maka akhirnya berjaya juga saya bergambar dengan ahli
silap mata terhebat itu....

Hah.....bergambar dengan David Copperfield....


Selepas tu saya mencari keempat empat anakbuah saya
dan ternyata mereka menunggu berhampiran tempat
duduk kami.

Bagus budak budak tu mengikut cakap mak sedaranya...

"Tadi Chik Inn gi mana", Hisham yang berumur tujuh tahun
bertanya.

"Jumpa Copperfield dan ambil gambarlah", saya menjawab.

" Alaa...kita pun nak ambil gambar .....", Jehan 10 tahun
yang sebaya dengan Mariana mencelah.

"Huh...susah nak ambil gambar lebih lagi kauorang budak
budak," saya memujuk.....

Masing masing nampak macam kecewa.....maklumlah dah
beritahu kengkawan yang mereka ke pertunjukan itu.

Di pintu keluar, terdapat beberapa kereta mewah di
tempat letak kereta antara PWTC dan hotel Pan Pacific
(ketika itu masih nama hotel Pan Pacific).

Nak mengubat hati anak anak buah yang tak dapat
bergambar dengan David Copperfield, saya nampak
sebuah kereta RollsRoyce lantas memberitahu mereka
tulah kereta yang dinaiki Copperfield.


Berdiri dari kiri Jehan, Naguib, Hisham dan Mariana
Bergambar dengan "kereta" dinaiki Copperfield

Mereka masih budak budak, memang percaya seratus
peratus cakap mak sedara mereka, lantas kami pun ambillah
gambar berlatarbelakang kereta mewah tersebut....

Tak dapat bergambar dengan Copperfield, dengan kereta
dinaiki Copperfield pun kira oklah.....

Sebenarnya kereta itu langsung tak ada kena mengena
dengan David Copperfield......

Kesian mereka...kena kelentong oleh mak sedara
mereka.....

Sori satu lori ya anak anak sedara.....

Tapi sekarang mereka dah besar, ada yang dah
berumahtangga....bila saya imbas kembali kisah
kisah lama bersama mereka......memang tergelak
sakan kami.......

Sesekali di kaca TV ada kelibat persembahan David
Copperfield saya tersenyum sendiri......teringat
kenangan lalu...

Saturday, February 26, 2011

Leka dengan "MindJolt Games".....

Hari ini dok kat umah main games kat FB (MindJolt Games) 
di samping membaca apa yang patut di akhbar.....

Sebenarnya bila main "games" memang melekakan......

Lebih lagi bila "games" yang sama turut menjadi pilihan
kengkawan lain berdasarkan nama mereka yang tertera
dengan jumlah yang tinggi....



Saya rasa ramai rakan blogger juga mempunyai
Facebook justeru pasti tidak ketinggalan main "games"
jika ada kelapangan waktu....

Saya pun tak mahu ketinggalan untuk mendapat markah
tinggi hinggakan mata pun jadi pedih tenguk pelbagai
warna warni dalam setiap "games".....

Akhirnya kepala pun pening dan tak tahu nak tulis entri
apa hari ini.....sekadar catatan pedih mata dan kepala
berdenyut....

Friday, February 25, 2011

"Ramai wanita ketagih arak ......"

Saya tertarik dengan satu tajuk di akhbar Harian Metro
hari ini.

Tajuk "Makin ramai wanita ketagih"....

Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol,
sekaligus menyaingi golongan lelaki, menurut Dr Rozanim
Kamarudin, Ketua Penolong Pengaah Kanan, Unit
Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan.

Menurut kajian yang dilakukan, pihaknya juga mendapati
ramai orang Melayu mengambil minuman haram itu
walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.

Kita sedia maklum, alkohol banyak membawa mudarat,
malah individu ketagih alkohol tidak boleh berhenti serta
merta seperti dadah.

Ia adalah punca risiko bagi kemabukan dan penyakit
kronik.

Hairannya dah tahu air kencing syaitan tu haram.....
tapi makin bertambah bilangan penggemarnya.......

Bagi yang beragama Islam tu, muhasabah kan diri....
tingggalkan benda haram tu dan kembalilah ke pangkal
jalan...

Ingat...Rumah kata pergi..Kubur kata mari.....

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun....

Thursday, February 24, 2011

"Nasihat Kubur....."

Semalam saya titipkan emel kiriman Shahnun buat
rakan rakan blogger.

Hari ini saya nak kongsikan BBM (BlackBerry Mesej)
yang saya terima daripada seorang lagi sahabat karib
iaitu Aminah Haji Mahadi.
(Anak Arwah Haji Mahadi,pelakon yang seangkatan
dengan Arwah P.Ramlee)

Al-fatihah untuk mereka.......

Dalam keadaan Aminah tak sihat sempat juga dia BBM,
saya satu pesanan yang baik dijadikan ingatan..... 

NASIHAT KUBUR :-



Aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku
dengan Tahajud.....

Aku adalah tempat paling sempit maka luaskan aku
dengan bersilaturrahim.....

Aku adalah tempat paling sepi maka ramaikan aku 
dengan perbanyakkan baca Al Quran....

Aku adalah tempatnya binatang binatang yang
menjijikkan maka racunilah ia dengan Amal Sedekah....

Aku adalah tempat Munkar dan Nankir bertanya, maka
persiapkan jawabanmu dengan perbanyakkan mengucap
Kalimah "LA ILA HA IL LALLAH"......

Sampaikan walaupun hanya pada seorang sahabat.......

Wednesday, February 23, 2011

"Sekadar berkongsi.....Renung renungkanlah......"

Sekadar ingin berkongsi emel yang dikirimkan kepada
saya daripada rakan baik saya Shahnun Hanif yang suka
"forward" macam macam emel pada kengkawan.....

Lazimnya pagi Isnin kalau buka emel, pasti menerima
banyak bahan yang di "forward" hinggakan penuhlah
"inbox" kami.....



Sungguhpun kita boleh tersenyum membaca setiap
ungkapan perkataan, tetapi maknanya sungguh mendalam.

Renung renungkanlah.....yang mana satu kita.......???????





Tuesday, February 22, 2011

"MEMORIKU DI NEGARA KIWI.....yang dilanda gempabumi......"

Pada 4 September tahun lalu, New Zealand khususnya
di Christchurch digemparkan dengan gempa bumi
berukuran 7.1 pada skala richter.



Semalam sekali lagi gempa bumi melanda Christchurch
dengan berukuran 6.3 pada skala Richter pula.

Menurut laporan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat,
gempa berpusat 10 kilometer ke barat daya Christchurch
adalah pada kedalaman empat kilometer.

Banyak bangunan dan kediaman dilaporkan rosak dan

ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Bekalan elektrik dan air terputus.

Perdana Menteri, John Key  tidak menolak kemungkinan 
ramai nyawa terkorban berikutan kerosakan yang
agak teruk.

Semasa siaran Buletin Utama jam 8 malam tadi,
dilaporkan lebih 65 orang terkorban.

Bagaimanpun pelajar Malaysia yang menuntut di
beberapa universiti di Christchurch dilaporkan selamat.

Syukur Alhamdulillah.

Bersama Abg Ishak dan isteri di CIC

Ishak Mahyuddin, Pengerusi Christchurch Islamic Centre
yang pernah saya paparkan dalam Potret Terbilang pada
2007, juga kisahnya pernah saya tulis dalam entri sebelum 
ini, InsyaAllah akan berkongsi cerita melalui panggilan
telefon keadaan di sana dalam Malaysia Hari Ini esok.

Dalam banyak  negara yang pernah saya lawati,
New Zealand sentiasa dalam kotak fikiran saya.

Pertama kali saya menjejakkan kaki di Negara Kiwi itu 
pada tahun 1993 selama 16 hari untuk tugasan Majalah 3
di bawah tajaan New ZealandTourism Board.

Saya bersama krew yang terdiri daripada Jurukamera
Zakir Omar, JuruTeknik Shariman Shafiee dan jurulampu
Haizolizam Yusof di bawa melawat ke Pulau Utara dan
Selatan.

Antara lokasinya seingat saya Dunedin, Quenstown,
Christchurch, Greymouth, Nelson, Wellington, Roturua
dan Auckland.

Queenstown turut dikenali sebagai lokasi yang mempunyai
pelbagai aktiviti yang mencabar.

Di Queenstown saya belajar bermain ski di samping
mencuba "Shotover Jet- The world's most exciting Jet
Boat Ride".

Mana tak "exciting" nya, dah lah bot dibawa laju dan
seolah olah nak melanggar batu......

Kalau berlanggar mahu meletup bot terbabit, tapi
pengendalibot memang profesional......

"Bungee Jumping" tak sempat nak cuba......

Keadaan alam semulajadi, bentuk mukabumi bagaikan
sentuhan pelukis beserta penduduk setempat yang
ramah membuatkan kami selesa di sana.

Krew terdiri daripada Zakir (berbaju merah) Shariman dan Haizol


Di Universiti Otago


Di Queenstown bersedia nak belajar berski





Bersedia untuk menaiki Jet Boat
Berdebar juga jantung tatkala aksi berpusing dan
melambung di air dilakukan pemandu bot



Di Tasik Wakatipu

Meredah kawasan hutan simnpan di Greymouth

Saya juga bersyukur selepas 14 tahun menjejakkan
kaki di bumi New Zealand, tahun 2007 sekali lagi saya
berkesempatan ke sana tetapi lebih fokus ke
Christchurch, kali ini untuk Potret Terbilang.....


Justeru tatkala melihat di televisyen mahupun gambar
gambar gempa bumi di internet, memang mengembalikan
nostalgia lama......

Di Christchurch 1993

Sungai Avon di Christchurch
Saya dan krew 1993

Sungai Avon tugasan 2007

Saya dan krew 2007


Dulu 1993 tak ada tram, semasa tugasan 2007ada dan kini
tiada lagi akibat kemusanahan gempa bumi...
(lokasi yang sama dulu dan sekarang
-photo 1993 saiz badan kecil sikit dibanding sekarang))
 
Bumi sudah bosan dengan sifat kerakusan manusia
yang tidak menghargai alam semulajadi.

Dan Yang Maha Pencipta mengingatkan kita,
cukup sampai waktunya, tiada sesaat pun, apa saja
yang berada di bumi ini boleh lari daripada takdir dan
kemusnahan.....

Renung renungkanlah.......

Monday, February 21, 2011

"Alang alang menggenggam bara......"

Hari ini sehari suntuk menghadiri kursus pengunaan
Kamera HD, antara kamera yang canggih dewasa ini.

Bagi rakan blogger yang melanggan Astro Beyond dan
buka saluran yang mempunyai program HD, perhatikan
dengan teliti program seperti "History Channel",
"Nat Geo" dan banyak lagi....

Daripada segi warna, "sharpness", "contrast","backlight"
memang kelihatan jelas sekali.

Kami yang mengikuti kursus terbabit memang teruja
sekali dengan kamera baru yang boleh menghasilkan
satu dimensi menarik buat penonton.

InsyaAllah buat julung kalinya terbitan Jejak Rasul tahun
ini akan menggunakan sepenuhnya kamera HD ini.

Maksud HD adalah "High Defination" kira macam satu 
definisi yang baik dan hebat.

Menyebut perkataan hebat....sekalung tahniah saya
ingin berikan kepada jaguh berbasikal negara,
Azizulhasni Awang yang beraksi di kejohanan Trek
Berbasikal Piala Dunia di Manchester, England.

Walaupun betis kirinya cedera tertusuk kayu trek
velodrom, dia masih berjaya menamatkan perlumbaan
dan mendapat tempat ketiga.

Bagaimanapun secara keseluruhan Azizul muncul juara.

Semangat juang yang ditunjukkan pelumba yang turut
dikenali sebagai "The Pocketrocketman" patut dicontohi
ibarat kata alang alang mengenggam bara biar sampai
menjadi arang.......

Walaupun cedera, demi  memartabatkan negara dan bangsa dalam sukan lumba basikal.....perjuangan perlu diteruskan......

Sama sama kita doakan moga Azizul cepat sembuh dan kembali memperkuatkan skuad trek negara.....


Sunday, February 20, 2011

"Kreatif atau mencari padah..."

Pagi ini pun ke Taman Lembah Kiara, untuk mengeluarkan
peluh lagi.

Nak "join" Tai Chi tak sempat kerana dah selesai sesi Tai Chi,
saya sampai lewat pukul 7.40 pagi.. 

Pukul 8 ada senamrorik tetapi saya tak larat nak serta
sebab pergerakan senamrobik agak pantas....mahu
pancit dibuatkan.....

Hampir sejam di taman, pergilah bersarapan di restoren
mamak di Taman Tun Dr Ismail.

Dah lama tak "pekena" roti sardin.

Sambil menunggu pesanan tiba, mata ni sukalah melihat
keadaan sekeliling.

Dan tetiba ada satu benda yang menarik perhatian.

Sempat saya rakam menggunakan telefon bimbit saya.

Dua dah rosak, satu lagi mahu rosak tak lama lagi.....

Apakah ini dinamakan kreatif atau mencari padah....????

Belum kena.....tak ambil kisah....kalau berlaku renjatan
letrik....??????

Bab kata Nabil Raja Lawak 2......"Lu fikirlah sendiri....."

Saturday, February 19, 2011

"Hargai dan cintai alam semulajadi..."

Hari ini rajin sikit, sesudah subuh terus ke Taman Lembah
Kiara di Taman Tun Dr Ismail, untuk mengeluarkan
peluh lah katakan.

Saya tak "jogging" tapi lebih kepada berjalan pantas.

Lepas jalan satu pusingan kira kira 15 minit, saya sertai
kumpulan senaman Tai Chi. 

Kumpulan ini memang aktif hampir setiap hari di situ dan
kebanyakannya terdiri daripada 5 series dan 6 series. 

Baru beberapa minit mengikuti pergerakan Tai Chi,
berpeluhlah dibuatnya.

Memangnya senaman patut dilakukan sekurang kurangnya
2 kali seminggu......

Selesai Tai Chi, saya sambung berjalan pantas......

Saya tenguk kat taman hari ini, ramai pengunjung daripada
biasa.


Kanak kanak sekolah, ibubapa dan guru berkumpul
berhampiran kemah yang disediakan.


Kira kempen mencintai alam semulajadilah......

Pandangan saya kempen seumpama memang baik
kerana mendidik generasi muda sayangkan keindahan
alamsemulajadi dan mempelajari ilmu mengenai tumbuhan,
satu aktiviti berfaedah.

Ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
anak anak dan ibubapa.

Sempat merakamkan aktiviti melukis dan mewarna


Pelbagai aktiviti diatur seperti pertandingan melukis
dan mewarna, membersihkan kawasan sekitar dan kolam
juga menanam anak pokok.

Semasa berjalan di kawasan kolam, ramai orang dok
bersihkan kolam dan saya berhenti melihat sekejap.

Tenguk dari kejauhan, nampak seorang VIP macam biasa tenguk, memang pun, tak lain tak bukan
Pengerusi Lanskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah
turut menyertai aktiviti membersihkan kolam bersama
petugas taman dan warga Lanskap Malaysia.


Aktiviti membersihkan kolam



Berikutan dah pukul 9 pagi, perut dah mula keroncong,
saya terpaksa lah beredar balik...(semalam dinner dapat
ayam goreng saiz kecil....tu perut dah berbunyi) lagipun dah
janji nak breakfast dengan member....

Apapun kempen atau mesej mencintai dan pemuliharaan 
alam semulajadi, satu inisiatif yang baik dan patut dibuat
selalu....
  
Anak pokok untuk ditanam

 
Rupanya ada kempen "Hutan Kita - Walk Together"....

Friday, February 18, 2011

"Saiz ayam memang kecil atau memang ayam dipotong kecil"

Selesai kerja jam 8 malam tadi, dok fikir apa nak
makan????

Memandangkan saya jarang makan nasi sebelah malam,
hanya makan makanan ringan dan malas nak buat sandwic
kat rumah,  saya singgah di Damansara Perdana.

Pergilah ke restoren makanan ringan kat sana dan pesan
2 ketul ayam, minuman ringan dan kentang goreng
dan rakan saya memesan pakej burger dan jumlah
keseluruhannya  RM20.25.

Dua ketul ayam goreng terdiri daripada dada dan kepak.

Agak menyedihkan bila tenguk kepak ayam tu kecil betul,
ibarat sekali masuk mulut dah selesai....

Adakah kerana memang saiz ayam kecil atau memang
dipotong kecil atau memang barangan makanan
sekarang mahal?????

Sekali sekala bolehlah beli dan menikmati makanan segera
seumpama itu, tapi kalau selalu, koyak juga dompet.....

Dengan RM20.25, beli seekor ayam boleh makan ramai ramai.........





Thursday, February 17, 2011

"Photo kenangan bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah....."

Rentetan daripada entri semalam, seperti pandangan
Cikgu Nurin dan K'Poh,tenguk photo lama memang
mengembalikan nostalgia.

Saya nak kongsikan photo yang diambil sekitar tahun
1988 kalau tak silap.

Masa tu masih menuntut di Institut Teknologi
Mara(ITM) sekarang pangkal dah ada Universiti - UITM...

Lazimnya hujung minggu kalau tak ada kelas, dah adat
sebagai pelajar mana boleh duduk diam.

Saya dan Kak Ola -Marliya Meor Ghani, kakak angkat di
ITM (biasalah masa belajar mesti ada kakak angkat lah,
adik angkatlah, abang angkatlah....) sahaja jalan jalan
dan destinasi kami ke PWTC.....

Kalau tak silap ada pameran kat sana.....tapi dah lupa,
pameran apa entah, dan lebih 22 tahun lalu.

Siapa yang biasa ke PWTC pasti ada ternampak beberapa
potret Perdana Menteri Malaysia yang tergantung gagah.

Justeru saya pun bergambar berlatarbelakangkan 
Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

"Hari ini ambil gambar dengan poster PM aja, nanti
Chik Inn pastikan akan ambil gambar betul betul dengan
PM", saya memberitahu Kak Ola.

Itu memang saya ingat...sebab nak sangat ambil gambar
dengan Perdana Menteri Malaysia, maklumlah zaman 
remaja dan pelajar dulu.

Dari PWTC kami melintas dan terus ke pusat membeli
belah The MALL untuk makan tengahari.

Selesai makan, saya dan Kak Ola ke tingkat atas
terdapat Mini Taman Permainan yang menempatkan
"roller coaster", "mattehorn", "kapal zeal" dan beberapa
"ride" yang boleh dinaiki bukan sahaja untuk kanak kanak
malah orang dewasa.  

Dok seronok tenguk telatah pengunjung yang mencuba
beberapa "ride", tetiba pengunjung pusat membeli belah
tertumpu kepada sebuah restoren makanan segera
berdekatan.

Saya pun menyibuk nak tenguk dan rupanya ketika itu
Datuk Seri Dr Mahathir dan Datin Seri Hasmah bersama
dua anaknya di situ untuk makan tengahari.

Bagaikan bermimpi, baru tadi cakap dah nampak depan
mata.

Saya maklumkan pada Kak Ola yang saya nak bergambar
dengan Tun Mahathir.

Kak Ola mengangguk saja.

Dengan segera saya ke meja Tun Mahathir, beri
salam dan terus memperkenalkan diri dan memohon
untuk bergambar dengan beliau dan keluarga.

Memangnya Tun Mahathir seorang pemimpin yang 
"sporting" terus membenarkan saya bergambar dengan
beliau.


Photo pertama bersama Tun Mahathir & Tun Hasmah

Ketika itu memang seronok sakanlah, bukan senang
nak bergambar dengan PM.

Masa berlalu dengan pantas, selesai pengajian dalam
bidang Komunikasi Massa, saya diterima menjadi
wargakerja TV3.

Dan tugasan dalam bidang penyiaran memberi peluang
untuk kami kerap berjumpa dengan pelbagai individu penting.

Lazimnya selesai tugas, saya mengambil kesempatan untuk
bergambar dengan individu tertentu, kerana saya kan nak
menerbitkan buku satu hari nanti, jadi adalah kenangannya...

Banyak juga saya berpeluang bergambar dengan
Tun Mahathir, antaranya tugasan Malaysia Hari Ini,
LIMA di Langkawi, Majalah 3 tetapi gambar tahun 2003
yang paling saya tidak dapat lupakan.

InsyaAllah, entri tentang photo terbabit akan saya kongsikan
tidak lama lagi........


Tugasan Majalah 3 (2000) mengikuti Tun Mahatihir dengan aktiviti berkuda


Selesai tugasan, krew Majalah 3 bersarapan bersama
Tun Mahathir


Setiap pengalaman yang dilalui tidak boleh dibeli
dengan wang ringgit, sebaliknya terus terpahat dalam
sanubari untuk tatapan sanak saudara akan datang......

Wednesday, February 16, 2011

"Perjuangan anak anak M.Sharif..."

Hari ini terdetik untuk saya menulis entri mengenai anak
anak Arwah M.Shariff.

Ini kerana pagi tadi saya bermesyuarat dengan dua
daripada tiga cahayamata arwah yang turut menjadi
wargakerja Media Prima khususnya Primeworks Studio.

Arwah M.Shariff antara gitaris lagenda yang mewarnai
muzik tanahair melalui pembabitannya dalam kumpulan
THE ZURAH yang cukup popular pada tahun 60an dan
70an.

Allahyarham bukan sahaja hebat bermain gitar
tetapi juga sinonim dengan gitar jenama FENDER.

Syafiza, Syarida dan Mohd. Fareed adalah  tiga anak
Arwah yang sejak kecil mendapat pendedahan dalam
bidang muzik secara langsung mahupun tidak langsung
daripadanya.

Menurut Syarida atau lebih dikenali sebagai Sherry,
Penerbit Wanita Hari Ini, dia dan dua lagi adik beradiknya
diberikan pendidikan muzik oleh Arwah bapa mereka sendiri.

Bagi Mohd Fareed atau mesra dengan panggilan Boy,
mendapat pendidikan muzik sejak kecil dan pernah
melahirkan dua buah album bersama kumpulannya
"CITY KIDS" awal 1990an.

Album sulung berjudul Pantun diterbitkan tahun 1991
dan Kembali tahun 1995 menerui syarikat rakaman SRC
Records atas galakan Arwah bapanya.

Baru baru ini ketika melihat photo photo lama, maka saya
terjumpa dua keping gambar yang dirakamkan di Taman
Rekreasi Mimaland.(sekarang dah tutup).

Untuk pengetahuan rakan rakan blogger gambar terbabit
adalah gambar Boy dengan kumpulannya City Kids.

Ia dirakamkan semasa saya ditugaskan membuat liputan
untuk rancangan Melodi tahun 1992 kalau tak silap.
(Melodi musim pertama dihoskan Datuk Mahathir Lokman
 ketika itu).


Boy disebelah kiri dan saya yang berdiri di tepi tiang

Merakamkan videoclip dan skateboard memang popular ketika itu

Masa berlalu begitu pantas, satu masa dulu saya
membuat liputan untuk Boy yang masih bersekolah rendah,
kini dia menjadi wargakerja Primeworks Studio di bawah
penyelarasan saya.

Tatkala saya menunjukkan gambar tersebut kepada Sherry
dan Boy, ternyata kakaknya tergelak besar melihat gambar
adiknya,manakala Boy senyum tersipu sipu dusik rakan-rakan
lain.


Boy dan Sherry mengamati gambar lama


Apa pun menurut mereka, gambar saya dulu dan keadaan
sekarang kira "maintain" macam tu juga.....

Alhamdulillah......

Sherry dan Boy antara tenaga muda yang kreatif dan bakal
menggantikan saya dan rakan rakan lain yang dah nak
pencen tak lama lagi.....

Selamat Maju Jaya adik adik.......

Teruskan perjuangan menerbitkan program yang terbaik
untuk tatapan penonton tidak kira di mana saja mereka
berada.......

Boy tersipu sipu diusik rakan rakan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...