Ads by nuffnang

Thursday, December 16, 2010

'TARIKAN SELEBRITI BERNAMA WAN ZALEHA RADZI"

TV3 stesyen pertama swasta di tanahair memulakan siaran pertama pada 1 Jun 1984 dengan peringkat permulaan hanya dapat ditonton oleh penduduk Lembah Klang.

Pelbagai rancangan disiarkan dan antara rancangan yang berbentuk majalah terbitan TV3 sendiri adalah Majalah 3, pertama kalinya bersiaran di kaca TV pada 1 Januari 1985.

Justeru sebut saja Majalah 3, pastinya nama Wan Zaleha Radzi meniti di bibir kebanyakan penonton ketika itu hingga kini.

Selain mengacarakan rancangan Majalah 3, Wan Zaleha juga penyampai berita Bahasa Inggeris yang dikenali dulu sebagai 7'oclock News....

Wan Zaleha Radzi wartawan yang begitu serba boleh dan dia jugalah antara yang pertama merakamkan visual dalam laut kerana begitu mengemari aktiviti menyelam ke dasar laut selain menunggang kuda dan sukan lasak seperti payung terjun.

Dia diminati ramai tidak kira bangsa, tua, muda mahupun kanak kanak.

Sahabat blogger saya Eelobor juga peminat Wan Zaleha Radzi kan....?

Saya juga sempat bekerjasama dengan Wan Zaleha semasa saya menjadi wartawan Majalah 3 sekitar tahun 1994 - 1995, di kala itu Zainal Ariffin Ismail sebagai penerbit program terbabit.

Selain itu krew produksi Majalah 3 adalah Nasharuddin Tajuddin, Azura Karim, Roslina Latif dan Ahman Abu Hasan.

Begitu kuatnya penjenamaan nama "WAN ZALEHA RADZI" hinggakan tatkala wartawan membuat tugasan masing masing, ramai yang bertanyakan mana Wan Zaleha, kenapa tidak bersama krew?


Di bilik panel studio
Rakaman "moderator" di buat dalam Studio B
(ketika ini pejabat kami masih di Bangsar)
Bab bergambar dengan karektor "gila gila" saya selalunya jadi Tok Guru....


Sungguhpun Wan Zaleha seorang personaliti yang mempunyai jutaan peminat, dia seorang yang merendah diri, tidak lokek dengan pengetahuan dan sentiasa memberi kerjasama kepada krew produksinya mahupun dengan kakitangan TV3 yang lain.


Penerbit mengarahkan apa saja tugasan, dia tidak membantah demi untuk kebaikan program dan tontonan umum.


Tenguk photo di bawah ini, kalau tak silap saya tahun 1995, antara segmen yang dipaparan mengenai "warga tua yang hilang daya ingatan", dia sanggup disolek berjam jam untuk menjadi tua dan membawa watak warga tua......

Aznil Nawawi turut bergambar bersama....

Wan Zaleha memang "sporting"

Sungguhpun dia sudah lama meninggalkan TV3, namun persahabatan diantara Wan Zaleha dengan warga TV3 tidak pernah terputus.

Krew Majalah 3 diterajui Zainal Ariffin Ismail

Tahun lepas, Majalah 3 berjaya mendapat Anugerah Majalah Terbaik, untuk Anugerah Skrin 09 dan saya sungguh berbangga kerana saya menerima anugerah itu disampaikan Wan Zaleha Radzi orang kuat Majalah 3 satu masa dulu.......

Bersama Wan Zaleha dan Penolong Penerbit Majalah 3 (2009) Shahnun Haniff

Sunggupun tidak membabitkan diri dalam bidang penyiaran lagi, namun Wan Zaleha Radzi tidak pernah menolak sebarang tawaran jika dia diperlukan untuk menjayakan apa apa rancangan terbitan TV3.......



(Kak Wan turut menggalakkan saya menulis buku mahupun blog untuk dikongsikan pengalaman bertugas di TV3. Terima kasih Kak Wan atas nasihat)

40 comments:

  1. saya pun seorang drp jutaan peminatnya..... Majalah 3 dulu dan kini... tetap dinanti

    ReplyDelete
  2. majalah 3 memang dah sinonim dgn wan zaleha walau dah banyak watak yg menerajuinye.. :)

    ReplyDelete
  3. Ya ibuintan...legasi Wan Zaleha Radzi berterusan hingga kini.....

    Komen Makdara Terdiva sering juga menjadi perbualan ramai di mana sungguhpun pengacara Majalah 3 bersilih ganti, nama Wan Zaleha masih dikaitkan dengan program yang hampir seusia dengan TV3 tu...

    ReplyDelete
  4. sebati sungguh nama Wan Zaleha dgn TV3..

    ReplyDelete
  5. Betul Hazlin, sampai sekarang namanya terus sinonim dengan stesyen swasta pertama di Malaysia....

    ReplyDelete
  6. tapi saya n mak saya tetap suka chik inn...bile tgk kat tv3 je ade muka chik inn cepat2 panggil mama " ma tu ma mazlin nordin" dari sejak saya sekolah lagi...pastu nampak nama chik inn yang bile dh habis siaran ada nama2 tu kan...mesti mama n saya ckp "ohh MN dh jadi penerbit dahh...dia tu bagus" kata mama saya..(mcm knlje kan hehe)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Wan Zaleha memang hebat pada zamannya. Idola semua orang...sampai masanya, Chik Inn pun akan jadi lagenda juga. benda tu akan datang kemudian...

    ReplyDelete
  8. Nama wan zaleha memang sinonim ngan majalah tiga. Tua muda , kecik besar, kenal wan zaleha. Yang saya musykil kat sini, macam mana saya tak tahu yg Chik Inn, , seangkatan ngan wan zaleha.Maksudnya dah lama lah chik Inn berkhidmat ngan TV 3.

    ReplyDelete
  9. salam cik Inn...
    saya pun anatra peminat Wan Zaleha...gandingannya bersama Mahadir Lokman mmg ngan,serasi ketika membaca berita..
    M3 jugak sentiasa dinanti...

    ReplyDelete
  10. pioneer Majalah 3,aura hebat

    Cik Inn thanks SO MUCH kerana sudi follow my blog :)

    ReplyDelete
  11. Saya pun peminat tegar Wan Zaleha. Sentiasa tercari citer baru tentang dia. Masih cantik macam dulu kan? Semoga Kak Wan Zahleha bahagia ketika ini.

    ReplyDelete
  12. eeei...kita suka dia..kita suka dia..!

    sib baik Cik Inn buat entry pasal Wan Zaleha harini...

    dari kecik kita suka tgk dia... gaya dia, ketramprilan dia, kecantikan dia, macam2 lagilah..!

    terima kasih Cik Inn...pengubat rindu buat peminat2 dia harini...

    ReplyDelete
  13. kak wan memang cantik, cara penyampaian dia best, saya kenal dia masa kecik2 dulu sebab papa tgk majalah 3, heheheh :)

    ReplyDelete
  14. Salam Chik Inn. Cantik nyer Wan Zaleha ... makin berusia makin cantik. Ni yang semangat melalui hari hari tua nih ... hehehe ... nanti Chik Inn cerita ler pasal Aznil lak, sorang lagi yang tak dimakan usia :)

    ReplyDelete
  15. Cantiknye wan zaleha..sy juga antara peminat beliau..tq cik inn entry wan zaleha ni..

    ReplyDelete
  16. Huh rupanya masih ramai peminat Wan Zaleha ya...Memang dia tak makan dek usia....maintain aja....anggun dan comel...

    Che Ina, sungguhpun saya lebih kurang seangkatan dengan Kak Wan, tapi saya tetap maintain muda.....tau..Sentiasa Mulin...

    Alamak bila Anyss kata saya bakal jadi Lagenda...layak ke saya di gelar Lagenda...saya hanya orang di belakang tabir lah dik....

    My Life, insyaAllah akan datang saya akan buat story Aznil pula...

    Peri PIA juga terima kasih kerana follow blog saya...

    ReplyDelete
  17. Pendekar nak kerja kat TV3 boleh?? huahuahua...

    berangan je la kan kan kan??

    ReplyDelete
  18. Wan Zaleha.... pernah jadi rakan sekelas suatu masa dahulu...di NIU. Dia memang seorang yang sentiasa bersedia jadi rakan, baik dan peramah.

    ReplyDelete
  19. saya memang meminati kedua-dua personaliti ini, kerana impak besar dalam bidang kewartawanan dan penyiaran

    ReplyDelete
  20. dia ni seiras julia ziegler pon ada gak,hi3

    ReplyDelete
  21. aritu nampak dia kat pejabat sk bukit damansara, nak masuk anak dia tahun 1

    ReplyDelete
  22. huhuhu....kenapa selepas 3 tahun lebih baru saya terperasan nama saya di sebut dalam entri nie.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...