Ads by nuffnang

Thursday, December 9, 2010

"SABAR MENGHADAPI MUSIBAH...."

Salam Singgah....

Berikutan hari ini saya sibuk dengan beberapa diskusi rancangan baru untuk tahun 2011 bagi TV3 dan TV9 , juga sudah tiga hari berturut turut entri yang saya catatkan berkaitan keluarga Bersamamu, hari ini pendek saja entri yang dapat dikongsikan.

Minda dah tak boleh berfikir untuk menyusun ayat....

Semalam saya ke kedai buku mencari beberapa bahan bacaan serta rujukan untuk menambahkan ilham bagi beberapa segmen untuk program akan datang.

Saya tertarik dan terus membeli  sebuah buku berjudul 
"30 Wasiat Imam Syafie" terbitan Jahabersa.

Imam Syafie seorang ulama yang berpengaruh turut digelar Imam Mazhab.

Antara petikan yang menarik perhatian saya adalah dari mukasurat 17,

"SABAR MENGHADAPI MUSIBAH DAN SYUKUR MENERIMA NIKMAT".

Imam As Syafie memberi wasiat,

"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan satu kesabaran pula.

Adapun bala dan musibah, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang dari Allah.

Oleh itu syukuriilah ia, kerana syukur yang sedemikian setinggi tinggi erti syukur".

Musibah dan kenikmatan, kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Yang Maha Esa.

Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi kesusahan, musibah, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

Golongan yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang beriman dengan penuh keyakinan.

Apabila memperolehi kenikmatan, dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya...

Apabila ditimpa malapetaka atau kesusahan, dia tetap bersabar...

Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik dikala senang mahupun susah...........


Insan yang mempunyai mental positif akan sentiasa berjaya....


6 comments:

  1. Insaf..isk isk isk...Sabar nak mengadapi dugaan Allah tu paling susah nak capai..

    ReplyDelete
  2. salam cik inn..bersyukur bila mencapai kejayaan n bersabar bila berlaku musibah..tapi yg paling susahnya ialah bila belaku musibah kita kena bersabar..namun kita mesti redha...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Chik Inn, musibah yang melanda dalam hidup mengajar mana letaknya kita.

    Orang yang bersimpati boleh sahaja kata "sabar, semua ni dugaan Allah,", namun kita sahaja yang tahu setakat mana nilai sabar itu dalam diri sendiri...

    ReplyDelete
  4. Setiap musibah yang yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi yang tak kita ketahui. Selepas kesusahan ada kemudahan. Janji Allah benar belaka. Bersabarlah

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkongsi cerita dari buku Wasiat itu di sini Cik Inn

    insyaallah..sesiapa yg bersabar..ada ganjarannya.. kerana Allah s.w.t itu Maha Berkuasa atas segalanya...

    ReplyDelete
  6. untuk mendapat kesabaran dan ketabahan, dia bukan datang sekilas angin..memerlukan latihan dan masa..

    Thanks Chik Inn for sharing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...